Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni Keju Baharu Ini Mudah Giler
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari-hari nak fikir untuk masak kat rumah, macam Maha ni suka cari yang mudah untuk disediakan dan pastinya kena sedap. Tak kisah lah kalau hanya campur sahaja dah siap yang penting kena dengan selera. Kadang-kadang nak juga cuba menu barat macam pasta atau spaghetti. Selalu yang membuatkan mood memasak terbantut adalah part nak menyediakan bahan.
Semua orang mesti akan paling tak suka part tu tambah lagi kalau penat balik kerja nak masak. Lepas tu nak kemas-kemas dan juga nak siapkan kerja lagi memang jawabnya buka makan yang segera jer lah. Tapi sejak Maha mula kenal satu produk dari Prego ni rasa macam hidup mula berubah. Yer lah nak masak pun jadi senang dan hanya tuang dan campur apa bahan nak kemudian sedap
Yang Maha maksudkan adalah Prego Mac & Cheese Pasta Sauce. Selalu kita tengok sos pasta atau spaghetti yang bolognese guna sos tomato dalam botol. Tapi kali ini Prego sediakan yang penuh dengan cheese leleh dalamnya. Siapa yang pecinta cheese kalau semua menda makan nak tabur cheese kena cuba Prego Sos Makaroni & Keju ini
Kalau korang yang kreatif sikit boleh masak menggunakan sos ini menjadi lebih menarik dan unik. Mungkin korang boleh jadikan seperti spaghetti roll atau ada yang suka letak seafood dalamnya. Tapi bagi maha suka yang simple jer sebab tu kali ni Maha share resipi mudah orang bujang yang berkerjaya nak cuba hehehe. Maha namakan sebagai Spaghetti Prego Makaroni & Keju Leleh sebab sekali tuang sosnya sangat kaya dengan chesse buat korang tak sabar nak rasa
Jom Maha share resipi nampak gaya macam pro tapi cepat. Bahan-bahan yang digunakan:
1 tin sos pasta 290gram Prego Makaroni & Keju150gram Prego Spaghetti2 sudu besar Minyak Zaitun100gram Sosej Ayam3 ketul Cendawan ButangGaram secukup rasa
Cara nak masak macam biasa Maha share dalam bentuk video agar korang boleh menghayati macam mana masak sos Prego ini. Wajib tonton sampai habis video ini ok kalau nak jadi pro hehehe
Tak lamakan cara nak masaknya sangat cepat semudah 1.2.3 sahaja. Tapi Maha tahu korang luar sana lebih kreatif buat menu masakan ni. Boleh tambah dengan apa sahaja bahan yang sesuai mengikut citarasa korang. Prego Sos Pasta Mac & Cheese ini baru dipasaran dan juga korang boleh beli di pasaraya atau juga supermarket. Harga jualan hanya RM6.49 untuk satu tin dan boleh masak macam makan untuk satu keluarga hehehe
Satu jer tips yang korang kena pastikan bila dah masak sos penuh cheese leleh ini kena makan panas-panas. Kalau biar lama dan sejuk ia akan mengeras. Tapi kalau dah lama sikit korang boleh panaskan dalam microwave sedap lagi boleh makan banyak kali sebab ia tahan lama juga. Lepas ni hari-hari lah makan guna sos keju leleh ni. Boleh masak dengan Udang Goreng Cheese, Ya Allah sedapnya nak cuba lah nanti.
Korang kalau dah cuba boleh share pengalaman memasak menggunakan produk ini ok. Nanti Maha boleh cuba resipi korang yang pelik-pelik dan menarik. Lepas ni masak kat rumah lebih mudah dan tidak memenatkan. Rasa lebih enjoy dan penting perut kenyang untuk sambung buat kerja lagi. Selamat mencuba semua ok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/10/Wajib-kena-ada-prego-sos-pasta-makaroni-keju-baharu.html