Boleh Balik Raya Aidiladha Di Kampung Jangan Bawa Balik Covid 19


KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Jika pada Aidilfitri yang lepas, orang ramai tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung ekoran larangan rentas negeri, namun pada Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tiada sebarang sekatan perjalanan akan dibuat.
“Tiada sekatan rentas negeri mahupun daerah. Orang ramai bebas untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha,” demikian kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen semalam.
Selepas pengumuman itu, terdetik dalam fikiran, pastinya jalan raya dan lebuh raya kali ini akan menjadi lebih sesak dari tahun-tahun yang sudah kerana orang ramai pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman, setelah tidak dapat berbuat demikian pada perayaan yang lepas.
Oleh itu kena sentiasa ingat, meskipun diberi lampu hijau oleh kerajaan untuk menyambut Aidiladha, ia bukanlah lesen untuk terlalu berseronok hinggakan terlupa untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang bertujuan untuk mengawal dan menyahkan terus wabak Covid-19.
Bak kata Ismail Sabri, boleh balik kampung tetapi kenalah jaga kesihatan dan keselamatan, iaitu dengan mematuhi SOP Aidiladha dan ibadah korban yang ditetapkan. Ini termasuklah tidak boleh berkumpul melebihi 20 orang pada satu-satu masa bagi jamuan di rumah.
Bagi ibadah korban pula, kerajaan memutuskan untuk mengehadkan jumlah lembu atau haiwan lain yang dikorbankan iaitu tidak lebih 10 ekor lembu bagi masjid, surau dan lokasi yang dibenarkan. Bagaimanapun, had maksimum itu juga tertakluk kepada keluasan lokasi tersebut.
Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban dijalankan juga ditetapkan dengan nisbah 20 orang bagi seekor lembu termasuk petugas sembelih, melapah dan yang mengedarkan daging, malah tiada kenduri dibenarkan kecuali makanan berbungkus diedar kepada petugas.
Yang bergelang merah jambu iaitu yang masih dalam proses kuarantin wajib berada di rumah pula jangan beria-ia mahu turut sama beraya, pulang ke kampung, menunaikan solat sunat Aidiladha atau menerima tetamu. Kuarantinlah di rumah diam-diam atau bersiap sedialah ditangkap pihak berkuasa jika ingkar.
Rakyat Malaysia, kalau kita terlihat kelibat si gelang merah jambu di khalayak ramai, berpelesiran di luar rumah dan melanggar peraturan kuarantin, laporkan sahaja kepada pihak polis kerana mungkin mereka yang degil ini hanya akan duduk diam apabila di lokap.
Meskipun semalam, jumlah kes positif Covid-19 akhirnya kembali mencatatkan satu angka iaitu tujuh kes selepas kali terakhir mencatatkan satu angka pada 23 Julai. Namun jangan cepat sangat menghela nafas lega.
Ini kerana Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran gelombang ketiga pandemik Covid-19 bakal melanda Malaysia sekiranya rakyat terus alpa daripada mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup separuh muka dan penjarakan sosial.
Pastinya kita tidak mahu lagi Covid-19 ini terus bermaharajalela dan wujudnya kluster-kluster baharu, lebih-lebih lagi menjangkiti orang yang kita sayangi di kampung, maka di musim perayaan ini, sama-samalah kita jaga kesihatan dan keselamatan diri.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/07/boleh-balik-raya-aidiladha-di-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Sekatan Perjalanan Boleh Balik Kampung Bagi Menyambut Hari Raya Aidiladha Ismail Sabri

Tiada Sekatan Perjalanan Boleh Balik Kampung Bagi Menyambut Hari Raya Aidiladha Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 496 hits
Orang ramai boleh pulang ke kampung masing masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supa...
Balik Kampung Dan Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Buat Yang Tersayang

Balik Kampung Dan Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Buat Yang Tersayang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 374 hits
Balik Kampung Dan Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Buat Yang Tersayang Apotec Malaysia memperkenalkan Apotec Apple Cider Vinegar dengan madu minuman menyihatkan daripada cuka epal yang digabungkan dengan campuran madu Biasa kita dengar cu...
Bawa Pulang Kebaikan Supplement Apotec Buat Yang Tersayang Ke Kampung Sempena Cuti Raya Haji Ini

Bawa Pulang Kebaikan Supplement Apotec Buat Yang Tersayang Ke Kampung Sempena Cuti Raya Haji Ini

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 355 hits
Assalamualaikum Perkongsian Fiza untuk kali ini mengenai pengambilan makanan tambahan dalam seharian Semua orang tahu bahawa pemakanan yang seimbang menyumbang kepada kesihatan yang baik Walaubagaimana pun Fiza tetap mengambil berat terhada...
Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 401 hits
Susulan virus COVID 19 yang melanda Malaysia lebih sukar untuk ibu bapa membawa anak sakit ke hospital Walaupun kerajaan masih menggalakkan ibu bapa untuk bawa anak ke hospital untuk tujuan pemeriksaan rutin ibu bapa pasti berasa risau kera...
Tiada Larangan Rentas Negeri Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

Tiada Larangan Rentas Negeri Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 467 hits
Putrajaya 27 Julai Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiada sekatan akan dikenakan kepada individu yang ingin pulang ke kampung Sebenarnya tiada sekatan perjalanan Sebab itu saya kata masih boleh balik kampung cuma perlu p...
Boleh Balik Kampung Tiada Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

Boleh Balik Kampung Tiada Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 390 hits
SHAH ALAM 27 JULAI Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan tiada sekatan rentas perjalanan antara negeri dan daerah dikenakan Tidak ada sekatan perjalanan orang ramai masih boleh balik kampung tetapi jangan lu...
Tak Boleh Melebihi 20 Orang Satu Rumah Ketika Aidiladha

Tak Boleh Melebihi 20 Orang Satu Rumah Ketika Aidiladha

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 376 hits
SAMBUTAN perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu satu masa Keputusan prosedur operasi standard Aidiladha dan Ibadah Korban itu diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian P...
Jubir Penanganan Covid 19 Di Transportasi Umum Upayakan Jangan Berbicara

Jubir Penanganan Covid 19 Di Transportasi Umum Upayakan Jangan Berbicara

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 262 hits
Pemerintah telah menyiapkan serangkaian aturan untuk menunjang aktivitas masyarakat untuk hidup produktif di saat pandemi Covid 19
Salam Aidiladha 2020 Kekal Kurus Dan Fit Lepas Raya Ok

Salam Aidiladha 2020 Kekal Kurus Dan Fit Lepas Raya Ok

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 412 hits
Salam Aidiladha 2020 Sama sama menghayati nilai pengorbanan yang sebenar dan selamat bercuti Yang driving tu driving elok2 k Tahun ke berapa tak ingat dah tak balik raya haji Ye tahun ni banyak berkorban cuti cuti sekolah dipendekkan hehehe...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Tahu Nak Gelak Ke Nangis Intan Najuwa Dedah Aksi Spontan Suami Gunting Rambut Anak

Darjah Satu Tapi Stres Macam Spm Realiti Anak Kita Sekarang

Pandangan Tentang Orang Bodoh Dan Orang Pandai

Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda