Umno Bakal Kalah Prn Kerana Berkawan Dengan Dap Kata Noh


agendaily.com06/02/2023
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menjangkakan UMNO akan kalah teruk pada PRN akan datang setelah parti itu berkawan dengan DAP.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dipecat daripada parti itu, Tan Sri Noh Omar berkata UMNO akan kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) beberapa bulan lagi kerana orang Melayu tidak suka parti itu berkawan dengan DAP.

Serentak itu, beliau menjangkakan UMNO akan kalah teruk dalam PRN di enam negeri, termasuk Selangor, berdasarkan penolakan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“UMNO dijangka mengalami kekalahan, termasuk di beberapa kubu kuat parti itu pada PRN Selangor. Berdasarkan keputusan PRU-15 lalu, semua kawasan Parlimen di Selangor tewas.

“Kawasan kubu kuat pun kalah seperti di Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Ketiga-tiga kawasan itu Perikatan Nasional (PN) menang… itu kawasan majoriti Melayu,” katanya semalam.

Noh yang juga bekas ahli Parlimen Tanjung Karang yang tidak dicalonkan pada PRU-15 lalu, tidak melihat UMNO berpeluang menang sekiranya hanya mengharapkan pengundi Melayu sahaja.

“Mungkin pada masa itu (PRU-15), pengundi masih menyokong UMNO tetapi sekarang ini, orang yang sokong UMNO bila dia tengok parti itu berkawan dengan DAP… dia takkan undi,” katanya lagi.

Menurutnya pengundi yang berjumpa beliau misalnya mengakui tidak akan memilih UMNO sekiranya parti itu terus bekerjasama dengan DAP.

“Saya berjumpa dengan orang kampung saya mengaku undi BN (Barisan Nasional) pada PRU-15 lepas, tetapi kalau tahu UMNO bersama DAP, mereka kata tak mahu undi BN,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya adakah beliau sedia untuk merayu berhubung pemecatan daripada UMNO, Noh berkata, keputusan pemecatan beliau dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Hendak merayu kepada siapa? Kalau (pemecatan daripada Lembaga Disiplin UMNO bolehlah) merayu kepada MT (Majlis Tertinggi).

“Selagi Presiden itu ada, takkan beliau hendak terima rayuan saya? Tak pernah berlaku, belum lagi MT bermesyuarat, keputusan sudah dibuat.

“Sepatutnya cadang dahulu pada MT dan dibahas dan jika ada percanggahan pendapat, undilah,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/umno-bakal-kalah-prn-kerana-berkawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mt Tolak Maklumat Agensi Kata Umno Kalah Jika Pru 15 Awal

Mt Tolak Maklumat Agensi Kata Umno Kalah Jika Pru 15 Awal

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 119 hits
Naib Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan beliau telah memaklumkan kepada Majlis Tertinggi bahawa UMNO akan kalah jika PRU 15 diadakan lebih awal Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sa...
Noh Kena 16 Tuduhan Sabotaj Parti Punca Dipecat Kata Umno Selangor

Noh Kena 16 Tuduhan Sabotaj Parti Punca Dipecat Kata Umno Selangor

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 196 hits
Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata semua tuduhan terhadap Noh Omar sudah dibuktikan malah telah dikaji dan disiasat Lembaga Disiplin KUALA LUMPUR Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin mendedahkan tindakan parti terh...
Kj Noh Omar Dipecat Keahlian Umno

Kj Noh Omar Dipecat Keahlian Umno

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 96 hits
PETALING JAYA Timbalan Ketua Bahagian Rembau Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut
Umno Pecat Kj Dan Noh Omar

Umno Pecat Kj Dan Noh Omar

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 147 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar dipecat dari UMNO serta merta Selain Khairy UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah A...
Pembahagian Kerusi Prn Umno Bn Dijangka Dapat Kerusi Paling Sedikit

Pembahagian Kerusi Prn Umno Bn Dijangka Dapat Kerusi Paling Sedikit

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 91 hits
agendaily com24 01 2023UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang didalamnya terdapat DAP untuk membentuk kerajaan pusat Kerusi paling sedikit dijangka akan diberikan kepada UMNO Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri nanti Pakatan Ha...
Independent Noh Willing To Speak At Pn Umno Ceramah During State Polls

Independent Noh Willing To Speak At Pn Umno Ceramah During State Polls

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 158 hits
Going ahead with his plan to become an independent political speaker sacked Umno leader Noh Omar yesterday said he is open to telling the truth at ceramah during the upcoming Selangor state polls Noh expressed his readiness to speak on any ...
Umno Dap Need More Communication To Get Rid Of Awkwardness Nga

Umno Dap Need More Communication To Get Rid Of Awkwardness Nga

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 107 hits
DAP vice chairperson Nga Kor Ming has admitted that Umno and DAP need more communication and a period of adjustment to work together after six decades of competition He was reacting to the news where several Umno delegates had about forming...
Sacked By Umno Noh Omar Willing To Speak At Pn Events

Sacked By Umno Noh Omar Willing To Speak At Pn Events

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 104 hits
Former Selangor Umno chief Noh Omar expelled from the party last month said he has no plans to join another party KUALA SELANGOR Sacked Selangor Umno leader Noh Omar says that he will become an independent speaker and is willing to speak at...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Beraya Rumah Sis Lin Makan Laksa Sarawak

Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale