Jangan Terpengaruh Pelawaan Dr M Sertai Ppbm Ku Li Nasihat Ahli Umno




Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan ahli Umno tidak terpengaruh dengan pelawaan Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai parti itu atas alasan menguatkan kedudukan orang Melayu kerana Pakatan Harapan sedang berpecah belah.
“Jangan kita bimbang dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin PH. Dia hendak tengok orang Umno masuk PPBM untuk kukuhkan kedudukan Melayu.
“Dia itu siapa sibuk-sibuk nak ajak kita? Kita bersatu, dia yang tidak bersatu, dia lari,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk di Perak yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Pada 5 Julai lalu, Mahathir dilaporkan mempelawa semua parti politik Melayu, termasuk Umno untuk menyertai PPBM bagi memperkasakan kuasa politik kaum majoriti itu.
Katanya, orang Melayu kini berpecah kepada 6 parti dan kewujudan banyak parti politik Melayu akan menyebabkan peluang memenangi pilihan raya semakin tipis.
Sementara itu, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li menyifatkan saingan merebut jawatan presiden dengan Mahathir dalam pemilihan Umno pada 1987 ialah peristiwa paling mencabar buat dirinya.
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu berkata, beliau bersama beberapa pemimpin parti ketika itu dibenci Mahathir sehingga digelar “makhluk perosak”.
“Ketika saya lawan dia (Mahathir) pada 1987, dia kata saya makhluk perosak apabila Umno diharamkan. Selain saya, dia juga kata Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Musa Hitam makhluk perosak.
“Sengaja hendak burukkan kita supaya dia boleh memagarkan parti yang dia tubuh supaya kita tidak menyertai parti itu.”
Beliau mendakwa Mahathir berbuat demikian kerana takut kepada pengaruh kuat pemimpin lain yang tidak sehaluan dengannya.
“Sebenarnya dia takut ketika itu sehingga dia mengharamkan cikgu-cikgu daripada aktif dalam Umno. Semua cikgu diharamkan memegang jawatan dalam Umno kerana dia takut dengan Musa Hitam. Musa Hitam sangat popular di kalangan cikgu-cikgu di seluruh negara.
“Oleh kerana itu, kita menjadi lemah. Inilah perbuatan yang hanya melihat kepada diri dan tidak lagi kepada perjuangan yang mesti diutamakan.”
Saingan sengit pada April 1987 itu menyaksikan Ku Li tewas kepada Mahathir dengan hanya 43 undi dan Umno diharamkan pada 1988.
Ku Li kemudiannya menubuhkan Semangat 46 sebelum pilihan raya umum 1990 yang bekerjasama dengan beberapa parti pembangkang utama ketika itu seperti PAS, DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara sama berlaku dalam PH ketika ini, apabila pemimpinnya mahu mentadbir Putrajaya hanya untuk jawatan, sebaliknya kebajikan rakyat dan janji manifesto pilihan raya umum ke-14 gagal ditunaikan.
“Ini masalah kita hadapi sekarang, PH hari ini dia nak kuasa, bukan lain daripada itu. Selepas diberi kuasa, tiada perubahan dibuat, samua janji kosong.”
Katanya, kerajaan PH juga gagal menangani isu membabitkan perkauman, agama dan menghina institusi diraja.
Kerjasama Umno-PAS
Ku Li menyeru ahli Umno menerima kerjasama Umno-PAS dalam usaha memperkukuhkan perpaduan ummah dan hubungan dengan MIC, MCA serta parti di Sabah dan Sarawak.
“Sekarang (PAS) datang dekat dengan kita, dulu ia musuh kita macam presiden sebut, kalau tengok warna hijau dulu tak boleh berkawan.
“Mereka manusia biasa…kita kena hormat (mereka) supaya mereka juga hormat kepada kita.
“Kalau mereka hulur tangan untuk bersahabat dengan kita, kenapa kita tak boleh menerima, berjabat tangan dengan mereka dengan ikhlas untuk membina perpaduan yang kuat?” soalnya.
Sekolah demokrasi
Beliau turut mengahjak ahli Umno menolak cadangan DAP berhubung penubuhan sekolah demokrasi.
“Tujuan dia nak orang kurang 21 tahun memihak kepada mereka, mereka tahu mereka ditolak selama ini, mereka tidak diterima rakyat di bawah, kita bersama dengan rakyat dan akan bela rakyat.”
Pada 16 Julai lalu, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi dan calon bertanding pada pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran automatik pengundi diluluskan Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan 2/3 ahli Parlimen.
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/04/jangan-terpengaruh-pelawaan-dr-m-sertai-ppbm-ku-li-nasihat-ahli-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Pulang Ke Umno Akan Jadi Ahli Biasa Kata Ismail Sabri

Bekas Ketua Pulang Ke Umno Akan Jadi Ahli Biasa Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 364 hits
Ismail Sabri KOTA KINABALU Bekas ketua Umno yang ingin kembali ke parti itu jangan berharap dapat kembali memegang jawatan lama kata Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Um...
Jangan Risau Kewangan Umno Akan Ada Yang Bantu Parti Kata Zahid

Jangan Risau Kewangan Umno Akan Ada Yang Bantu Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 327 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli Umno jangan risau akan situasi kewangan parti itu yang ketika ini menghadapi kekangan selepas hartanya dibekukan setahun lalu dalam siasatan pihak berkuasa ke at...
Semangat Ahli Umno Tetap Membara Tidak Luntur Walau Diasak Ir Hasni Mohammad

Semangat Ahli Umno Tetap Membara Tidak Luntur Walau Diasak Ir Hasni Mohammad

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 342 hits
PONTIAN 3 Ogos Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata semangat ahli UMNO Johor sama sekali tidak luntur malah tambah membara bagi membantu parti menang pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Jelas b
Ahli Umno Pas Sudah Lupakan Persengketaan Kini Harmoni

Ahli Umno Pas Sudah Lupakan Persengketaan Kini Harmoni

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 441 hits
28 Julai 2019 5 26 PMHASNI MOHAMMAD bersama sama Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad serta Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah melayan tetamu yang hadir pada Durian Fest di Zainal s Place Sri Tebrau hari ini ...
Penganalisis Dakwa Langkah Ppbm Tangguh Pemilihan Seperti Umno

Penganalisis Dakwa Langkah Ppbm Tangguh Pemilihan Seperti Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 237 hits
Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad ketika hadir pada Mesyuarat Agung Khas PPBM semalam PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata langkah PPBM meluluskan pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 ...
Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 387 hits
Melihat gambar yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng bersama sama 5 lagi pemimpin DAP bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu isu kewarganegaraan Lima pemimpin DAP yang l...
Hisham Sedih Jadi Mangsa Fitnah Ahli Umno

Hisham Sedih Jadi Mangsa Fitnah Ahli Umno

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 268 hits
MALAYSIAKINI Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein menyatakan kekecewaannya apabila beliau difitnah akan meninggalkan parti itu Lebih dikesalkan kata anggota parlimen Sembrong itu fitnah tersebut bukannya datang daripada pihak PH se...
Umno Dedah Tiga Syarat Sertai Ph Betul Ka Ni

Umno Dedah Tiga Syarat Sertai Ph Betul Ka Ni

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 301 hits
ALOR SETAR UMNO meletakkan tiga syarat kepada Pakatan Harapan sekiranya mahu parti itu menyertai gabungan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Projek Tebatan Banjir S Ngor Gagal Rugi Besar

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao

Larangan Menjalinkan Hubungan Sulit Dengan Suami Isteri Orang

12 Cawangan Ahmad S Fried Chicken Yang Semakin Mengganas Di Pasaran