Lepas Chef Wan Kata Nak Tampar Najib Ini Jawapan Najib Tentang Itu


Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda, isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan. Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini.
Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi, Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak.
Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda – semasa ditadbir kerajaan BN – memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.
“Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.
“Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah,” katanya kepada media.
Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.
Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan calon PH, M Manogaran.
Untuk rekod Jelai adalah salah satu kawasan yang terletak di bawah kawasan parlimen Cameron Highlands dan menjadi salah satu kubu kuat BN.
Wakil rakyat bagi Jelai ialah Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar Pahang.
Itu duit rakyat
Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.
“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!
“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.
“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” katanya.
Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.
“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!” katanya.
Kata personaliti yang mempunyai nama sebenar Redzuawan Ismail itu dia tidak peduli apa pun dengan tindakannya kerana terlalu marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat.
“Aku peduli apa, itu duit cukai (rakyat) yang letak di situ, kamu beritahu dia benda tu,” katanya lagi.
Pada 18 Julai lalu Najib menyifatkan Felda melalui zaman kegemilangan semasa ditadbir oleh kerajaan di bawah pimpinannya.
Najib yang juga bekas menteri besar Pahang berkata demikian semasa berkempen di Jelai.
“Kenapa pula zaman BN memerintah tuan-tuan boleh dapat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan?
“Kenapa zaman BN memerintah boleh mendapat pinjaman tanpa faedah membesarkan rumah?
“Kenapa zaman BN tuan-tuan boleh dapat bonus yang tinggi, boleh dapat duit raya, boleh dapat BR1M? boleh mendapat bantuan persekolahan?” soal beliau kepada kira-kira 300 hadirin yang kebanyakannya memakai baju BN.
“Sebab zaman BN memerintah itu zaman keemasan para peneroka Felda,” jelas beliau.
Ditanya mengapa berkempen untuk PH hari ini, Chef Wan yang memang terkenal suka berterus-terang itu berkata, beliau mahu rakyat mengetahui kebenaran. “Sebab yang benar tetap benar,” katanya.
Sumber Artikel: MKINI
Ini Respond Najib Razak Tentang Chef Wan ..
Najib Razak Ketika Di Restoren The Podium, Sungai Pencahala
Semakin popular Najib Razak, makin ramai pengikut beliau sekarang. Hari ini beliau menaiki Yamaha Y15zr untuk sessi berjumpa peminatnya di The Podium, Sungai Penchala.
Beliau meluangkan masa dengan menjawab beberapa soalan dan swatofo dengan peminat beliau.
Beliau ditanya tentang Chef Wan mahu tampar dia .. ini jawapan Najib Razak. Sila Lihat Video Di Bawah
Lihat minit 8:40

#MaluApaBossku
Sumber : KLVIRAL
The post Lepas Chef Wan Kata Nak Tampar Najib. Ini Jawapan Najib Tentang Itu appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/lepas-chef-wan-kata-nak-tampar-najib-ini-jawapan-najib-tentang-itu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kalau Jumpa Najib Saya Nak Tampar Dia Saya Memang Teringin Tampar Dia Kata Chef Wan

Saya Kalau Jumpa Najib Saya Nak Tampar Dia Saya Memang Teringin Tampar Dia Kata Chef Wan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 416 hits
Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi Ch...
Video Selepas Viral Nak Tampar Najib Menteri Tolong Chef Wan Memasak

Video Selepas Viral Nak Tampar Najib Menteri Tolong Chef Wan Memasak

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 497 hits
Suasana Felda Sungai Koyan 1 di Jelai Cameron Highlands meriah dengan kehadiran cef selebriti Chef Wan yang hadir untuk berkempen sempena pilihan raya kecil dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan Turut hadir Menter...
Nak Tampar Najib Budi Bahasa Chef Wan Tidak Menguntungkan Ph

Nak Tampar Najib Budi Bahasa Chef Wan Tidak Menguntungkan Ph

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 365 hits
Tindakan selebriti masakan Chef Wan mahu menampar bekas Perdana Menteri Najib Razak atas dakwaan telah mewujudkan berlakunya salah urus dalam Felda bukanlah suatu perlakuan yang sihat dan menguntungkan Pakatan Harapan sebenarnya Meskipun Ch...
Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib

Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 464 hits
Chef Wan teringin nak tampar Najib PRK CAMERON Cef selebriti itu geram dengan tindakan bekas PM menguruskan isu Felda sebelum ini
Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 347 hits
Chef Wan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu Loading Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam kenyataan di instagram ...
Chef Wan Mahu Tampar Muka Najib Sebab Kurang Ajar

Chef Wan Mahu Tampar Muka Najib Sebab Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 682 hits
I tampar muka Najib tu kurang ajar Itulah ungkapan dari selebriti masakan popular Chef Wan semasa berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 hari ini Dipetik menerusi portal Malaysiakini Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya...
Hiburan Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas Pm Najib Razak

Hiburan Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas Pm Najib Razak

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 348 hits
Hadir untuk berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan Ahad lalu Chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan didakwa telah mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Terbaru ...
Najib Senyum Buat Apa Nak Layan Chef Wan

Najib Senyum Buat Apa Nak Layan Chef Wan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 465 hits
Diterbitkan Hari ini 8 32 malam Itu Chef Wan Buat apa nak layan Chef Wan Ringkas dan sinis jawapan daripada bekas perdana menteri Najib Razak apabila diminta mengulas niat Chef Wan yang ingin menamparnya Malah Najib menjawab soalan pemberit...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn