Dr M Kerjasama Bersatu Pas Umno Rapuh Akan Terurai Pada Pru15
malaysiakini.com
Diterbitkan 6 Feb 2021, 9:53 am
Dikemaskini 10:06 am
Bersatu, PAS, dan Umno hanya bersama demi kepentingan politik masing-masing dan jalinan kerjasama mereka didakwa 'rapuh' dan akan terurai pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
“Keadaan ini tidak membawa kebaikan kepada negara kerana mereka tidak mempunyai pandangan sama yang betul mengenai cara membangun dan menguruskan negara,” katanya, petik wawancara FMT.
“Mereka akan sukar mengagihkan kerusi. Jika tiada persetujuan, perbalahan akan berlaku sesama mereka dan ini tidak baik untuk mereka mahupun negara,” kata Mahathir.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin dikatakan 'goyah' apabila Ahli Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan dan Nazri Azizmenarik sokongan terhadap perdana menteri.
Dr Mahathir yang juga pengerusi parti Pejuang kerjasama PAS dan Umno menerusi Muafakat Nasional, juga tidak akan bertahan.
“Sebenarnya mereka (PAS-Umno) tidak pernah rapat. PAS telah mengutuk Umno sebagai kafir. Jadi bagaimana mereka boleh bekerjasama apabila PAS berkata orang yang bekerjasama dengan kafir akan sendiri menjadi kafir,” katanya, lapor FMT.
Jelasnya, dua parti itu menjalin kerjasama hanya untuk kepentingan politik dan bukan berpandukan prinsip.
“Jadi hubungan seperti ini tidak boleh menjadi asas kepada kerjasama yang baik, ia hanya hubungan yang berasaskan kesenangan politik,” katanya yang mendakwa Bersatu juga tidak pernah rapat dengan PAS.
Dakwa Mahathir lagi, perbalahan pasti tercetus antara Umno dan Bersatu.
Ini kerana katanya, Umno sudah pun menyatakan mahu bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk yang diinginkan oleh Bersatu.
“Walaupun, pemimpin mereka mungkin menyatakan kesediaan bekerjasama, ahli mereka tidak akan berbuat demikian. Contohnya, akar umbi PAS tiak akan menyokong calon Umno,” kata Mahathir.
Sementara itu, ahli parlimen Langkawi juga dipetik FMT berkata, gagasan kerajaan Melayu-Islam yang dibawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) cuma sekadar retorik, bertujuan memperdaya orang Melayu untuk meraih sokongan mereka.
Jelasnya, dia juga tidak melihat sebarang faedah yang diterima rakyat Melayu susulan penubuhan kerajaan PN.
“Saya tak nampak apa-apa yang seperti itu. Kalau ada apa-apa pun, ia berita buruk mengenai kronisme, pemberian kontrak kepada orang tertentu.
"Ini termasuk (dakwaan) perdana menteri sendiri terlibat memberikan kontrak kepada saudara-maranya.
“Jadi, ini sama sekali tidak membantu masyarakat Melayu. Kita tidak nampak orang Melayu lain yang mendapat manfaat daripada kerajaan yang ada sekarang,” katanya.
Mahathir juga berkata PN tidak boleh menubuhkan kerajaan Melayu-Islam tanpa sokongan ahli parlimen Cina dan India kerana tampuk kepimpinan negara amat rapuh.
“Jika tujuh atau lapan ahli parlimen Cina dan India yang ada sekarang meninggalkan kerajaan (PN), kerajaan akan tumbang.
“Jadi kerajaan yang disebut-sebut sebagai kerajaan Melayu-Islam ini sebenarnya bergantung kepada (sokongan wakil rakyat) Cina dan India,” kata anggota parlimen Langkawi itu.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/dr-m-kerjasama-bersatu-pas-umno-rapuh.html