Nak Kata Ke Umno Bersatu Pun Ambik Alih Lebih Korup Dari Umno


 
Harapan UMNO pulih cerah, tapi perlu gantikan ‘pemimpin korup’February 22, 2021 Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, berkata apa yang diperlukan oleh Umno ketika ini ialah menyingkirkan pemimpin mereka yang “korup” dan bermasalah.
Selepas itu katanya Umno perlu mengisi tempat tersebut dengan tokoh yang bersih muda dan berwibawa.
Dalam keadaan begitu, kata Tokoh Wartawan Negara terbabit, bukan saja harapan Umno untuk pulih seperti sebelum ini akan lebih cerah, malah memudarkan potensi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).
“Tapi kalau pucuk pimpinan Umno terus hipokrit dan setia kepada bos-bos yang bermasalah, parti itu akan ditolak oleh akar umbinya sendiri,” kata A Kadir dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Hubungan Umno dan Bersatu kini dilihat sangat bermasalah di sebalik hakikat kedua-dua parti itulah yang membentuk kerajaan PN bersama sokongan PAS serta parti dari Sarawak dan Sabah.
Majlis Tertinggi (MT) Umno sudah menerima usul menamatkan kerjasama berkenaan dan hanya menunggu masa untuk resolusi itu disahkan oleh perhimpunan agung parti berkenaan.
Bersatu kini dipimpin presidennya Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dipecat daripada Umno kerana bersikap lantang terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB.
Pada masa sama sejumlah ahli parlimen Umno sudah menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin menjadikan keabsahan ahli parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri dipertikaikan.
A Kadir adalah antara sebahagian tokoh Bersatu yang meninggalkan parti itu kerana tidak bersetuju dengan langkah Muhyiddin menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Feb tahun lalu.
Ada kuasa, ada duit pun kalah
Kata A Kadir antara pemimpin Umno yang bermasalah itu ialah Najib sendiri serta presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang dibicarakan di mahkamah.
“Jadi adakah kepercayaan kepada Umno sekarang lebih baik? Tentunya tidak.
“Tetapi kalau Umno menyingkirkan pemimpin yang korup dan bermasalah dan menggantikannya dengan yang lebih bersih, muda dan berwibawa, harapan Umno pulih adalah lebih cerah dan sekali gus memudarkan prospeks Bersatu/PN,” katanya.
Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Julai tahun lalu.
 
Ahmad Zahid pula berhadapan dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Kenyataan A Kadir itu hadir selepas Umno dilaporkan membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta PN sebaik saja darurat berakhir.
Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad Zahid membuat ketetapan itu dalam mesyuarat MT Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.
A Kadir turut menceritakan komunikasinya dengan seorang rakan di Facebook yang menulis mengenai Umno.
Katanya dia menasihati rakannya itu supaya menyingkirkan “golongan kleptokrat” yang didapati bersalah dan yang sedang dibicarakan, kemudian memilih pemimpin yang bersih.
Kemudian katanya barulah ramai orang Melayu akan berjinak-jinak semula dengan Umno kerana mereka sebenarnya benci kepada pemimpin Umno terbabit.
“Dalam PRU 2018 Umno kalah kerana dakwaan rasuah terhadap Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa orang pemimpin parti itu.
“Ketika itu Najib masih berkuasa, ada banyak duit dan bebas daripada tindakan undang-undang. Itu pun Umno kalah,” katanya.
A Kadir juga menulis pesanan kepada salah seorang anggota MT Umno: “Najib punca Umno kalah. Ahmad Zahid akan menyebabkan Umno mati.” 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/nak-kata-ke-umnobersatu-pun-ambik-alih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Abang Lebih Besar Umno Bersatu

Siapa Abang Lebih Besar Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 237 hits
BAHA M ISAPolitik di Malaysia banyak telah berubah setelah kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 yang berlangsung tahun 2018 Uniknya kedudukan parti parti komponen dalam gabungan itu ketika itu dilihat setara da...
Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

Umno Perlu Dedah Keputusan Rasmi Mesyuarat Mkt Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 253 hits
February 22 2021 Parti Pribumi Bersatu Malaysia meminta agar UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu yang diadakan pada Jumaat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman berkata perka...
Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

Din Ayub Pun Pening Juga Dulu Kau Kata Anwar Nak Baik Dengan Umno

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 296 hits
MUHD MUFIZ IIBu la nko Din Ayub DULU geng proksi proksi Atoksaka di dlm Amanah nko SERANG DSAI TUDUH DSAI NAK BERPAKAT DGN UMNO DAN GENG NKO DLM AMANAH MENOLAK BEKERJASAMA DGN PENYAMUN UMNO XHABIH HABIH GENG PROKSI ATOKSAKA DI DLM AMANAH NK...
Gantikan Pemimpin Korup Umno Prospek Bersatu Pun Pudar Kadir

Gantikan Pemimpin Korup Umno Prospek Bersatu Pun Pudar Kadir

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 349 hits
malaysiakini comDiterbitkan 22 Feb 2021 10 27 amBekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin berkata apa yang diperlukan oleh Umno ketika ini ialah menyingkirkan pemimpin mereka yang korup dan bermasalah Selepas itu katanya Um...
Harapan Umno Pulih Lebih Cerah Jika Singkir Pemimpin Korup

Harapan Umno Pulih Lebih Cerah Jika Singkir Pemimpin Korup

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 174 hits
Harapan UMNO pulih adalah lebih cerah sekiranya parti itu bertindak nekad menyingkirkan pemimpin korup dan bermasalah lalu menggantikannya dengan yang lebih bersih muda dan berwibawa Demikian pandangan Tokoh Wartawan Negara yang juga bekas ...
Pas Umno Bersatu Bertemu Gagasan Lebih Mantap

Pas Umno Bersatu Bertemu Gagasan Lebih Mantap

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 229 hits
SHAH ALAM PAS Selangor berusaha merealisasikan gagasan Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional dan memperkasakan Muafakat Nasional ke arah memantapkan Kerajaan PN Menyambut seruan Presiden P...
Hanya Tidak Bersama Bersatu Pn Lebih Memberi Peluang Umno Dapat Semula Jawatan Pm

Hanya Tidak Bersama Bersatu Pn Lebih Memberi Peluang Umno Dapat Semula Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 224 hits
Dalam PRU15 akan datang dua matlamat yang ingin dicapai UMNO ialah menang pilihanraya dan mendapatkan kembali jawatan Perdana Menteri Lantaran itu keputusan terbaru yang difahamkan diputuskan oleh MT UMNO iaitu menolak kerjasama dengan PN d...
Gempar Ada Pemimpin Bersatu Nak Haramkan Umno

Gempar Ada Pemimpin Bersatu Nak Haramkan Umno

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 218 hits
February 11 2021 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan terdapat usaha untuk mengharamkan UMNO Ia susulan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Muhammad Faiz Na aman yang m...
Umno Sarat Dengan Warlord Ditolak Majoriti Rakyat Kata Daim

Umno Sarat Dengan Warlord Ditolak Majoriti Rakyat Kata Daim

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 273 hits
freemalaysiatoday com February 15 2021 8 30 AMDaim Zainuddin PETALING JAYA Veteran politik Daim Zainuddin menyifatkan Umno sebagai tidak lagi mampu menarik sokongan majoriti rakyat kerana sarat dengan warlord yang beranggapan mereka masih m...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025