Mt Tolak Maklumat Agensi Kata Umno Kalah Jika Pru 15 Awal


Naib Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan beliau telah memaklumkan kepada Majlis Tertinggi bahawa UMNO akan kalah jika PRU-15 diadakan lebih awal. (Agenda Daily) – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan beliau telah memaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tetapi MT enggan menerima maklumat disalurkan agensi-agensi tertentu.
Menurutnya MT dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) begitu yakin akan mencapai kemenangan besar sekiranya PRU-15 diadakan segera, sedangkan dalam laporan yang beliau terima menunjukkan gabungan itu akan kalah.
Naib Presiden UMNO itu berkata walaupun mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri – untuk membubarkan atau tidak Parlimen – beliau tetap mengikut keputusan MT dan PAU.
Menurutnya maklumat yang beliau terima berbeza dengan apa yang diperoleh Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa gabungan itu akan menang.
Malah, katanya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengatakan beliau pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dan maklumat yang diberikan agensi tertentu kadang-kala tidak tepat.
“Apabila desakan itu, desakan daripada parti sendiri untuk pilihan raya… dan dia orang kata ooh tak, kenapa kita tak buat awal? (MT kata) Tak buat awal kita kalah.. konon-kononnya kalau lepas PRN di Johor dan Melaka kalau kita buat kita menang.
“Dalam laporan yang saya terima, kita kalah. Dan waktu saya nak bubarkan Parlimen itu, saya beritahu kepada MT. Kita setakat ini kita kalah… Wanita UMNO melaporkan35 kerusi maksimum kita menang.
“Dan saya kata kalau (pengundi) kelabu putih campur putih hanya 60 kerusi… mungkin kita menang 30. Tapi dalam MT berkeras (adakan pilihan raya) sehinggakan saya kata okeylah. Kalau you all nak juga pilihan raya diadakan sekarang dalam setahun kita kalah. Kita semua kena bertanggungjawab.
“Sebab saya dah beritahu keadaan yang sebenar. Saya sebut di dalam mesyuarat MT bukan saya merajuk. Saya dah angkat suara sikit itu hari… kalau you all nak juga okeylah. Kita semua bertanggungjawablah.
“Sebab saya tahu kalau pilihan raya masa itu… tak menang… boleh kalah. Tapi laporan yang dikeluarkan oleh pengarah pilihan raya Tok Mat ketika itu kita menang. Kita boleh cross 112. Kita boleh menang. Presiden pun kata kita menang.
“Sehinggakan presiden kata dulu saya pernah jadi Menteri Dalam Negeri kadang-kadang agensi pun buat silap dari segi laporan. Ya kalau dah ini kehendak dan itu adalah kehendak parti… kehendak parti yang diputuskan oleh MT supaya pilihan raya perlu disegerakan,” katanya dalam temu bual bersama Media Mulia.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata jurucakap yang membahas dalam PAU juga mengatakan PRU perlu disegerakan.
“Dan setiap kali saya pergi terutamanya di kalangan Pemuda. dia oranglah yang menjerit bubar, bubar, bubar setiap kali saya pergi. Saya pun manusia. Ada perasaan,” tambahnya lagi.
Beliau juga mendedahkan pemimpin pembangkang bertemu beliau dan meminta supaya pilihan raya tidak diadakan segera, sebaliknya menunggu sehingga habis penggal Parlimen, malah mereka sanggup memberi sokongan penuh.
“Dia (pembangkang) kata kita akan sokong Datuk. Maknanya kerajaan takkan takkan terbubar sebab pembangkang akan sokong saya. Dia (pembangkang) boleh tandatangan SD (akuan bersumpah) sokong saya
“Boleh buat undi percaya di Parlimen pun untuk sokong saya supaya terus kekal. Tapi bagi saya apa makna saya Naib Presiden UMNO (yang) survive kerajaan dengan bergantung nyawa kepada pembangkang.
“Pembangkang beri nyawa kepada saya untuk terus menjadi Perdana Menteri… sedangkan UMNO tak boleh terima kerana mereka dah buat keputusan nak cepat adakan pilihan raya,” katanya.
Ismail Sabri berkata disebabkan beliau adalah orang parti maka beliau mengikut keputusan MT dan PAU untuk mengadakan PRU lebih awal.
Pada PRU-15 lalu, BN dan UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam segarah politik sejak negara merdeka apabila hanya menang 30 kerusi Parlimen dengan 26 daripadanya adalah daripada UMNO.
Bagaimanapun, Zahid kemudian membawa UMNO bekerjasama dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan-BN (PH-BN), dengan beliau sendiri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/02/08/mt-tolak-maklumat-agensi-kata-umno-kalah-jika-pru-15-awal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bakal Kalah Prn Kerana Berkawan Dengan Dap Kata Noh

