15 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga Spa Yang Wajib Anda Ketahui


Tahniah! setelah susah payah mengisi SPA8 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akhirnya anda berjaya dipanggil temuduga. Mungkin kali ini, rezeki akan memihak kepada anda. Namun, janganlah mengharap sangat dengan keyakinan yang ada kerana ada ribuan calon temuduga lagi yang akan bersaing dengan anda nanti

Kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman yang saya pernah lalui sendiri ketika menghadiri temuduga dengan SPA. Mengimbas kembali memori lama, saya pernah dipanggil sebanyak 6 jawatan dalam masa setahun selepas menamatkan pengajian. Temuduga sebanyak itu pastinya memberikan pengalaman dan pengajaran kepada saya.



Baca ! - Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Pada ketika itu, bekerja dengan kerajaan bukanlah impian utama. Saya hanya bercita-cita untuk berkhidmat dalam kerjaya Oil & Gas, dan sudah menjalani latihan di INSTEP-Petronas di Dungun, Terengganu dalam bidang mekanikal. Jika berjaya ketika itu, saya akan bertugas di Platform/Pelantar Minyak Oil & Gas. Namun, mempertimbangkan pendapat keluarga saya mengambil keputusan berkhidmat dengan kerajaan.

15 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga SPASetiap tahun puluhan ribu graduan yang menamatkan pengajian mereka di Malaysia ini. Implikasi daripada pertambahan jumlah ini, pastinya menambahkan lagi persaingan merebut sesebuah jawatan kosong yang entah berapa saja. Oleh itu, persediaan sebelum dan semasa temuduga amatlah penting. Lebih banyak persediaan yang anda lakukan, lebih cerah untuk anda menjawab soalan dan berjaya temuduga nanti.

Berikut adalah 15 panduan persediaan penting untuk menghadiri temuduga dengan pihak SPA. Baca dan fahami setiap point yang saya nyatakan dibawah:

1. Tiada Istilah 'Cable' or 'Orang Dalam'
Buang segala persepsi negatif terhadap temuduga ini. Jika anda berpersepsi demikian, maka ia akan banyak mempengaruhi keyakinan dan semangat anda menjalani temuduga nanti. Apa gunanya menghadiri temuduga jika tanggapan dah negatif kan?

2. Ketahui Siapa Penemuduga Anda
Secara lazimnya, penemuduga untuk jawatan kosong itu adalah 2 orang. Seorang wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan seorang lagi daripada Kementerian, Jabatan, atau Agensi Kerajaan itu sendiri. Tapi, bergantung dengan jawatan yang ditawarkan kadang-kadang penemuduga bertiga, malah ada yang berseorangan.

3. Buat Kajian Tentang Kementerian/Jabatan
Setelah mendapat panggilan temuduga, anda carilah laman web Kementerian/Jabatan/Agensi yang terbabit. Ingat misi, visi, objektif dan fungsi Kementerian/Jabatan/Agensi tersebut. Kalau boleh, anda lihat juga carta organisasi dan isu semasa berkaitan Kementerian/Jabatan/Agensi itu.

4. Tahu Dimana Lokasi Temuduga
Selalunya, SPA akan menjalankan temuduga di SPA setiap negeri. Adalah penting untuk mengetahui lokasi temuduga terlebih dahulu supaya perjalanan tidak terganggu ketika hari temuduga nanti. Jika anda tinggal di pedalaman, lebih baik pergi ke lokasi temuduga sehari sebelum temuduga dijalankan.

5. Etika Berpakaian Ketika Temuduga
Pakaian ketika temuduga haruslah kemas, menarik dan profesional. Memakai seluar jeans dan berbaju t-shirt memang tidak digalakkan. Anda sekurang-kurangnya berpakaian kemeja lengan panjang, berseluar slack dan baju tuck-in. Jika ada blazer atau jaket hitam, pakai. Biar nampak segak dan profesional.

6. Temuduga Olok-Olok (berlakon)
Buatlah temuduga olok-olok dengan adik atau abang/kakak. Kalau ada rakan yang sporting, lebih baik. Buat temuduga seakan-akan soalan yang kebiasaanya ditanya, seperti perkenalkan diri, kelemahan dan kekuatan, pengalaman bekerja (jika ada), dan jangan lupa jawab juga dalam bahasa inggeris, kemungkinan penemuduga tanya soalan dalam bahasa inggeris.

7. Resume
Permohonan melalui SPA tidak melibatkan penghantaran resume, tetapi ketika temuduga anda akan dikehendaki menyediakan resume yang lengkap. Lihat cara penyediaan dan template resume disini - Rahsia Resume Kerja

8. Rujukan Dalam Resume
Jika anda fresh gradute, rujukan yang terbaik adalah 2 orang pensyarah/guru yang mengenali anda. Tetapi, jika anda sedang bekerja rujukan paling bagus adalah penyelia anda ditempat kerja atau pengurus. Pihak SPA mungkin juga melihat pada rujukan ini. Tapi, mungkin tak akan call pun. Ianya sekadar rujukan. Kerja swasta amat memerlukan rujukan ini.

9. Bawa Dokumen Penting
Buat satu senarai semak dokumen penting yang akan dibawa nanti. Dokumen penting yang perlu dibawa seperti Resume, Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil/Transkrip Ijazah/Diploma, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Kokurikulum, Sijil/Anugerah (jika ada). Pastikan susunan salinan dan dokumen original mengikut urutan bagi memudahkan penemuduga menyemak dokumen anda.

10. Datang Awal
Untuk mempersiapkan diri anda, digalakkan datang awal pada hari temuduga. Elakkan kesesakan jalan raya, cuba cari bilik temuduga seawal yang mungkin, baca surat khabar untuk mengetahui siu-isu semasa dan menarik.

11. Jual Diri Anda
Sesi temuduga adalah masa anda untuk menyinar. Bukan masa untuk merendahkan diri. Ada ratusan atau ribuan calon yang hadir temuduga tersebut untuk merebut puluhan kekosongan jawatan, jadi merendah diri bukan masanya. Tonjolkan diri anda dengan jawapan yang yakin dan bernas.

12. Bertanyakan Soalan
Jika anda diberikan peluang bertanyakan soalan, sila bertanya kerana pertanyaan anda akan mempamerkan anda seorang yang betul-betul minat dengan kerjaya itu.

13. Etika Memasuki dan Keluar Bilik Temuduga
Ketuk pintu sebelum masuk, tolak pintu, lihat kearah wajah penemuduga dan bagi salam. Serahkan dokumen kepada penemuduga. Duduk setelah diarahkan duduk. Jangan cuba alihkan kedudukan kerusi anda.

14. Jawab Soalan Dengan Yakin
Bagaimana jawab soalan dengan yakin? mudah saja, jawab dengan memandang tepat kearah wajah atau mata penemuduga. Duduk tegak, dengan meletakkan telapak tangan diatas kedua belah paha.

15. Dapat Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Bukan semua calon temuduga mahu mendapatkan panduan lulus temuduga ini. Panduan ini hanya untuk mereka yang mahukan perubahan pada kehidupan keluarga dan masa depan kerjayanya. Anda lulus temuduga, hidup anda akan cerah.



Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah juga anda persiapkan diri menjalani temuduga kerja kerajaan nanti.

Saya doakan kejayaan anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.elihjapahar.net/2016/11/15-persediaan-penting-menghadiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Menteri Kabinet Jokowi Dinilai Wajib Diganti Demi Genjot Pajak

3 Menteri Kabinet Jokowi Dinilai Wajib Diganti Demi Genjot Pajak

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 216 hits
Ekonom Senior Faisal Basri mengkritisi penerimaan pajak yang cenderung menurun dalam beberapa tahun terakhir Dia lantas mempertanyakan kinerja kepemimpinan kabinet Jokowi di tiga kementerian yang vital dalam penerimaan pajak Dia mengatakan ...
Wajib Baca Taktik Scammer Sekarang Semakin Nampak Real

Wajib Baca Taktik Scammer Sekarang Semakin Nampak Real

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 321 hits
Dari FB Paez ZainalTaktik baru scammerHati2 guys saya dah terkena sekarang main surat menyurat pulakscammer is a everywhere taktik diorang semakin REAL tolong viralkan takut ade yang terkena Kredit Paez ZainalMakin lama makin menjadi jadi p...
Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah

Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 640 hits
Paling popular di Pulau Tioman adalah keindahan lautnya yang jernih dan penuh dengan Batu Karang dan hidupan laut Antaranya Aktiviti Snorkeling Best Di Pulau Tioman Wajib Singgah di sekitar Pulau Renggis lokasi terkenal berdekatan dengan Ka...
Teknik Pernafasan Yang Wajib Kita Tahu

Teknik Pernafasan Yang Wajib Kita Tahu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 434 hits
Semasa stres pernafasan kita akan menjadi cepat tanpa kawalan Ini menyebabkan pembuluh darah mengecut lalu mengurangkan kadar karbon dioksida dalam badan Sebenarnya amat penting untuk kita menjaga kadar metabolisme dalam badan supaya dapat ...
5 Tips Berkesan Hilang Penyakit Malas Berlebihan Wajib Cuba

5 Tips Berkesan Hilang Penyakit Malas Berlebihan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 413 hits
Tak tahu nak cakaplah bila datang penyakit malas nie Nak buat satu bendapun tak ada mood Sudahnya merugikan diri sendiri dan banyak kerja terbengkalai dan tertangguh Memang tak boleh dibiarkan penyakit malas nie Dan kita kena tahu cara tips...
Yang Ada Kaki Dan Ada Tangan Tapi Tak Nak Berkerja Wajib Lihat Gambar Ini

Yang Ada Kaki Dan Ada Tangan Tapi Tak Nak Berkerja Wajib Lihat Gambar Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 583 hits
Foto Abam PenguatkuasaKalau orang yang tidak sempurna macam ini pun mampu berdikari cari rezeki apa alasan kita yang dilahirkan sempurna tetapi malas untuk berkerja Saya perhatikan gelagat anak Melayu zaman sekarang yang menghabiskan masa m...
Wajib Sokong Palestin Haram Sokong Ltte Kata Hadi

Wajib Sokong Palestin Haram Sokong Ltte Kata Hadi

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 375 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan rakyat Malaysia wajib menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi haram menyokong kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam Sri Lanka Wajib bagi Malaysia menyokong perjuangan Palestin dan ...
Luckin Kopi Kuala Lumpur Pencinta Kopi Wajib Pergi

Luckin Kopi Kuala Lumpur Pencinta Kopi Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 785 hits
Luckin Kopi Kuala Lumpur Pencinta Kopi Wajib Pergi Sebagai pencinta kopi mama dan ayah Syafi baru baru ni telah pergi ke Luckin Kopi di Jalan Panggong Kuala Lumpur Lokasi Luckin Kopi ni terletak di area belakang Petaling Street Kopitiam ni ...
Walaupun Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Dua Orang Tuanya

Walaupun Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Dua Orang Tuanya

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 391 hits
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya Sebagai anak perempuan yang sudah menikah tentu saja orang tua masih membutuhkan anaknya dan juga berstatus sebagai orang tua Ketaatan pada orang tentu saja tidak melangg...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je