Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri


umno-online.my
1 min lalu
KUALA LUMPUR, 24 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sekali lagi mengulangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan menyatakan bahawa ianya akan kekal dan fokus UMNO adalah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau antara yang telah diputuskan adalah berkaitan lambang parti yang mana akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) selain ‘No PKR, No Dap’ serta kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terputus apabila parlimen dibubarkan
“MKT dah buat beberapa keputusan dan saya ingin mengulang kembali pertamanya kita akan menggunakan lambang BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti… maknanya walaupun kita dengan Muafakat Nasional (MN) atau sebagainya kita akan menggunapakai lambang BN.

“Keduanya ‘No PKR, No Dap’. Ini juga merupakan keputusan MKT dan hari ini ditekankan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataanya mengatakan UMNO tidak akan berunding dengan PKR untuk menghadapi pilihan raya dan saya kira pun selepas pilihan raya mungkin itulah keputusan kita.

“Ketiganya keputusan MKT meneruskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan terus menyokong sehingga pilihan raya. Itu jelas dari segi kerajaan. Dari segi menteri dan ahli parlimen kita yang berada di dalam kerajaan hari ini terus menyokong kerajaan sehingga pilihan raya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera seterusnya menjelaskan dari segi hubungan kerjasama dengan PPBM cukup jelas.

“Seterusnya keputusan MKT adalah kerjasama antara kita dengan Bersatu dari segi parti diputuskan apabila parlimen dibubarkan dan ini ‘clear’. Saya rasa tidak ada siapa yang mempertikaikan dari segi keputusan MKT. Maknanya kita ni macam ‘cerai taklik’… apabila bubar parlimen jatuh talak kita… jadi kita dah menjelaskan daripada awal bahawa hubungan kita terputus secara automatik apabila parlimen dibubarkan.

“Setiap ahli parti dan MKT malah saya sebagai Naib Presiden tentu sahaja akan mempertahankan keputusan yang dibuat MKT dan daripada segi disiplin parti kita perlu patuh kepada setiap keputusan yang dibuat oleh MKT. Inilah keputusan yang kita pegang sehinggalah pilihan raya,” ujarnya

Dalam pada itu beliau turut menggesa dan berharap ahli parti tidak cepat melatah sebaliknya kekal tenang kerana banyak pihak mahu melihat UMNO berpecah yang akhirnya tidak menguntungkan parti untuk bergerak ke depan.

“Saya harap kita kena bertenang sebab ramai pihak yang mahu melihat UMNO ini berpecah. Keluar satu berita yang tidak berapa jelas kebenarannya kita dah bergaduh… kita tuduh orang sana… kita tuduh orang sini… kita petik nama orang sana… kita petik nama orang ini… ini tidak menguntungkan parti.

“Sekarang ini fokus parti untuk menghadapi pilihan raya sebenarnya. Sebab itu Biro Latihan dan Pekaderan yang dipertanggungjawabkan kepada saya… kita buat latihan pekaderan Bangkit 15 adalah tujuannya untuk menyediakan parti menghadapi pilihan raya yang kita katakan mahu cepat… kita kata kita nak cepat… jentera dah ‘ready’ atau belum? Sebab itu saya nak menyediakan jentera supaya ‘ready’ sebelum akhir Mei dan kita dah selesai mengadakan kursus ini supaya apabila tiba-tiba ada pilihan raya jentera dah ‘ready’,” katanya.

Tambahnya lagi sekarang ini lupakan cerita-cerita yang tidak membawa faedah serta manfaat untuk UMNO kerana sudah pasti fokus parti adalah untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Sebab itu kita bersiap sedia dan mempersiagakan diri. Buat masa ini kita kurangkan terpengaruh dengan berita-berita yang tidak memberi manfaat kepada UMNO dan akhirnya tumpuan kita lari daripada fokus sebenar. Tumpuan sebenar adalah memperkukuhkan parti untuk menang pilihan raya,” ujarnya lagi

- UMNO Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/ketetapan-mkt-kekal-jangan-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 259 hits
Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam percaturan politik jangka panjang parti itu Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Ismail Sabri Perlu Nyatakan Pendirian Sokong Zahid Atau Tidak Jangan Main Dua Kolam

Ismail Sabri Perlu Nyatakan Pendirian Sokong Zahid Atau Tidak Jangan Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 373 hits
March 26 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyatakan dengan jelas pendirian diri sama ada menyokong Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sebaliknya Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata ia penting unt...
Don T Be Influenced By Anwar Ismail Sabri Tells Umno Members

Don T Be Influenced By Anwar Ismail Sabri Tells Umno Members

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 349 hits
Umno leaders and members should not be influenced by PKR president Anwar Ibrahim s statements as he might have an agenda to split Umno said Umno vice president Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri said he was worried that Anwar s statements cou...
Ahli Pas Jangan Cepat Melatah

Ahli Pas Jangan Cepat Melatah

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 256 hits
SEREMBAN Pas Negeri Sembilan mengingatkan semua ahlinya agar tidak cepat melatah dengan pelbagai kenyataan terhadap parti itu yang memilih menyertai Perikatan Nasional Ketua Penerangannya Badzli Bakar berkata Pas perlu terus mengamalkan bud...
Ismail Sabri Told To Break Silence On Umno Bersatu Split

Ismail Sabri Told To Break Silence On Umno Bersatu Split

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 248 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob is one of the more visible party leaders thanks to his position as defence minister However despite being the highest ranking Umno leader in the Perikatan Nasional government Ismail has been relativel...
Umno General Assembly State Delegates Must Get Travel Permits Says Ismail Sabri

Umno General Assembly State Delegates Must Get Travel Permits Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 408 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob arrives at the Magellan Sutera Resort in Kota Kinabalu September 27 2020 Picture by Firdaus LatifIPOH March 21 State delegates involved in the 2020 Umno General Assembly in the capital next weekend ne...
Dap Kekal Pendirian Tiada Kerjasama Politik Dengan Umno Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

Dap Kekal Pendirian Tiada Kerjasama Politik Dengan Umno Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 371 hits
GEORGETOWN DAP hari ini mengulangi tidak akan bekerjasama dengan Umno melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti memutuskan untuk berbuat demikian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pendirian CEC berhubung kerjasama politik dengan ...
Shamsul Gesa Ismail Sabri Henti Serang Anwar

Shamsul Gesa Ismail Sabri Henti Serang Anwar

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 298 hits
FAZLI RADZI PKR yakin bahawa perbincangan bersama pemimpin Umno yang masih di peringkat awal tidak mungkin akan menjejaskan kekuatan Umno kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Beliau berpendapat PKR menghargai kebi...
Jangan Sembang Kari Ikut Resam Umno Sembang Kari

Jangan Sembang Kari Ikut Resam Umno Sembang Kari

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 741 hits
Harap harap ini bukan sembang kari dan diharapkan menteri agama yang juga menteri nikah kahwin serta beberapa menteri lain yang telah dilaporkan media melanggar SOP betul2 diambil tindakan
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc

Ahmad Al Sharaa Masuk 100 Orang Paling Berpengaruh Versi Time 2025

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Mayat Lelaki Tergantung Dan Berulat Di Jalan Sultan Ismail