Umno Jangan Lagi Jadi Penyanyi Latar Kata Puteri




KUALA LUMPUR – UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) perlu keluar daripada bayangan  ‘penyanyi latar’ dalam kerajaan, kata Ketua Pergerakan Puterinya, Datuk Zahida Zarik Khan.
Beliau berkata, walaupun UMNO menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) namun parti itu lebih layak untuk mengepalai pentadbiran Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.
“Kita mahu mereka (menteri UMNO) bukan sahaja terus menjadi penyumbang kepada negara bahkan dinaikan ke martabat yang lebih tinggi. Syaratnya, kerajaan yang memerintah
mestilah kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN.
“Kita tidak mahu sekadar berada di pentas yang sama tetapi hanya sebagai penyanyi latar. UMNO parti besar, mesti menjadi pemain utama dalam menentukan dasar dan masa depan negara,” katanya dalam ucapan dasar pergerakan sayap UMNO itu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Justeru itu, Zahida Zarik berkata, UMNO perlu kekal dalam menolak kerjasama dengan mana-mana parti sama ada PKR dan DAP malah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU-15 kelak.
Menurutnya, segenap lapisan ahli-ahli UMNO tidak perlu mempersoalkan pendirian yang telah diambil untuk menolak kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu.
“Kita tahu tujuan asal PPBM memang untuk musnahkan kita. Cuma sekarang mereka sudah kehilangan baja dan sangat mengharapkan UMNO menjadi baja untuk mereka hidup dan subur kembali.
“Apakah kita perlu menjadi baja kepada pokok dedalu parasit, yang menumpang kita dan kita tahu pasti akan membunuh kita di masa depan? No PPBM, No DAP, No PKR,” katanya dan mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan sayap UMNO itu.
Dalam pada itu, Zahida juga mengkritik tindakan lompat parti ahli-ahli Parlimen yang dahulunya menang atas tiket UMNO dan BN.
Jelas beliau, ia tetap salah biar pun tidak ada undang-undang yang dapat mencegah perbuatan tersebut dan rakyat sahaja yang boleh menghukum mereka pada PRU-15.
“Benar, undang-undang tak boleh hukum mereka. Yang boleh hukum mereka ialah rakyat. Rakyat mesti sepakat mencemuh tindakan tidak bermoral mereka. Mengkhianati mandat rakyat adalah tidak bermoral.
“Membelakangkan kehendak rakyat adalah satu pengkianatan yang mesti ditentang. Lompatlah sejauh mana. Peganglah jawatan setinggi mana, tetapi anda tetap tidak
bermoral,” katanya lagi.
UMNO selepas PRU-14 lalu kehilangan 15 kerusi Parlimen apabila kesemua mereka bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu, ujarnya.
Antara 15 kerusi itu ialah Parlimen Jeli, Tanah Merah, Larut, Mersing, Hulu Terengganu, Masjid Tanah, Beluran, Bagan Serai, Tasek Gelugor, Bukit Gantang, Beuafort, Sabak Bernam, Libaran, Sipitang dan Kudat. – MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/umno-jangan-lagi-jadi-penyanyi-latar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Amanah Hipokrit Jangan Mimpi Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Asyraf Kepada Khalid

Pemimpin Amanah Hipokrit Jangan Mimpi Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Asyraf Kepada Khalid

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 352 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad semalam yang menegaskan parti itu hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan Umno sekiranya ia insaf adalah mimpi di siang hari PUTRAJAYA Ketu...
Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 257 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah sedia berbincang dengan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum ke 15 termasuk kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14 Walaupun Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan p...
Puteri Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Yang Wujud Untuk Memusnahkan Parti Itu

Puteri Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Yang Wujud Untuk Memusnahkan Parti Itu

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan Puteri UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu yang dilihat kewujudannya untuk memusnahkan parti itu Dalam ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini Ke...
Ahli Mt Umno Nasihat Pensyarah Uum Jangan Jadi Pencacai

Ahli Mt Umno Nasihat Pensyarah Uum Jangan Jadi Pencacai

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 278 hits
MALAYSIA DATELINEPensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff dinasihati oleh anggota Majlis Tertinggi Umno agar menjadi profesor politik dan bukan pencacai Datuk Dr Puad Zarkashi dalam tulisan di Facebook beliau berkata demi...
Hiburan Jangan Nilai Dari Pengaruh Di Media Sosial Sahaja Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

Hiburan Jangan Nilai Dari Pengaruh Di Media Sosial Sahaja Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 228 hits
Disebabkan oleh pelbagai isu yang timbul ketika acara muzik tahunan baru baru ini Datuk Hattan telah bersuara dan menyeru penerbit Anugerah Juara Lagu supaya mengambil serius kredibiliti pertandingan berkenaan yang kini sudah pun menjangkau...
Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 211 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan ko...
Mohamad Jangan Kerana Cemburu Umno Bersatu Putus Hubungan

Mohamad Jangan Kerana Cemburu Umno Bersatu Putus Hubungan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 283 hits
PN BBC Semua ahli UMNO perlu bertindak bijak dan berfikiran panjang sebelum menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang hubungan dilihat retak berpunca daripada perasaan cemburu dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya Ti...
Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 246 hits
umno online myKUALA LUMPUR 24 Mac Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sekali lagi mengulangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti dan menyatakan bahawa ianya akan kekal dan fokus UMNO adalah untu...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25

Tadabbur Surah Al Fatihah

Kelebihan Fb Page Untuk Bisnes

Kecemerlangan Anak Anak

Pas Youth Told To Stop Misleading Statements On Harith Iskander

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu