Tempoh 14 Hari Juga Menunjukkan Umno Tidak Begitu Faham Erti Segera Dan Secepat Mungkin


 
UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin untuk membuka langkah mengadakan sidang Parlimen sebagaimana yang disarankan oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Dalam kenyataan selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik UMNO, Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kegagalan melaksanakan titah Raja-Raja Melayu adalah perbuatan menderhaka serta tidak menghormati institusi Istana.
“UMNO berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Agong dan Raja-Raja berkaitan sidang Parlimen itu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini,” katanya.
Zahid Hamidi seterusnya memberi amaran, sebagai parti yang diasaskan untuk memelihara dan membela institusi Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya jika PN terus berdegil dan berdiam diri.
Meskipun tindakan UMNO ini dikira positif, tetapi masih ramai yang masih melihatnya sebagai satu lagi “silat pulut” daripada Zahid Hamidi.
Soalnya, kenapa masih mahu memberi tempoh 14 hari?
Bukankah titah Agong dan titah Raja-Raja Melayu adalah amat jelas iaitu sidang Parlimen perlu diadakan dengan segera dan secepat mungkin?
Apakah dengan masih memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN ia menunjukkan Zahid Hamidi juga tidak begitu faham dengan maksud segera dan secepat mungkin sebagaimana yang telah dititahkan oleh pihak Istana?
Setelah kerajaan PN dan Mahiaddin sudah melengah-lengahkan titah Agong dan titah Raja-Raja Melayu hampir seminggu dengan tidak berbuat apa-apa, diikuti dengan tempoh 14 hari yang diberi oleh UMNO, tidakkah ini memperlihatkan Zahid Hamidi sebenarnya hampir tiada beza dengan Mahiaddin dalam memahami maksud perkataan segera dan secepat mungkin?
Ramai yang merasakan UMNO seharusnya mengambil tindakan lebih pantas dan konkrit dalam perkara ini kerana selama ini sudah terbukti banyak kenyataan oleh kerajaan PN berkaitan pembukaan Parlimen tidak lebih hanya untuk melengah-lengahkan masa saja.
Misalnya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan pernah mengeluarkan kenyataan pada 5 November 2020 untuk mengkaji cadangan mengadakan sidang Parlimen secara maya, diikuti pada 4 Jun 2021, sekali lagi dengan kenyataan mahu mengkaji juga perlaksanaan sidang Parlimen secara hibrid.
Kedua-dua kenyataan itu akhirnya hanya tersangkut di peringkat kajian dengan langsung tiada apa-apa tindakan, disusuli dengan Mahiaddin pula pada semalam mengeluarkan kenyataan bahawa sidang Parlimen akan diadakan setelah beliau mendapat laporan daripada sebuah jawatankuasa yang diwujudkannya.
Ternampak jelas daripada semua kenyataan selama ini hanya bertujuan untuk melengah-lengahkan masa, sedangkan hakikat sebenarnya kerajaan PN ini tiada keinginan sama sekali untuk membenarkan Parlimen bersidang.
Maka itu, perlukah lagi UMNO terus memberi amaran dan meletakkan tempoh tertentu kepada kerajaan PN dan Mahiaddin untuk memenuhi titah Agong?
Kiranya UMNO benar-benar serius dalam menjunjung titah Agong serta titah Raja-Raja Melayu, sambil dalam masa yang sama menyedari kerajaan PN dan Mahiaddin sebelum ini sudah beberapa kali cuba melengahkan masa, tindakan terbaru memberi tempoh 14 hari bukan saja dikira lambat, malah dibimbangi tidak berkesan.
Tindakan terbaik ialah UMNO sepatutnya segera keluar meninggalkan kerajaan PN bagi membolehkan kerajaan baharu terbentuk dan selepas itu, sudah pasti sidang Parlimen akan diadakan dengan sendirinya.
Dengan demikian, ia bukan saja mampu memperlihatkan UMNO sebagai pembela dan menjunjung institusi Istana, malah juga dapat menyelamatkan nasib rakyat daripada terus sengsara di bawah sebuah kerajaan yang nampaknya tidak begitu peduli dalam membela nasib mereka.
Barulah selepas itu, UMNO lebih berpeluang cerah memenangi banyak kerusi berbanding parti-parti Melayu lainnya. 
(ShahbudinHusin 21/06/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/tempoh-14-hari-juga-menunjukkan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

Keh Keh Umno Dah Mula Menggugut Biar Betoi Umno Bagi Tempoh 14 Hari Pada Muhyiddin Atau

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 180 hits
June 21 2021Empat belas hari itu tempoh yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja raja Melayu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kegagalan berbuat demikian...
Umno Beri Pn Tempoh 14 Hari Atau

Umno Beri Pn Tempoh 14 Hari Atau

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 190 hits
malaysiakini comDiterbitkan 21 Jun 2021 8 39 amDikemaskini 9 00 amEmpat belas hari itu tempoh yang diberikan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional memulakan langkah membuka parlimen seperti yang diisyaratkan Raja raja Melayu Presiden Umno...
Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

Jangan Putar Belit Tempoh 14 Hari Diberikan Umno Puad Beritahu Shahidan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 230 hits
June 23 2021 Puad Zarkashi berkata Shahidan Kassim membuat tuduhan serius bahawa tempoh 14 hari diberikan Umno kepada kerajaan PN adalah ugutan PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meminta Pengerusi Majlis Ahli Parli...
Sampai Di Bold Kan Secepat Mungkin

Sampai Di Bold Kan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 163 hits
HAMZAH RIE NATERKINI Posting dari YDP Agong sendiri 25 minit yg lalu AmpunTuanku Sampai perlu BOLD kan secepat mungkin tu utk kasi menteri faham Sampai dah 3 kali istana sebut Malangnya sebut lagi 3 bulan AmpunTuanku Ada sejenis manusia nam...
Parlimen Ph Usahakan Petisyen Sokong Sidang Parlimen Secepat Mungkin

Parlimen Ph Usahakan Petisyen Sokong Sidang Parlimen Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 246 hits
Pakatan Harapan akan mengusahakan satu petisyen di kalangan Ahli Ahli Parlimen yang akan dipersembah kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi membuktikan bahawa majoriti Ahli Ahli Parlimen men...
Di Sebalik Amaran 14 Hari Presiden Umno Benarkah Dakwaan Ini

Di Sebalik Amaran 14 Hari Presiden Umno Benarkah Dakwaan Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 222 hits
SHAH ALAM Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak menafikan tuntutan terkini parti itu memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional untuk mengadakan segera sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari sebenarnya ada kaitan dengan usah...
Istana Negara Ulangi Perlunya Sidang Parlimen Secepat Mungkin Mahiaddin Jangan Degil Lagi

Istana Negara Ulangi Perlunya Sidang Parlimen Secepat Mungkin Mahiaddin Jangan Degil Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 246 hits
Setelah kenyataan media berkaitan hasil Perbincangan Khas Majlis Raja Raja yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Agong pada 16 Jun lalu yang antara lain mahukan Sidang Parlimen diadakan dengan secepat mungkin seperti telah diderhakai oleh...
Terkini Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin Agong

Terkini Parlimen Perlu Bersidang Secepat Mungkin Agong

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 154 hits
Parlimen perlu bersidang secepat mungkin AgongHasimi MuhamadJun 16 2021Perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 pada 31 Jan ...
Agong Zahirkan Pandangan Agar Persidangan Parlimen Perlu Di Adakan Secepat Mungkin

Agong Zahirkan Pandangan Agar Persidangan Parlimen Perlu Di Adakan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 161 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan persidang...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation