Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi


Bernama Diterbitkan Hari ini 9:12 pagi

PRK SANDAKAN | Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan akan bermula 9 pagi ini di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua di Sandakan.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang kehadiran penyokong parti yang bertanding untuk berkumpul sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Penyokong DAP berkumpul di BDC Light Industrial manakala penyokong Parti Bersatu Sabah (PBS) berhimpun di Bandar Maju, kedua-dua tempat berkenaan berdekatan dengan pusat penamaan calon.

Sementara itu, beberapa laluan menuju ke SMJK Tiong Hua ditutup dan dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM) seawal 6 pagi tadi.

Calon-calon mempunyai tempoh sejam sehingga 10 pagi ini untuk mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum Pegawai Pengurus PRK Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain mengumumkan nama calon yang layak bertanding pada 11 pagi.

Setakat ini, DAP mengumumkan Vivian Wong Shir Yee, 30, anak bongsu penyandang anggota Parlimen Sandakan sebagai calon, manakala PBS mempertaruhkan bekas anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, 63.

Sementara, calon Bebas disebut-sebut akan bertanding pada PRK itu ialah ahli perniagaan Chia Siew Yung, bekas pembantu tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan Sulaiman Samat dan bekas pengasas Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah Hamzah Abdullah.

PRK Parlimen Sandakan diadakan selepas penyandangnya Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 28 Mac lepas.

Pada 5 April lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun mengumumkan tarikh penamaan calon PRK Parlimen Sandakan ditetapkan hari ini, dan hari mengundi pada 11 Mei depan dengan hari pengundian awal pada 7 Mei.

Parlimen Sandakan mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Tanjong Papat dan Elopura - dengan jumlah 40,131 pemilih layak mengundi, termasuk 270 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Mendiang Wong dipilih sebagai anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Leong Vui Keong dengan majoriti 1,088 undi.

Pada PRU14 lepas, mendiang Wong berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 10,098 undi setelah menewaskan calon BN Datuk Lim Ming Hoo.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/penamaan-calon-prk-sandakan-bermula-9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 330 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSANMESYUARAT Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruha...
Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 362 hits
Lawan Calon DAP Di PRK Sandakan Adalah Sejak Parti Bersatu Sabah mengumumkan hasrat bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 11 Mei ini timbul persoalan mengenai siapakah yang akan dicalonkan parti tempatan tertua itu Pilihan DA...
Bn Putuskan Untuk Tidak Letak Calon Bertanding Pada Prk Sandakan

Bn Putuskan Untuk Tidak Letak Calon Bertanding Pada Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 267 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 23 April Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang akan diadakan 11 Mei ini kata pemangku pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berka...
Sah Umno Tidak Bertanding Prk Sandakan

Sah Umno Tidak Bertanding Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 308 hits
Wartawan Watan Online UMNO tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mei ini Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara tersebut diputus...
Prk Sandakan Spr Hantar Kad Kepada 39 349 Pengundi

Prk Sandakan Spr Hantar Kad Kepada 39 349 Pengundi

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 261 hits
Pengundi terima kad tidak lagi perlu membuat semakan di Barung SPR Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun SANDAKAN Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil inisiatif untuk menghantar kad pengundi kepada 39 349 orang pengundi yang meliputi 270 orang pen...
Spr Edar Kad Pengundi Untuk Prk Sandakan

Spr Edar Kad Pengundi Untuk Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengedarkan kad pengundi sejak 19 April lalu kepada 39 349 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil Sandakan Mei depan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata i
Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 336 hits
Jamuan makan hadiah untuk pengaruh pengundi adalah salah SPR Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun BANGI Suruhanjaya Pilihan Raya mengingatkan calon atau parti supaya tidak menyalahgunakan aset dan kuasa kerajaan untuk meraih undi sepanjang kemp...
Henti Babitkan Diri Dalam Prk Sandakan Fokus Kes Mahkamah

Henti Babitkan Diri Dalam Prk Sandakan Fokus Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 308 hits
foto sumber internetPRK SANDAKAN Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan seseorang tertentu untuk berhenti membabitkan diri dalam pilihan raya kecil Sandakan dan memberi fokus kepada kes mahkamahnya Walaupun tidak menamakan individu yang...
Tak Tanding Prk Sandakan Bn Dan Pas Gagal Uji Pengaruh

Tak Tanding Prk Sandakan Bn Dan Pas Gagal Uji Pengaruh

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 279 hits
KUANTAN Tindakan BN dan PAS tidak meletakkan calon mereka pada PRK Sandakan adalah sesuatu yang tidak baik untuk menguji pengaruh pembangkang di negeri Sabah sebenarnya Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat Mohd Sh...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi