Umno Korbankan Keselamatan Rakyat Demi Rebut Kuasa


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 5:10 pm

Seramai 13 ahli parlimen pembangkang dan seorang senator membidas Umno kerana berterusan menuntut pilihan raya diadakan dalam keadaan negara mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dan banjir buruk di beberapa negeri

Mereka berkata negara semalam mencatatkan 1741 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 120,818.

Sementara itu, beberapa negeri pula kini dilanda banjir buruk dan sehingga kini lebih 15,000 mangsa banjir dipindahkan.

"Peningkatan jumlah pengangguran terkini dan penyusutan pendapatan kepada banyak keluarga semasa tempoh pandemik ini semakin membimbangkan.

"Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh Umno menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini.

"Hampir tiga minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, Umno mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia," jelas mereka dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut) Yeo Bee Yin (Bakri), Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Salahuddin Ayub (Pulai), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Teo Nie Ching (Kulai) Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Khalid Samad (Shah Alam).

Seorang lagi yang turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah senator, Marzuki Yahya.

Mereka juga memetik ucapan bekas presiden Umno, Najib Razak yang pernah berkata "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".

"Rakyat Malaysia mesti menolak cita-cita jahat dan sikap mementingkan diri demi kuasa.

"Kita telah cukup banyak kehilangan masa bertahun-tahun akibat salah laku pentadbiran dan rasuah. Negara ini perlu segera dirawat dan masa untuk merawatnya adalah sekarang!" kata mereka.

Untuk rekod sebahagian pemimpin Umno kini mendesak pilihan raya umum diadakan segera ketika hubungan parti itu dengan Bersatu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin goyah.

Antaranya Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob yang memberi kata dua kepada kerajaan PN agar segera membubarkan parlimen atau dia melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Semalam, Jazlan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Selain itu, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Umno Gua Musang juga mencadangkan supaya PRU diadakan dalam suku pertama 2021 bagi menyerahkan mandat kepada rakyat.

Menurut Razaleigh sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, ahli parlimen Umno perlu menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/umno-korbankan-keselamatan-rakyat-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Rela Sokong Anwar Demi Kuasa

Umno Rela Sokong Anwar Demi Kuasa

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 370 hits
freemalaysiatoday combyAssistant Editor December 30 2020Selepas 10 bulan Perikatan Nasional memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibeza...
Umno Kemungkinan Jilat Punggung Dap Dan Ph Akan Terima Perompak Wang Rakyat Sebagai Sabahat Sebantal

Umno Kemungkinan Jilat Punggung Dap Dan Ph Akan Terima Perompak Wang Rakyat Sebagai Sabahat Sebantal

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 369 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil untuk Umno bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk parti komponennya DAP Tajuddin berkata demikian ketika diminta untuk menjawab spekulasi mengenai kemungkinan kerj...
Umno Tidak Relevan Pemimpin Gila Kuasa

Umno Tidak Relevan Pemimpin Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 327 hits
Selepas kalah pru14 mereka berdakyah nasib melayu telah menjadi bubur Walaupun isu sebesar kuman mereka perbesarkan seolah penindasan teruk sedang berlaku dibawah kerajaan PH PAS berjaya dihasut maka tertubuhnya MN yang kononnya memperjuang...
Memang Umno Parti Menyusahkan Rakyat Ke Apa Korang Dapat Duk Lindung Kluster Mahkamah

Memang Umno Parti Menyusahkan Rakyat Ke Apa Korang Dapat Duk Lindung Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 337 hits
Tak habis habis buat hal Masa jadi menteri pun asyik kena herdik Dah masuk list kluster mahkamah nak tunjuk hero Konon Haritu semua rakyat dihasut untuk jatuhkan kerajaan PH Lompat parti sana sini Masa kat sabah siapa yang mulakan cetus per...
Video Demi Menyakinkan Rakyat Perdana Menteri Tawar Diri Jadi Org Pertama Terima Vaksin

Video Demi Menyakinkan Rakyat Perdana Menteri Tawar Diri Jadi Org Pertama Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 457 hits
loading KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan diri untuk menjadi individu pertama menerima suntlkan vaksln C0VID 19 Perdana Menteri berkata ia bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksln C0VID 19 diperoleh itu adalah selamat da...
Kerajaan Pn Hilang Majoriti Umno Mahu Menyusahkan Rakyat

Kerajaan Pn Hilang Majoriti Umno Mahu Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 377 hits
Walaupun kehilangan majoriti sekalipun kerajaan Perikatan Nasional Plus masih boleh kekal menjadi kerajaan sekurang kurangnya buat masa ini kata pakar Ini kerana walaupun hanya memiliki sokongan 110 daripada 220 ahli parlimen PN Plus masih ...
Ph Perlu Tolak Atok Dan Umno Demi Masa Depan

Ph Perlu Tolak Atok Dan Umno Demi Masa Depan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 360 hits
Oleh Mohamad Saja Pada saya elok tinggal saja Atok dan Umno tu Ada Atok ditolak PKR bergantung harap Umno umpama tunggu durian yang tak gugur Nak gugur macam mana keputusan ditentukan MT Umno Dalam tu ada tiga puak satu puak takda jawatan m...
Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

Demi Pertahankan Kerajaan Tebuk Atap Pas Rela Jadi Batu Api Laga Lagakan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 309 hits
Simpati dengan Umno Mereka tahu Umno telah lama dibuli oleh Bersatu dalam kerajaan tebuk atap PN Umno cuba acah2 gertak takutkan Muhyiddin kononnya Umno akan tarik diri dari kerajaan PN malangnya Muhyiddin tahu bagaimana nak ubat mereka Seb...
Memasuki Tahun 2021 Zahid Ajak Pemimpin Angkat Politik Matang Demi Rakyat

Memasuki Tahun 2021 Zahid Ajak Pemimpin Angkat Politik Matang Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 31 Dis Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak parti parti politik dan kepimpinannya untuk bersama sama memikirkan pendekatan terbaik dalam memacu ekonomi serta mencipta pekerjaan selain memeriahkan landskap per...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu