Umno Yang Merosot Bukan Politik Melayu Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Shahrul Shahabudin17 Mar 2023, 9:29am

Ahmad Fauzi Abdul Hamid mempertikaikan penegasan ketua Pemuda Bersatu bahawa penguasaan politik orang Melayu terancam.
Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno Januari lepas. Umno telah lama dituduh mengamalkan naungan politik selepas penswastaan banyak agensi kerajaan dan penubuhan GLC.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menolak dakwaan seorang pemimpin Bersatu bahawa politik Melayu semakin merosot dengan berkata, hanya Umno yang hilang penguasaannya.

Bercakap kepada FMT, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, orang Melayu masih memegang majoriti besar jawatan penting dalam kerajaan dan kebanyakan parti politik utama.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal bahawa politik Melayu berada dalam “zaman kemerosotan” disebabkan kurangnya perwakilan Melayu di Parlimen dan DUN dan “pakatan tidak suci” antara Umno dengan DAP, yang disifatkannya sebagai “pengkhianatan terbesar dalam sejarah politik Melayu”.

Fauzi, merujuk kepada pihak yang memegang prinsip ketuanan Melayu, berkata: “Bagi mereka, politik bermaksud penguasaan, bukan berkongsi dan berkompromi. Mereka terperangkap dalam kepercayaan bahawa politik Melayu akan berakhir jika mereka tidak dominan.

“Apa yang berlaku pada PRU15 adalah peralihan kuasa daripada seorang pemimpin Melayu kepada pemimpin Melayu lain yang menjunjung prinsip berbilang budaya.”

Apa yang merosot, katanya, adalah kualiti dan nilai ahli politik Melayu.

Beliau berkata, naungan mula mencemarkan politik Melayu pada zaman Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri buat kali pertama.

Katanya, pada zaman itu, pemimpin Melayu dalam kerajaan mula memberikan jawatan dan kontrak sebagai ganjaran kepada pengikut mereka.

“Mereka cuba memainkan peranan sebagai pelindung orang Melayu, tetapi semua manfaat dan keistimewaan disebarkan dalam kalangan elit politik, bukan kepada orang Melayu biasa.”

Fauzi berkata, naungan menjadi penghalang utama bagi kebangkitan pemimpin muda dalam parti Melayu.

Umno telah lama dituduh mengamalkan naungan politik selepas penswastaan banyak agensi kerajaan dan penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam buku bertajuk “Malaysia’s Political Economy: Politics, Patronage and Profits”, ahli ekonomi Edmund Terence Gomez dan Jomo Kwame Sundaram berkata, naungan pada zaman Mahathir membawa kepada penciptaan kelas Melayu baharu dan budaya politik wang dalam Umno.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut Tawfik Ismail juga berkata, beliau percaya kualiti politik Melayu mengalami kemerosotan selepas Mahathir mengambil alih.

Berbeza dengan pendahulunya, kata Tawfik, Mahathir tidak terus menekankan kepentingan nilai liberal dan progresif, akhirnya membawa orang Melayu ke arah konservatif.

Menurut beberapa pemerhati, pemangkin kepada peralihan ini adalah kebangkitan PAS pada 1980-an, yang menjadikan parti Islam itu saingan utama Umno.

“Kita sudah tidak tahu bagaimana nak hidup dengan kaum lain dan memandang kaum lain dengan penuh syak wasangka, seolah-olah mereka musuh yang mengancam orang Melayu,” kata Tawfik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/umno-yang-merosot-bukan-politik-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengkhianatan Terbesar Politik Melayu Bila Umno Dap Sekatil

Pengkhianatan Terbesar Politik Melayu Bila Umno Dap Sekatil

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 265 hits
agendaily com11 03 2023Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melabelkan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk Kerajaan Perse...
Umno Masih Pentas Zahid Najib Kata Penganalisis

Umno Masih Pentas Zahid Najib Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 207 hits
freemalaysiatoday com 23 Mar 2023 11 16amJeniri Amir berkata tiga lantikan ke MKT memberi petunjuk mengenai hasrat untuk mengukuhkan kedudukan Zahid dan menyenangkan hati penyokong Najib Ahmad Zahid Hamidi adalah timbalan kepada Najib Razak...
Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 179 hits
Hah parti islam isshhh dak kot perangai macam gini dulu kecik kecik lupa kot susah Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ...
Antara Akhlak Amanah Dan Ketuanan Melayu Mana Satu Umno Akan Utamakan

Antara Akhlak Amanah Dan Ketuanan Melayu Mana Satu Umno Akan Utamakan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 152 hits
Ramai pihak guna demi Melayu Demi Islam tapi akhlak dan amanah sendiri ke parit Boleh ke pemimpin yang salahguna kuasa yang sangka dirinya above the law diangkat untuk menerajui rakyat Satu ingatan hanya rakyat yang berkuasa SESIAPA pun bol...
Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

Umno Husnuzon Terhadap Muafakat Nasional Kata Zahid

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 280 hits
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap husnuzon terhadap Muafakat Nasional Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik namun pada mas
Melayu Sudah Tewas Hanya Hadi Yang Layak Pimpin Umno Pas

Melayu Sudah Tewas Hanya Hadi Yang Layak Pimpin Umno Pas

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 190 hits
PRU1430 Melayu undi PAS30 Melayu undi UMNO30 Melayu undi BERSATU60 Melayu berada di pihak yang kalah di pihak pembangkang Mereka inilah yang menyamar kononnya dulu undi BERSATU tetapi kesal Mereka berharap 30 lagi Melayu yang dulunya sokong...
Umno Perlukan Naratif Baru Dan Relevan Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman

Umno Perlukan Naratif Baru Dan Relevan Politik Khidmat Bakti Sudah Ketinggalan Zaman

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 220 hits
Sebagai ahli UMNO aku syorkan supaya bantuan yg nak diberikan ini apatah lagi jika ia datang dari kantung UMNO sendiri maka ia wajar diberikan khusus kepada ahli2 UMNO yg terjejas yg menjadi mangsa banjir kali ini Wang milik UMNO ini adalah...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat