Umno Gagal Lagi Membuat Keputusan Berpisah Dengan Bersatu



BENTONG - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang pada Jumaat disifatkan memperoleh hasil keputusan yang 'tidak begitu dramatik'.

Sumber memberitahu Sinar Harian bahawa semua MKT bagaimanapun, tidak akan mengulas perkara tersebut dalam masa terdekat.

"Disebabkan baru habis mesyuarat, masing-masing sedang fikirkan lagi.

"Semalam memang ada keputusan (hasil mesyuarat) tapi tidaklah begitu dramatik," kata sumber pada Sabtu.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang pada Jumaat berakhir jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, semua ahli MKT keluar dari Insititut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU), Janda Baik tidak lama selepas media bersurai.

Hasil mesyuarat berkenaan juga katanya, telah membuat satu ketetapan namun setakat ini Sinar Harian difahamkan tidak ada sebarang kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Memang semua dah pulang semalam. Mesyuarat selesai jam 12.30 tengah malam.

"Ketika semua keluar dari ILMU, sudah tiada media. Jika media masih ada pun mereka tak dibenarkan masuk," katanya,

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi dan pengesahan daripada beberapa pemimpin MKT.

Antara yang berjaya dihubungi ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki namun beliau enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat, media menanti selama lebih tiga jam di ILMU bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di situ.

Bagaimanapun, tiada kenderaan membawa pemimpin parti itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut sebelum pintu pagar pintu utama pusat latihan itu ditutup oleh pengawal keselamatan pada jam 11.30 malam.

Tindakan menutup pagar berkenaan dibuat atas arahan yang dikeluarkan membuatkan media akhirnya bersurai kira-kira jam 12 tengah malam.

Difahamkan mesyuarat tersebut dibuat bagi membincangkan hala tuju kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat MKT bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Bersatu atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, UMNO mahu MKT, sebagai badan kerja tertinggi parti membuat keputusan itu kerana usul yang dibawa oleh persidangan perwakilan bahagian yang selesai bersidang tahun lalu tidak dapat dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ekoran perintah darurat.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/02/umno-gagal-lagi-membuat-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 421 hits
February 22 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang diadakan pada Jumaat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman berkata perka...
Ahli Mpt Bersatu Desak Umno Umum Keputusan Mesyuarat Shahril Bidas Serangan Secara Terbuka

Ahli Mpt Bersatu Desak Umno Umum Keputusan Mesyuarat Shahril Bidas Serangan Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 380 hits
Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman yang menggesa parti itu mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi minggu lalu Jelasnya Umno berhak m...
Pas Yakin Pertikaian 15 Kerusi Umno Bersatu Dapat Diselesai

Pas Yakin Pertikaian 15 Kerusi Umno Bersatu Dapat Diselesai

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 290 hits
PETALING JAYA Pertikaian berterusan soal pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika ini hanya membabitkan 15 kerusi Parlimen sementara yang lain sudah dirundingkan dengan baik Pengarah Pili...
Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 313 hits
February 15 2021 Assalamualaikum WBTSaya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu setelah berk...
Nak Kata Ke Umno Bersatu Pun Ambik Alih Lebih Korup Dari Umno

Nak Kata Ke Umno Bersatu Pun Ambik Alih Lebih Korup Dari Umno

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 379 hits
Harapan UMNO pulih cerah tapi perlu gantikan pemimpin korup February 22 2021 Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin berkata apa yang diperlukan oleh Umno ketika ini ialah menyingkirkan pemimpin mereka yang korup dan berm...
Annuar Nafi Kerjasama Umno Bersatu Dan Pas Rapuh

Annuar Nafi Kerjasama Umno Bersatu Dan Pas Rapuh

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 453 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menyanggah ramalan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kerjasama antara Umno PAS dan Bersatu sebagai rapuh dan akan terurai semasa pilihan raya umum akan datang Kata Annuar mema...
Singkir Kleptokrat Umno Mampu Sailang Bersatu Pn

Singkir Kleptokrat Umno Mampu Sailang Bersatu Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Harapan UMNO pulih adalah lebih cerah sekiranya parti itu bertindak nekad menyingkirkan pemimpin korup dan bermasalah lalu menggantikannya dengan yang lebih bersih muda dan berwibawa kata Tokoh Wartawan Nasional Datuk A Kadir J...
Dr M Kerjasama Bersatu Pas Umno Rapuh Akan Terurai Pada Pru15

Dr M Kerjasama Bersatu Pas Umno Rapuh Akan Terurai Pada Pru15

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 335 hits
malaysiakini comDiterbitkan 6 Feb 2021 9 53 amDikemaskini 10 06 amBersatu PAS dan Umno hanya bersama demi kepentingan politik masing masing dan jalinan kerjasama mereka didakwa rapuh dan akan terurai pada pilihan raya umum akan datang kata ...
Perang Bersatu Umno Meruncing Faiz Panggil Puad Makhluk Bukan Mangkuk

Perang Bersatu Umno Meruncing Faiz Panggil Puad Makhluk Bukan Mangkuk

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 358 hits
malaysiadateline com Krisis antara Umno dengan parti serpihannya Bersatu terus panas apabila ahli majlis tertinggi parti masing masing berperang secara terbuka Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman hari ini menyela...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Lyodra Teganya Kau Chord

Iman Troye Khianati Chord

Cerita Di Sebalik Lagu Qyiam

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero