Umno Bukan Parti Milik Golongan Elit Tertentu Wajib Dengar Suara Akar Umbi



Selama 73 tahun, parti UMNO melakarkan sejarah perjuangan dalam mendaulatkan ugama Islam dan bangsa Melayu...

Kekuatan dan kejayaan UMNO adalah kerana keikhlasan pemimpin dalam perjuangan dan kepekaan mereka dalam mendengar suara akar umbi serta didokongi oleh kesetiaan dan ketaatan akar umbi kepada pemimpin kerana akar umbi tahu dan yakin, suara mereka didengari dan nasib serta maruah ugama Islam serta bangsa Melayu dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga oleh pemimpin-pemimpin UMNO...

Tanpa penyatuan perjuangan pemimpin dan dokongan akar umbi, UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu akan tersembam ke bumi...


Inilah yang telah berlaku dalam PRU 14 yang lepas, ketaatan dan kesetiaan akar umbi kepada pemimpin mula goyah dan longgar kerana merasakan pemimpin UMNO tidak lagi mengendahkan suara mereka, keputusan-keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti bertentangan dengan suara dan kehendak akar umbi...

Pendokong UMNO diperingkat akar umbi merasakan mereka dipinggirkan dan pemimpin UMNO semakin rakus menjadikan parti keramat bangsa Melayu sebagai milik peribadi golongan elit di dalam parti...

Akhirnya, selepas 61 tahun berada di puncak kuasa, akar umbi mengambil keputusan yang terpaksa dilakukan walau pun dengan begitu berat sekali...

Pemimpin-pemimpin UMNO yang merasakan parti UMNO adalah milik peribadi golongan elit MESTI disingkirkan dan untuk melakukannya, parti UMNO terpaksa diturunkan dari puncak takhta terlebih dahulu...

Itilah yang telah dilakukan oleh orang Melayu dan alhamdulillah, selepas UMNO tumbang, proses pemutihan parti dapat dilakukan dengan lancar...


Si pemimpin munafik yang bertopengkan parti tapi berpaksikan kepentingan peribadi, seorang demi seorang dapat dikenal pasti bila seorang demi seorang keluar parti...


Selepas proses pemutihan dilakukan (walau pun tidak sepenuhnya), UMNO mengambil langkah yang tepat bila memulakan semula kerjasama dengan parti PAS...

Ibarat sirih pulang ke ganggang, cincin pulang ke jari, kesudian UMNO dan PAS untuk kembali berkerjasama, disambut baik oleh orang Melayu di peringkat akar umbi...


Hasilnya, pada 14 September 2019, termeterai Piagam Muafakat Nasional yang ditunjangi oleh parti UMNO dan PAS...


Sokongan dan dokongan orang Melayu kembali kepada UMNO, sayap UMNO kembali kembang, Sang Saka Bangsa kembali berkibar megah...

Kenapa Masih Lagi Disambut Tangan Musuh Yang Masih Bergelumang Dengan Airmata Orang Melayu


Kerjasama antara UMNO dan PAS, membuatkan musuh yang berada di sebelah sana ibarat cacing kepanasan...

Meracau sendirian, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah...

Musuh merasakan kuasa yang berada digenggaman mereka sekarang semakin hampir kepada penghujungnya...


Lalu digerakkan pula Kongres Maruah Melayu, kononnya untuk mempertahan, menyelamat dan memperjuangkan maruah bangsa Melayu...

Ironiknya, pemimpin yang kononnya menyampaikan amanat kepada bangsa Melayu supaya bangkit dan bersatu di bawah bumbung perjuangan yang sama adalah pemimpin yang paling seronok menghina bangsa Melayu, pemimpin yang cukup gembira melihat harta bangsa Melayu dijarah, pemimpin yang berkerja keras menabur fitnah dan pembohongan (hanya semata-mata kerana kehendak peribadi tidak dituruti) ke atas pemimpin-pemimpin UMNO yang ikhlas di atas landasan perjuangan, pemimpin yang lantang mengatakan UMNO sudah MATI!!!

Dan pemimpin inilah yang menghulurkan tangan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya datang ke kongres palsu dengan sekali lagi memperalatkan jenama bangsa Melayu sebagai alat untuk menyelamatkan kerjaya politik peribadi beliau...

Kita tak peduli kalau pemimpin tua itu gunakan kongres itu sebagai amaran pada DAP bahawa dengan kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO peringkat tertinggi menunjukkan beliau masih lagi mampu menarik sokongan bangsa Melayu atau kerana mahu membuktikan pada semua bahawa kalau majlis menandatangani Piagam Muafakat Nasional mampu menarik sokongan bangsa Melayu, beliau juga mampu melakukan perkara yang 'sama tapi tak serupa' dalam kongres palsu yang diadakan...


Yang sangat-sangat dikesalkan ialah keputusan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang menerima jemputan, telah membuat keputusan untuk menghantar wakil di atas kapasiti sebagai WAKIL RASMI UMNO!!! (BACA DI SINI)...


Pendokong UMNO di peringkat akar umbi MEMBERIKAN mesej yang cukup jelas kepada pucuk pimpinan supaya tidak menghadiri kongres tersebut tetapi tidak diendahkan...


Kami tidak tahu atas dasar atau alasan apa, MT UMNO membuat keputusan tersebut tetapi kami diperingkat akar umbi juga mempunyai sebab mengapa kami TIDAK MAHU parti UMNO menghantar wakil ke kongres tersebut :

》Kononnya matlamat kongres tersebut adalah kerana Dr. Mahathir mahu menyatukan semua orang Melayu supaya berjuang di bawah satu parti yang sudah semestinya parti PPBM kerana Dr. Mahathir berpendapat, Melayu menjadi lemah kerana Melayu berpecah...

- Ironiknya, siapakah yang memecah belahkan bangsa Melayu?

Bukankah Dr. Mahathir yang menyebabkan wujudnya golongan serpihan UMNO yang menubuhkan Semangat 46, PKR dan PPBM!!!

Dan bukankah Dr. Mahathir sendiri yang mewujudkan sengketa berdekad-dekad lamanya antara UMNO dan PAS serta menanam kebencian ahli UMNO terhadap PAS selama berdekad-dekad lamanya...

Semuanya Dr. Mahathir lakukan untuk siapa dan untuk apa?

Adakah untuk bangsa Melayu?

Tidak, tetapi semata-mata kerana untuk kepentingan peribadi supaya dapat terus berkuasa!!!


》Kononnya, matlamat kongres itu diadakan supaya bangsa Melayu bersatu dalam memperjuang dan mempertahankan maruah bangsa Melayu yang semakin ditindas di bumi sendiri sekarang ini...

- Ironiknya, siapakah sebenarnya yang MEMBANGSATKAN bangsa Melayu?

Bukankah Dr. Mahathir yang seronok mengatakan bangsa Melayu pemalas, bangsa Melayu pengkhianat, bangsa Melayu bodoh dan sebagainya...

Siapakah yang begitu rakus menjarah harta bangsa Melayu?

Bukankah Dr. Mahathir seorang pemimpin yang sangat-sangat terkenal dengan amalan kronisma dan neopotisma...

Siapakah yang merompak duit Petronas, Tabung Haji dan KWSP untuk 'bail out' syarikat anak-anak dan kroni yang rugi?

Siapakah yang melenyapkan duit Bank Negara puluhan bilion?

Siapakah yang membuatkan MAS rugi?

Tidak puas 22 tahun menjarah harta bangsa Melayu, sekali lagi dalam pusingan kedua, Dr. Mahathir sekali lagi dengan rakus menjarah harta bangsa Melayu...

Harta-harta Khazanah, PNB, Tabung Haji dijual sesuka hati...

Tidak cukup dengan itu, tanah peneroka Felda dan petani pun hendak ditipu dan dijual!!!

Hina besi kerana karat, hinanya bangsa kerana merempat tiada harta...

Siapakah yang menyebabkan bangsa Melayu tidak berharta dan merempat!!!

Maruah apa yang hendak dibela, maruah Melayu mana yang hendak diperjuangkan?

Apakah Allahyarham Mohd. Adib itu bukan Melayu?

Apakah DYMM Raja Raja Melayu itu bukan berbangsa Melayu?

Apakah petani-petani, nelayan-nelayan, peneroka Felda itu semua bukan Melayu?

Apakah penduduk di Paya Jaras, Kg. Baru dan beberapa penempatan Melayu di Pulau Pinang yang dirobohkan rumah mereka dan tanah mereka mahu dijual itu semua bukan Melayu?

Apakah pemandu-pemandu teksi yang ditipu itu semua bukan Melayu?

Apakah askar-askar yang dihina itu semua bukan Melayu?

Apa yang telah Dr. Mahathir atau pemimpin-pemimpin Melayu PH yang berkongres semalam telah lakukan untuk mereka?

Kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap bangsa Melayu adalah terlalu besar dan TIDAK ADA tanda-tanda keikhlasan pada dirinya untuk memperbetulkan kesilapannya...

Sekiranya seorang pencuri yang masih lagi seronok dengan perbuatan mencuri bercakap tentang akibat-akibat buruk dari perbuatan mencuri, apakah kita masih mahu mendengar apa yang dikatakannya?

Apakah seorang perogol yang masih bernafsu untuk terus merogol mempunyai kredibiliti untuk memberikan nasihat pada kita tentang keburukan perbuatan merogol?

Mengapakah MT UMNO masih lagi mahu bersama-sama berkongres dan mendengar amanat dari manusia hipokrit begitu...


Ingatlah kepimpinan UMNO, parti UMNO BUKAN parti milik peribadi golongan elit tertentu, UMNO ialah wadah perjuangan bangsa Melayu...

Jangan terus diketepikan pandangan dan suara akar umbi, kelak buruk padahnya nanti...

Bukan admin benci pada UMNO dan bangsa Melayu tetapi disebabkan sayang dan cinta admin pada UMNO dan bangsa Melayu, maka artikel ini admin terbitkan supaya memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO...

Kuasa pemimpin tidak mutlak tapi suara rakyat adalah keramat...

Wallahu'alam..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/10/umno-bukan-parti-milik-golongan-elit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alasan Kenapa Kita Cenderung Benci Dengar Rekaman Suara Sendiri Kayak Lebih Cempreng Gitu Ya

Alasan Kenapa Kita Cenderung Benci Dengar Rekaman Suara Sendiri Kayak Lebih Cempreng Gitu Ya

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 311 hits
Tenang kamu nggak sendirian kok Faktanya banyak orang merasakan hal yang sama dan ada penjelasan ilmiahnya
Mereka Dengar Suara Kita Belia Rai Intipati Belanjawan 2020

Mereka Dengar Suara Kita Belia Rai Intipati Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 755 hits
Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyaksikan peruntukan tambahan kepada pelbagai sektor Peruntukan oleh kerajaan itu dilaporkan akan menelan belanja sebanyak RM297 bilion tid...
15 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga Spa Yang Wajib Anda Ketahui

15 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga Spa Yang Wajib Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 526 hits
Tahniah setelah susah payah mengisi SPA8 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akhirnya anda berjaya dipanggil temuduga Mungkin kali ini rezeki akan memihak kepada anda Namun janganlah mengharap sangat dengan keyakinan yang ada kerana ada ribuan ca...
Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni Keju Baharu Ini Mudah Giler

Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni Keju Baharu Ini Mudah Giler

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 1116 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari hari nak fikir untuk masak kat rumah macam Maha ni suka cari yang mudah untuk disediakan dan pastinya kena sedap Tak kisah lah kalau hanya cam...
Gerindra Oposisi Atau Koalisi Wajib Check And Balance Pemerintah

Gerindra Oposisi Atau Koalisi Wajib Check And Balance Pemerintah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 187 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Sufmi Dasco Ahmad yakin check and balance akan tetap ada meski partainya bergabung ke jajaran pemerintahan Joko Widodo dan Ma ruf Amin Kata dia check and balance tetap harus dijalankan baik oleh oposisi atau...
6 Hal Keuangan Yang Wajib Ditanya Ke Pasangan Sebelum Sah Memang Mau Kena Prank Habis Nikah

6 Hal Keuangan Yang Wajib Ditanya Ke Pasangan Sebelum Sah Memang Mau Kena Prank Habis Nikah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 267 hits
Yuk kepoin segera sebelum sah di pelaminan habis tunangan Bukannya matre tapi bisa jadi ia yang selalu memberikanmu ini itu ternyata saldo tabungannya kosong Yah kena deh
Update Alur Mengurus Surat Numpang Nikah Terbaru Di Kua Pasangan Beda Daerah Wajib Baca

Update Alur Mengurus Surat Numpang Nikah Terbaru Di Kua Pasangan Beda Daerah Wajib Baca

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 223 hits
Kalau kamu dan pasangan beda daerah tentu harus ngurus surat numpang nikah Ada perubahan sedikit dari sebelumnya simak nih infonya
Nifas Dan Wiladah Mandi Wajib Lepas Bersalin

Nifas Dan Wiladah Mandi Wajib Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 523 hits
Bila masa kena mandi wiladah Bila masa pula kena mandi nifas Apa pula hukum dan cara mandi nifas dan mandi wiladah selepas bersalin ni Mandi Wajib Nifas VS Mandi Wajib Wiladah eh mana satu patut di buat Kena mandi kedua duanya sekali ke Jik...
Kuih Denderam Wajib Cuba

Kuih Denderam Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 458 hits
Biarpun berdepan kekurangan fizikal namun ibu kepada tiga anak ini gigih menjana pendapatan dengan menjual kuih denderam Menariknya ada ketika kuih denderam yang dihasilkan terjual hampir 3 000 biji sehari lapor Wartawan Sinar Harian AKMALI...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense