Umno Menolak Sebarang Bentuk Kerjasama Yang Melibatkan Dap



KENYATAAN MEDIA
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
UMNO punyai prinsip dan tatacara yang mesti dipatuhi oleh semua ahli. Mendedahkan rahsia parti kepada umum adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Justeru menghebahkan apa yang disebut oleh Presiden UMNO dalam mesyuarat tertutup sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Lokman Adam adalah tindakan yang salah. Apatah lagi Presiden UMNO hanya memberikan gambaran awal serta ingin mendapat pandangan dari pelbagai pihak berhubung perkara membabitkan kepentingan parti.
Belum ada sebarang keputusan atau tindakan yang dimutamadkan oleh parti mengenai perkara itu. Apakah itu satu kesalahan sehingga dianggap Presiden UMNO melakukan satu pengkhianatan?
Tindakan memanipulasikan pelbagai isu, situasi serta membuat kenyataan terbuka dan melulu oleh Lokman Adam adalah suatu yang tidak profesional malah boleh merosakkan imej parti. Ini boleh menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi yang sepatutnya dielakkan.
Malah tuduhan ke atas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO kononnya menerima payroll atau bayaran serta mengaitkan hubungan UMNO PAS dalam erti kata yang tidak tepat dan salah berkaitan isu kerajaan gabungan ini adalah amat keterlaluan dan sangat tidak bertanggungjawab.
UMNO punyai kaedah yang tersusun. Segala keputusan parti pasti akan melalui saluran yang betul dan tepat. Sudah tentu Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi parti tidak akan membelakangkan kepentingan parti dalam membuat sebarang keputusan penting.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 Julai 2019 membuat keputusan, hanya Presiden parti yang diberikan mandat untuk mewakili UMNO jika terdapat mana-mana pihak daripada luar yang ingin mengadakan sebarang kerjasama dengan UMNO.
Kerana itu, sebarang perbincangan atau perundingan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. Dan proses ini dilakukan oleh Presiden UMNO dengan penuh tanggungjawab.
Dengan tegas dinyatakan disini bahawa, UMNO tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti terutama parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa politik dengan DAP. Maknanya UMNO menolak sebarang bentuk kerjasama yang melibatkan DAP.
UMNO punyai prinsip dan idealoginya sendiri. Sesekali ianya tidak akan digadaikan.
YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/04/umno-menolak-sebarang-bentuk-kerjasama-yang-melibatkan-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Lagi Umno Bukan Lagi Mca Bukan Lagi Tun M Tetapi Dap Adalah Beban Kepada Negara Kata Parti Lebai

Bukan Lagi Umno Bukan Lagi Mca Bukan Lagi Tun M Tetapi Dap Adalah Beban Kepada Negara Kata Parti Lebai

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 482 hits
Tidak ramai yang lupa suatu ketika Hadi Awang begitu tegas mempertahankan Dap Katanya satu2nya parti yang begitu kuat menentang tindakan kerajaan persekutuan sewaktu mengistiharkan dharurat di Kelantan untuk merampas kuasa dari Pas parti it...
Kenapa Nak Gunakan Umno Bagi Membunuh Dap

Kenapa Nak Gunakan Umno Bagi Membunuh Dap

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 360 hits
UMNO tanpa sedar digunakan mendukung biawak hidup Bertahun UMNO melawan DAP sejak peristiwa Mei 13 1969 Tetiba Dr Mahathir Mohamad berpakat dengan DAP menjatuhkan UMNO yang berkuasa sejak tahun 1955 kerana dendam dan marahnya kepada pemimpi...
Bitter Foes Umno Dap On Same Page In Condemning Trump S Middle East Deal

Bitter Foes Umno Dap On Same Page In Condemning Trump S Middle East Deal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 311 hits
In a rare instance DAP and Umno find themselves on the same page with regard to United States President Donald Trump s plan for the Middle East touted as the Deal of the Century DAP s international secretary Teo Nie Ching urged the US not t...
Umno Dijangka Muktamad Kerjasama Dengan Bersatu Esok

Umno Dijangka Muktamad Kerjasama Dengan Bersatu Esok

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 278 hits
UMNO dijangka membuat keputusan untuk memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu esok berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran Menurut laporan Malaysiakini difahamkan dua mesyuarat akan berlangsung bagi membincangkan perka...
Umno Will Never Work With Any Party That Shares Political Power With Dap Says Party Info Chief

Umno Will Never Work With Any Party That Shares Political Power With Dap Says Party Info Chief

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 323 hits
There is no decision yet by Umno regarding any form of cooperation with Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad says party information chief Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah He said it was irresponsible and wrong for Umno supreme council membe...
Umno Di Persimpangan Antara Mahathir Dan Dap

Umno Di Persimpangan Antara Mahathir Dan Dap

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 300 hits
oleh Dr Mohamad Khir Toyo Kekecewaan Tun M terhadap Menteri Kabinetnya sudah tidak dapatkan diselindung lagi Rakyat semakin tidak sabar dengan tindakan tindakan Menteri kabinet yang sudah hilang sentuhan untuk membela rakyat Paling mengecew...
Dap Is Pushing Umno And Pas Into Mahathir S Open Arms

Dap Is Pushing Umno And Pas Into Mahathir S Open Arms

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 357 hits
The DAP Chinese should have been more like the Indians and penetrate from the inside rather than attack from the outside like outsiders Deep penetration inside is always better and more effective It may take time like how the Indians did it...
Pakatan Nasional 10k Komen Netizen Marah 56 Menolak Kerjasama Dengan Tun Mahathir

Pakatan Nasional 10k Komen Netizen Marah 56 Menolak Kerjasama Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 334 hits
Majoriti rakyat menolak cadangan Muafakat Nasional hendak bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad Mereka juga menolak sekiranya MN dan Dr Mahathir mahu bekerjasama dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim da...
Jokowi Dan Presiden Singapura Bahas Kerjasama Pelatihan Dosen Politeknik

Jokowi Dan Presiden Singapura Bahas Kerjasama Pelatihan Dosen Politeknik

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 214 hits
Melalui program ini para dosen politeknik Indonesia akan diberikan pelatihan oleh pengajar Singapura Pemerintah Indonesia dan Singapura siap memfasilitasi program tersebut
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium