Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung
KOTA KINABALU: Umno Sabah sedia berbincang dengan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15), termasuk kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14.
Walaupun Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan pada Perhimpunan Agung Umno 2020 semalam menegaskan akan bertanding di semua kerusi yang dimenangi pada PRU14 sebelum wakil rakyatnya melompat parti, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata, perkara itu masih boleh dibincangkan dalam GRS.
Lima kerusi yang dimenangi parti itu menerusi Barisan Nasional (BN) pada PRU14 sebelum wakil rakyatnya melompat ke PPBM ialah Beaufort, Sipitang, Kudat, Beluran serta Libaran.
“Semalam saya telah beri kenyataan, untuk Sabah, kita akan berbincang dalam GRS, apapun pergolakan politik di Semenanjung tidak boleh dibenarkan untuk meruntuhkan kerajaan GRS.
“Kita akan berbincang dan cadangkan kepada pucuk pimpinan Umno Pusat, sebelum berbincang dengan rakan parti dalam GRS,” katanya selepas pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu.
Bung berkata, setakat ini, belum ada sebarang rundingan berhubung soal kerusi dalam kalangan parti GRS, namun menegaskan ia akan dibuat apabila tiba masanya sesuai.
Katanya, masih terlalu awal untuk mereka membuat keputusan, namun mereka akan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah itu.
“Belum bermula (perbincangan soal kerusi), kita akan mulakan, tetapi sekarang terlalu sibuk, hari ini juga pelancaran Sabah Maju Jaya, jadi kita majukan Sabah dulu,” katanya.
Bulan lalu, selepas mesyuarat Umno Sabah di Kota Kinabalu, Bung menyuarakan hasrat untuk bertanding di sekurang-kurangnya 14 kerusi Parlimen pada PRU15.
Ia adalah Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Beluran, Libaran, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Kalabakan.
MR : UMNO carca merba, Terengganu nak berlawan, Perlis buat kerjasama dengan Bersatu
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/03/umno-sabah-sedia-runding-kerusi.html