Umno Beri Pn Tempoh 14 Hari Atau


malaysiakini.com
Diterbitkan 21 Jun 2021, 8:39 am
Dikemaskini 9:00 am

Empat belas hari - itu tempoh yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja-raja Melayu

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan berbuat demikian akan mendorong parti berkenaan mengadakan mesyuarat khas majlis tertinggi bagi mencari tindakan sewajarnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Ahmad Zahid berkata kegagalan kerajaan PN melaksanakan titah Raja-raja Melayu adalah perbuatan menderhaka serta tidak menghormati institusi istana.

"Umno berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja pemerintah agar memanggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut bekas timbalan perdana menteri itu lagi, sebagai parti yang diasaskan untuk memelihara dan membela institusi Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan Umno, satu mesyuarat khas majlis tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya jika PN gagal berbuat demikian.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas apakah langkah lanjut yang akan diambil, panggilan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno boleh ditafsir sebagai permulaan langkah parti itu membuat tindakan drastik termasuk menarik diri daripada kerajaan.

Perlu kerajaan yang stabil

Keputusan untuk ahli parlimen Umno meninggalkan kerajaan sudah dibuat dan diputuskan dalam perhimpunan agung parti itu akhir Mac lalu.

Dalam perhimpunan tahunan Umno itu perwakilan bersetuju memberikan mandat kepada presiden dan ahli majlis tertinggi untuk menentukan sendiri bilakah tarikh mereka akan meninggalkan kerajaan.

Langkah itu sekali gus akan menjatuhkan PN yang kini terpaksa bergantung kepada sokongan ahli parlimen Umno untuk mendapat majoriti di parlimen.

Asalnya di sebalik tiada tarikh khusus disebut Umno memberi bayangan langkah berkenaan akan dibuat pada Ogos.
Namun beberapa perkembangan terbaru mengubah situas semasa. Misalnya penzahiran pandangan Agong berkenaan perlunya parlimen dibuka "secepat mungkin".

Antara lain Agong berkata pada 16 Jun lalu, langkah itu membolehkan ordinan-ordinan darurat dibahaskan.

Pendirian Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah itu kemudian disokong Majlis Raja-raja yang mengeluarkan kenyataan berasingan tidak lama kemudian.

Majlis Raja-raja juga menegaskan tiada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos, selain menekankan perlunya Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan stabil dan mendapat sokongan majoriti rakyat.
Takiyuddin HassanMengulas pandangan Istana Negara itu, pada hari sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menyatakan, Agong tidak pun menyatakan tarikh khusus bilakah parlimen wajar bersidang.

Pada masa sama kerajaan PN setakat ini ditafsir sebagai masih keberatan untuk membuka parlimen.

Ahmad Zahid berkata Umno menyokong penuh kedua-dua kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkenaan pembukaan parlimen.

Katanya Umno berpendirian sidang parlimen amat mustahak untuk diadakan bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan semasa menghadapi Covid-19.

Parlimen juga kata Ahmad Zahid boleh memastikan wujudnya akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.

"Justeru tidak perlulah berdolak-dalik lagi mengenai maksud istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media berkenaan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/umno-beri-pn-tempoh-14-hari-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 180 hits
June 21 2021Empat belas hari itu tempoh yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja raja Melayu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan berbuat demikian...
Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 231 hits
June 23 2021 Puad Zarkashi berkata Shahidan Kassim membuat tuduhan serius bahawa tempoh 14 hari diberikan Umno kepada kerajaan PN adalah ugutan PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meminta Pengerusi Majlis Ahli Parli...
Tempoh 14 Hari Juga Menunjukkan Umno Tidak Begitu Faham Erti Segera Dan Secepat Mungkin

Tempoh 14 Hari Juga Menunjukkan Umno Tidak Begitu Faham Erti Segera Dan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 196 hits
UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin untuk membuka langkah mengadakan sidang Parlimen sebagaimana yang disarankan oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu Dalam kenyataan selepas mengadakan...
Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 288 hits
Kalau dibaca kenyataan media Presiden UMNO yang mendesak agar Parlimen bersidang dalam masa 14 hari nampak hebat sekali penegasannya dan kalau kita tidak memahami keadaan kita diperbodohkan dengan mudah oleh Zahid Sebenarnya kenyataan Zahid...
Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

Umno Beri 14 Hari Untuk Kerajaan Panggil Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 279 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno memberi 14 hari kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen susulan titah Yang di Pertuan Agong dan Raja raja Melayu supaya Dewan Rakyat bersidang semula secepat mungkin Presidennya Ahm...
Keputusan Pkp Penuh Dilanjut Atau Ditamatkan Hari Ini

Keputusan Pkp Penuh Dilanjut Atau Ditamatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 262 hits
Kerajaan dijangka mengumumkan keputusan berkaitan pelanjutan atau penamatan Perintah Kawalan Pergerakan penuh yang bakal berakhir 28 Jun ini hari ini Keputusan berkaitan perkara tersebut dijangka diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Isma...
Notis 14 Hari Tindakan Umno Dilihat Janggal

Notis 14 Hari Tindakan Umno Dilihat Janggal

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 198 hits
gemilangdaily comNotis 14 hari Membaca kenyataan media Presiden UMNO tampak hebat dalam penegasannya untuk mendesak agar parlimen bersidang dalam masa 14 hari Agak janggal apabila desakan tersebut menyebut KERAJAAN dimana KERAJAAN yang dima...
Lepas 14 Hari Umno Boleh Sambung Garu Tel Q

Lepas 14 Hari Umno Boleh Sambung Garu Tel Q

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 224 hits
SHAH ALAM UMNO desak kerajaan bersidang Parlimen dalam 14 hari Mesyuarat Khas akan diadakan bagi muktamadkan tindakan selanjutnya OSTB Selain itu untuk tindakan selanjutnya cuba makan roti telur Inilah parti politik yang joint champion terb...
Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 291 hits
Mengikut interprestasi Ordinan Darurat 2021 Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri perlu diadakan 60 hari selepas ordinan itu tamat Setiausaha politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri Syahredzan Johan berkata pada asalnya ordinan itu tidak...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online