Umno Jangan Hipokrit Tentang Pemberian Wang Dan Membeli Undi Sewaktu Pilihanraya




Begitu gegak gempita dan bagai nak runtuh langit dibuatnya apabila pemimpin-pemimpin UMNO terlihat sangat ghairah bercakap dan memberi reaksi berhubung kononnya berlaku pembelian undi dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands ini.


Semuanya hanyalah kerana tersebarnya  gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang yang berpakaian baju merah bertulis  ‘Harapan’ sedang memberi wang kepada sekelompok penduduk yang dipercayai adalah Orang Asli.


Hanya kerana gambar tersebut, bertalu-talu pemimpin UMNO membuat dakwaan kononnya telah berlaku pemberian wang dan pembelian undi oleh Pakatan Harapan untuk memastikan kemenangan calonnya, M Manogaran.


Di media sosial juga bertali arus serangan oleh pemain media pro UMNO dan BN terhadap Pakatan Harapan berhubung hal yang sama.


Mereka secara sepakat mendesak agar siasatan segera dijalankan mengenainya.


Yang lucunya, meskipun sudah diperjelaskan bahawa pemberian wang itu adalah bayaran kepada petugas dan sukarelawan yang terlibat pada hari penamaan calon dan ia akan dimasukkan sebagai sebahagian perbelanjaan pilihanraya, pemimpin UMNO dan pemain media sosial pro parti itu masing juga enggan menerimanya.


Mereka sebaliknya masih memainkan isu kononnya berlaku pembelian undi dan perlanggaran terhadap undang-undang pilihanraya.


Kenapa mereka tidak mahu menerima penjelasan yang sudah diberikan?


Apakah UMNO dan para pemimpinnya benar-benar suci dan tidak pernah sama sekali melakukan amalan membeli undi ketika berkuasa dahulu?


Dalam hal ini, UMNO seharusnya bersikap terbuka dengan penjelasan yang sudah diberikan oleh Pakatan Harapan. 


Lagi pun, takkanlah baru sehari selepas hari penamaan calon sudah mahu membeli undi?


Di mana logiknya? Bukankah pembuangan undi masih lama lagi iaitu pada 26 Januari nanti?


Selain itu, adakah logik jika itu merupakan proses membeli undi, ia harus dilakukan secara terbuka dan sesiapa boleh mengambil gambarnya?


Para pemimpin UMNO harus sedar bahawa keputusan PRU14 Cameron Highlands ini dibatalkan adalah kerana berlakunya unsur rasuah dan pembelian undi yang dilakukan oleh BN sendiri.


Jika demikian, adakah ia dilakukan secara terbuka dan selepas hari penamaan atau dengan cara sulit dan menjelang hari pembuangan undi?


Apa pun, UMNO tidak perlu hipokrit atau berlagak suci dalam hal ini. Mereka sepatutnya tahu bila dan bagaimana mahu membeli undi kerana bukanlah rahsia lagi mereka biasa melakukannya ketika berkuasa dahulu.


Menabur wang sehari selepas penamaan calon adalah kerja gila yang tidak mungkin dilakukan oleh Pakatan Harapan berikutan kejayaan menumbangkan BN dalam PRU14 baru-baru ini pun dilakukan tanpa menggunakan kuasa wang sama sekali untuk membeli undi.


Maka, apa faedahnya menabur dalam sebuah pilihanraya kecil yang tidak memberi kelebihan apa-apa kepada kedudukan sebagai kerajaan?


Begitu pun, meski UMNO tidak lagi berkuasa di peringkat Pusat, ia tidaklah juga bermakna parti itu sudah betul-betul bersih dan tidak mempunyai wang untuk membeli undi.


