Umno Akan Gerakkan 9 700 Ahli Di Sandakan Undi Calon Pbs


Geraldine Tong & Lu Wei Hoong 
   
PRK SANDAKAN | Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin membuat penampilan pertama dalam kempen pilihan raya kecil Sandakan.

Bung Moktar tampil menyampaikan ceramah di Kampung Sim Sim malam tadi dengan memberitahu kira-kira 300 hadirin bahawa Umno Sabah akan menggerakkan penyokongnya di Sandakan untuk mengundi calon PBS Linda Tsen pada hari mengundi.

"Saya mahu jelaskan. Terdapat 14,000 pengundi Melayu (di Sandakan) dan 9,700 daripadanya adalah ahli Umno yang merupakan pengundi di Sandakan," kata Bung Moktar yang disambut sorakan hadirin.

Selain daripada penyokong PBS, hadirin ceramah berkenaan dilihat terdiri daripada penyokong Umno serta mereka parti lain, seperti Usno dan Star.

Hadirin juga rata-rata bersetuju dengan ucapan Bung Moktar yang mengatakan bahawa kerajaan PH telah banyak mungkir janji sejak mula berkuasa.

Antara lain, katanya, harga barangan terus meningkat selepas kerajaan baru menggantikan GST dengan SST. Bung Moktar juga berkata PH tidak menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, menuduh DAP Sabah bergantung kepada DAP di Semenanjung dan menggesa ahli dan penyokong DAP di Sabah untuk mengundi parti tempatan, seperti PBS.

Apabila Tsen tiba di tapak ceramah, kira-kira pertengahan ucapan Bung Moktar, orang ramai mula bersorak, menjeritkan nama calon PBS itu serta memberikan tepukan. Salah seorang hadirin didengar menjerit, "Kami sayang kamu, Linda."

Dalam ucapannya, Bung Moktar juga mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berat sebelah terhadap pembangkang dan akan memudahkan PH.

Salah seorang hadirin menuding hari pada pemerhati SPR yang mendengar ucapan di belakang pagar di bahagian belakang kawasan ceramah, yang kemudian membuatkan Bung Moktar mula bercakap dengannya secara langsung.

"SPR, tolong beri kami keadilan. Jangan terlalu berat sebelah," katanya kepada pemerhati SPR yang dilihat melangkah dari tempatnya berdiri ketika orang ramai mula mengejeknya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Bung Moktar berkata beliau mahu menyertai kempen lebih awal tetapi tertangguh kerana ditangkap oleh SPRM minggu lalu dan seterusnya berdepan tuduhan di mahkamah di Kuala Lumpur.

Bung Monktar dikenakan tiga tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan menerima wang pada bulan Jun 2015, dalam kapasitinya sebagai pengerusi bukan eksekutif Felcra.

Ditanya sama ada bekas perdana menteri Najib Razak akan menyertai kempen itu, Bung Moktar sekadar berkata: "Mungkin".

Najib menyertai kempen untuk tiga pilihan raya kecil sebelum ini dengan penampilan baru sebagai 'Bossku' yang seterusnya menyaksikan BN mencatat tiga kemenangan berturut-turut.

Najib sendiri sebelum ini berkata bahawa beliau akan datang jika rakyat Sabah mahu beliau menyertai kempen PRK itu.

Tsen akan menentang Vivan Wong dari DAP dan tiga lagi calon bebas dalam pilihan raya kecil Sandakan yang akan diadakan pada 11 Mei.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/umno-akan-gerakkan-9700-ahli-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Begins Sandakan Assault By Linking Pbs With Umno Pas

Guan Eng Begins Sandakan Assault By Linking Pbs With Umno Pas

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 379 hits
SANDAKAN POLLS DAP secretary general Lim Guan Eng kicked off campaigning for the by election by attempting to draw links between opposition party Parti Bersatu Sabah with Umno and PAS Speaking at a ceramah last night Lim said that Sabah Umn...
Prk Sandakan Pas Gerakkan Jentera Untuk Menangkan Pbs

Prk Sandakan Pas Gerakkan Jentera Untuk Menangkan Pbs

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 475 hits
SANDAKAN PAS akan menggerakkan jenteranya daripada seluruh negeri Sabah bagi membantu memenangkan PBS dalam PRK Sandakan yang sedang berlangsung kini PBS yang mewakili calon Bumiputera Sabah perlu diberi kemenangan lebih lebih lagi kemudara...
Saya Tahu Apa Rakyat Sandakan Mahu Kata Calon Pbs

Saya Tahu Apa Rakyat Sandakan Mahu Kata Calon Pbs

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 349 hits
Linda Tsen ketika berarak ke pusat penamaan calon pagi tadi SANDAKAN Calon Parti Bersatu Sabah Linda Tsen mengucapkan terima kasih kepada parti kerana memberi kepercayaan kepadanya tetapi berkata beliau mungkin tidak cukup masa untuk berkem...
Prk Sandakan 5 Parti Bagi Sokongan Kepada Pbs Tentang Dap

Prk Sandakan 5 Parti Bagi Sokongan Kepada Pbs Tentang Dap

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 500 hits
PBS telah mengumumkan Naib Presiden parti dan Anggota Parlimen untuk dua penggal Datuk Linda Tsen Thau Lin sebagai calonnya bagi pilihan raya parlimen Sandakan Lima buah parti telah menyatakan sokongan kepada Parti Bersatu Sabah bagi menent...
Himpunan 405 Pemuda Umno Kerah 2 000 Ahli Simbolik Keresahan Rakyat

Himpunan 405 Pemuda Umno Kerah 2 000 Ahli Simbolik Keresahan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 542 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pergerakan UMNO di Bilik Mesyuarat Tingkat 38 Menara Datuk ONN Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Perger...
Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi

Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 273 hits
Diterbitkan Hari ini 9 12 pagiPRK SANDAKAN Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan akan bermula 9 pagi ini di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua di Sandakan Hujan renyai renyai tidak menghalang keh...
Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 373 hits
Lawan Calon DAP Di PRK Sandakan Adalah Sejak Parti Bersatu Sabah mengumumkan hasrat bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 11 Mei ini timbul persoalan mengenai siapakah yang akan dicalonkan parti tempatan tertua itu Pilihan DA...
Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno

Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 463 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar mengubah sikap yang mengutamakan agenda peribadi melebihi perjuangan parti Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu berkata amal...
Undi Calon Dap Agar Polisi Dipegang Ph Dapat Dilaksanakan

Undi Calon Dap Agar Polisi Dipegang Ph Dapat Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 315 hits
foto sumber internetSANDAKAN 8 Mei Pengundi di Parlimen Sandakan tidak harus memandang ringan keputusan Pilihan Raya Kecil di kawasan itu yang boleh menyumbang kepada masa depan negara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini keran...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga