Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno



KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar mengubah sikap yang mengutamakan agenda peribadi melebihi perjuangan parti.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu berkata amalan itu perlu diubah dengan memberi contoh terdapat segelintir pemimpin tidak mahu melihat penambahan anggota parti kerana khuatir kedudukan mereka akan tergugat.
Loading...

“Memang benar keanggotaan kita tidak amat besar.  Kita dapati sesetengah amalan itu buruk. Misalnya jika anda dipilih menjadi ketua bahagian maka anda tidak mahu orang lain menyertai Bersatu kerana jika mereka menyertai parti ini mereka mungkin akan menggulingkan anda.

“Jadi lebih baik kita ada parti Bersatu yang kecil sahaja daripada Bersatu yang besar. Jadi kita akan mempunyai jumlah ahli yang kurang dan disebabkan bilangan ahli kurang, maka apabila ada pilihan raya kecil, kita tidak mempunyai orang yang cukup untuk bekerja.

“Kita terpaksa bawa orang dari tempat-tempat lain,” katanya pada sidang media khas sempena setahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tahap kepuasan terhadap Bersatu yang dianggap sebagai sebuah parti masih muda.

Tegas Dr Mahathir, setiap anggota Bersatu juga perlu memikirkan soal parti sebagai kepentingan utama berbanding jawatan atau wang ringgit semata-mata.



Beliau turut menyingkap perjuangan Umno ketika era awal penubuhan apabila terdapat anggota yang sanggup mengorbankan kedudukan atau harta benda bagi melihat kelangsungan parti malah tidak mempunyai agenda peribadi untuk merebut sebarang jawatan.

“Saya telah melihat ini berlaku selama 70 tahun, apabila kita menubuhkan Umno, orang ramai mendermakan wang ringgit mereka.  Mereka tidak meminta apa-apa balasan atau hendak menjadi ketua atau meminta apa sahaja.

Malah, ramai dalam kalangan mereka apabila diminta untuk menjadi calon menolaknya dan meminta ia diberi kepada orang lain kerana saya tidak layak. Tetapi peristiwa seperti itu sudah tidak ada lagi sekarang.

“Sekarang, walapun anda hanya lulusan darjah satu, anda fikir anda layak untuk menjadi Perdana Menteri. Itu hak anda, jadi perkara seumpama ini bukan sahaja telah menjejaskan Bersatu tetapi juga parti-parti Melayu yang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa mana-mana wanita yang memiliki kebolehan adalah layak dilantik memegang sebarang jawatan.

Bercakap mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara Datuk Tengku Maimun Tuan Mat  \yang berkuat kuasa 2 Mei lepas, Dr Mahathir berkata pentadbiran PH adalah berpaksikan kepada kebolehan, bukannya memilih seseorang berdasarkan jantina, warna kulit, agama dan sebagainya.

“Yang jelas, tidak ramai orang mengutuk pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu,” katanya.

Dalam tempoh setahun pentadbiran PH, kerajaan dilihat memenuhi janji pilihan raya untuk meletakkan lebih ramai golongan wanita memegang jawatan pembuat keputusan dan bukan sekadar penyeri atau memenuhi kuota semata-mata.

Ini jelas terbukti dengan pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri, menjadikan beliau wanita pertama di negara ini yang dilantik memegang jawatan itu.

Selain Dr Wan Azizah, kepimpinan PH turut dibarisi empat menteri - Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin; Menteri Industri Utama Teresa Kok; serta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Di samping itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching; Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis; serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh turut diberi kepercayaan memegang portfolio masing-masing. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/ahli-bersatu-kurang-dr-mahathir-kenang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjuangan Umno Pas Mempertahankan Perompak Perompak Negara Mahathir

Perjuangan Umno Pas Mempertahankan Perompak Perompak Negara Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 483 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perjuangan mempertahankan Melayu dan Islam yang digerakkan oleh UMNO dan Pas tidak lain dari mempertahankan perompak perompak negara Perdana Menteri berkata pihak terbabit berharap jika Kerajaan Pa...
Dah Kalah Macam2 Pulak Dakwaan Bung Mana Ahli Umno 9700 Orang Tu

Dah Kalah Macam2 Pulak Dakwaan Bung Mana Ahli Umno 9700 Orang Tu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 376 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin hari ini mendakwa pembelian undi berlaku dalam pilihan raya kecil Sandakan yang diadakan semalam Ada pengundi yang beritahu saya bahawa ada guna duit Kita sedang menyemak dakwaan berkenaan katanya sepe...
Ahli Umno Jangan Patah Semangat Teruskan Perjuangan Menuju Pru 15

Ahli Umno Jangan Patah Semangat Teruskan Perjuangan Menuju Pru 15

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR 13 Mei Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyeru kepada semua ahli parti untuk meneruskan perjuangan walaupun suasana politik masa kini amat mencabar Jelas beliau dalam keadaan kedudukan orang Me...
Umno Akan Gerakkan 9 700 Ahli Di Sandakan Undi Calon Pbs

Umno Akan Gerakkan 9 700 Ahli Di Sandakan Undi Calon Pbs

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 337 hits
PRK SANDAKAN Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin membuat penampilan pertama dalam kempen pilihan raya kecil Sandakan Bung Moktar tampil menyampaikan ceramah di Kampung Sim Sim malam tadi dengan memberitahu kira kira 300 hadirin bahawa Um...
Dr M S Slap For Muhyiddin Leads Umno Vp To Surmise Bersatu In Crisis

Dr M S Slap For Muhyiddin Leads Umno Vp To Surmise Bersatu In Crisis

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 359 hits
Dr Mahathir Mohamad s announcement that Mazlan Bujang has been appointed as the new Johor Bersatu chairperson has fuelled speculation of a rift between the party s chairperson and its president Muhyiddin Yassin according to an Umno leader M...
Tiga Fakta Perlembagaan Mahathir Silap Kata Kp Umno Pasir Gudang

Tiga Fakta Perlembagaan Mahathir Silap Kata Kp Umno Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 315 hits
Terdapat tiga fakta berdasarkan perkara yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan boleh membuktikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad silap dalam isu berkaitan perlembagaan itu Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang Noor Azleen Ambr...
Umno Selangor Kerah 25 000 Ahli Turun Sabtu Ini

Umno Selangor Kerah 25 000 Ahli Turun Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 600 hits
SHAH ALAM Badan Perhubungan UMNO Selangor akan mengerahkan 25 000 ahlinya bagi menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara pada Sabtu ini Timbalan pengerusinya Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata keputusan itu dicapai sele...
Finding The Right Divorce Attorney Near You

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Raya Dulu Raya Sekarang

The Crucial Role Of An Immigration Lawyer In Achieving Your Immigration Goals

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan Mercun

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Pdrm Tangkap Pendakwah Zamri Vinoth Atas Komen Didakwa Menghasut Tentang Kuil Hindu Kl

Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

2025 Dah

Benarkah Surah Al Waqiah Membuka Pintu Rezeki

Lawatan Presiden Cina Kominis