Tambahan lagi dengan melakukan serangan dan menuduh kononnya Pakatan Harapan yang terlibat dalam pembelian undi, ia tidak sama sekali membersihkan wajah UMNO daripada kekotoran yang pernah diamalkannya sebelum ini. (ShahbudinHusin 14/01/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/umno-jangan-hipokrit-tentang-pemberian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Jangan Lupa Pulangkan Kerusi C Highlands Kepada Mic

Umno Jangan Lupa Pulangkan Kerusi C Highlands Kepada Mic

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 349 hits
IMBAS KEMBALI Datuk T Mohan Datuk Sivaraajh Chandran dan Datuk T Murugiah bergambar kenangan selepas diumumkan sebagai Naib Presiden MIC di Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2018 foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR UMNO diberi peringatan agar tidak se...
Ugutan Pemimpin Ph Hipokrit Tidak Bertanggungjawab

Ugutan Pemimpin Ph Hipokrit Tidak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR 18 Jan 8211 Tindakan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan yang mengugut para pengundi dengan mengabaikan kawasan atau menafikan dana pembangunan jika PH tewas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands disifatkan hipokrit...
Tun Mahathir Jangan Pinggirkan Kami Tuan Ibrahim

Tun Mahathir Jangan Pinggirkan Kami Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 347 hits
KOTA BHARU Pas juga mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini Untuk itu Tim...
Jangan Abai Keaktifan Najib Di Media Sosial Kenapa Serangannya Dibiarkan Begitu Saja

Jangan Abai Keaktifan Najib Di Media Sosial Kenapa Serangannya Dibiarkan Begitu Saja

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 329 hits
Barangkali tidak sukar untuk kita semua mengakui bahawa tulisan tulisan bekas Perdana Menteri Najib Razak di media sosial sejak kehilangan kuasa ini bukan saja semakin menarik malah dibaca oleh lebih ramai rakyat negara ini Beliau juga dili...
Jangan Memaksa

Jangan Memaksa

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 196 hits
Kau di mataku tak lebih dari sahabatkuKau di hatiku tak pernah jadi istimewaJangan memaksa ku cinta kamuJangan memaksa perasaankuKau harus tau aku takkan nyata bagimuKau harus bisa terima kenyataan iniJangan memaksa ku cinta kamuKarena perc...
Mustahaknya Berat Badan Sebagai Petunjuk Kesihatan Bayi Mama Papa Jangan Pandang Remeh

Mustahaknya Berat Badan Sebagai Petunjuk Kesihatan Bayi Mama Papa Jangan Pandang Remeh

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 477 hits
Berat badan bayi bukan untuk melihat sama ada bayi kurus atau gemuk ia merujuk ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi Tumbesaran bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul Berapa berat baby ni Itulah antara soala...
Wajah Hipokrit Najib Razak

Wajah Hipokrit Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 355 hits
JAUH benar cara hidup Najib Razak sekarang selepas diPECAT oleh rakyat Sibuk ke pasar semak harga ikan lepak di kedai makan berdiri atas meja ping pong dan macam macam lagi Lima tahun sebelum PRU 14 Najib tak minat buat kerja kerja semak ha...
Lima Perkara Tentang Aidil Sharin Yang Penyokong Kedah Perlu Tahu

Lima Perkara Tentang Aidil Sharin Yang Penyokong Kedah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 496 hits
Aidil Sharin Sahak adalah jurulatih baru Persatuan Bola Sepak Kedah dan mula diikuti oleh para penyokong Helang Merah salah seorangnya Master Untunglah Four Four Two ada siarkan artikel umum mengenai jurulatih Kedah ini dan Aidil Sharin Sah...
Lepas Chef Wan Kata Nak Tampar Najib Ini Jawapan Najib Tentang Itu

Lepas Chef Wan Kata Nak Tampar Najib Ini Jawapan Najib Tentang Itu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 503 hits
Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi Ch...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

Birthday Bouquet The Perfect Floral Gift For A Special Celebration

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told

Misteri Di Sebalik Menara Jam Di Tengah Tasik

Berehat Di Rock Village Kampung Kura Sik Kedah