Umno Bakal Kalah Prn Kerana Berkawan Dengan Dap Kata Noh

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 131 hits
agendaily com06 02 2023Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menjangkakan UMNO akan kalah teruk pada PRN akan datang setelah parti itu berkawan dengan DAP Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dipec...
Umno Kena Beri Nur Jazlan Upah Sebab Kuat Menyalak Kata Pemuda Pas

Umno Kena Beri Nur Jazlan Upah Sebab Kuat Menyalak Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 101 hits
agendaily com26 01 2023Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed Kerajaan dan pemimpin UMNO digesa memberi upah kepada Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana kuat menyalak dan mengkritik parti lain Ketua ...
Saya Perlu Menyelamat Umno Daripada Musuh Dalam Parti Kata Zahid

Saya Perlu Menyelamat Umno Daripada Musuh Dalam Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 197 hits
freemalaysiatoday com February 1 2023 12 28 AMAhmad Zahid Hamidi berkata pihaknya boleh meraikan perbezaan pendapat namun tidak berkompromi mana mana pihak menyentuh soal integriti parti PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkat...
Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

Spekulasi Tanding Ketua Wanita Umno Hasrat Akar Umbi Bukan Shahrizat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 256 hits
Persoalan sama ada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil bertanding dalam pemilihan parti hanya akan terjawab pada 13 Feb kata sumber PETALING JAYA Hasrat kembali memimpin Wanita Umno bukan disuarakan Shahrizat Jalil tetapi permintaan aka...
Umno Milik Semua Ahli Bukan Mkt Sahaja Kata Kj

Umno Milik Semua Ahli Bukan Mkt Sahaja Kata Kj

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 144 hits
satuberita myBy January 26 2023BEKAS Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan UMNO adalah milik semua ahlinya bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi sahaja Menurut Khairy memiliki sudut pandang yang berbeza dengan pucuk pimpinan tida...
Tak Gerun Gandingan Ph Bn Di Pantai Timur Ahli Umno Pun Tak Berkenan Kata Pn

Tak Gerun Gandingan Ph Bn Di Pantai Timur Ahli Umno Pun Tak Berkenan Kata Pn

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 134 hits
freemalaysiatoday com February 11 2023 8 00 AMAhli MPT Bersatu Razali Idris percaya gandingan PH BN memberi kelebihan kepada PN PETALING JAYA Pemimpin Perikatan Nasional tidak gerun dengan gandingan Pakatan Harapan Barisan Nasional di Kelan...
Elak Kongsi Maklumat Operasi Sekatan Jalan Di Aplikasi Waze Kata Polis

Elak Kongsi Maklumat Operasi Sekatan Jalan Di Aplikasi Waze Kata Polis

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 134 hits
POLIS Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata tindakan itu hanya akan menghalang pengu...
Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Dah Jumpa Sebab Kalah Pn Kata Sebab Pengundi Luar

Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

Ben Nathan Kebahagiaanmu Chord

Orang Masjid Caj Rm1 000 Upah Solat Jenazah

Ht House By 007studio In Ha Tinh Vietnam



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Lunch Jom

The Importance Of Air Filtration For Smoke And Allergies

Sukar Muhyiddin Hadi Berundur Selepas Pn Kalah

Resepi Mee Rebus

Rutin Penjagaan Tebu Di Raised Bed

Missteps Led To Pn S Defeat