Umno Ada Banyak Calon Ketua Menteri Termasuk Saya Bung Mokhtar


PRN SABAH | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin memberi bayangan bahawa terdapat banyak pemimpin dari Umno Sabah yang berpotensi termasuk dirinya untuk diangkat sebagai calon Ketua Menteri negeri itu, sekiranya parti itu mendapat majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.
“Umno Sabah ada banyak calon ketua menteri. Saya boleh. Timbalan saya pun boleh (Jefri Arifin, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kinabatangan), Datuk Rahman (Abdul Rahman Dahlan) boleh dan Datuk Hasnol (Mohd Hasnol Ayub, Ketua Umno Bahagian Penampang) boleh.
“Banyak yang boleh. Kalau boleh jadikan ketua menteri 10 orang, Semua boleh,” katanya ketika menjawab soalan pemberita berhubung calon ketua menteri Umno pada PRN Sabah kali ini.
Semalam Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mengesahkan beliau akan ‘turut serta’ dalam PRN Sabah kali ini dengan bertanding di kerusi baru, DUN Lamaq.
Selain itu, beliau juga mengisytiharkan timbalannya Jefri Arifin akan bertanding di DUN Sukau pada PRN nanti.
Diramalkan, Umno Sabah kemungkinan akan menghadapi isu domestik untuk mencapai kata sepakat berhubung calon ketua menteri selepas
Bagaimanapun, spekulasi mengatakan bekas ketua menteri Musa Aman tidak sehaluan dengan badan perhubungan Umno negeri Sabah yang kini diterajui oleh Bung Moktar.
Kemungkinan ini dijangkakan tercetus berkaitan usaha mencapai kata sepakat mengenai calon ketua menteri Sabah, sekiranya Umno dan sekutunya dapat menewaskan Warisan.
Untuk rekod, selain Bung Moktar selaku ahli parlimen tunggal Umno di Sabah, seorang lagi pemimpin yang bertahan dalam parti itu ialah Musa Aman sendiri sebagai Adun Sungai Sibuga.
PRN Sabah diadakan selepas usaha Musa menumbangkan Kerajaan Warisan-PH tidak berjaya.
Terdahulu, Bung Moktar mempengerusikan mesyuarat Umno Sabah pagi tadi untuk membincangkan agihan kerusi yang pertandingkan, mengenal pasti calon, menyusun semua jentera serta mengenal pasti pengundi.
“Hari ini kami telah memutuskan Umno Sabah, BN dan rakan-rakan yang lain kita akan bertanding 73 kerusi melawan Warisan.
“Ini bermakna Umno Sabah akan berunding di kalangan komponen BN dalam sehari dua ini dan seterusnya kita akan berunding dengan rakan-rakan kita yang tidak pro dengan Warisan. Perkara ini penting sebab Umno ingin memastikan kemenagangan dalam PRN akan datang ini,” katanya.
Tambah beliau bahawa, PRN kali ini sebagai luar biasa sama ada bagi Warisan atau Umno Sabah.
“Sebab di antara parti, masing-masing ada signifikan antara satu sama lain. Umno Sabah pun ada kelebihan dia, Warisan pun ada kelebihan dia ada juga kelemahan dia,” katanya.
‘Bersatu nak tanding 45? Tak apa, kita bincang nanti’
Bung Moktar memberitahu bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan BN Sabah dan rakan-rakan yang lain termasuk Bersatu berkaitan pengagihan kerusi.
“Bersatu umum tanding 45 kerusi. Tidak apa. Kita akan bincang nanti.
“Adalah mustahil untuk memastikan satu lawan satu di semua kerusi. Kerana masih ada parti yang tidak berpihak dengan Umno mahupun Warisan.
“Tapi, di peringkat PN Plus Plus, kita akan memastikan tidak ada pertindihan,” katanya.
Beliau turut yakin bahawa segala pengagihan kerusi akan diselesaikan dalam masa dua minggu.
Sementara itu, Bung Moktar juga berkata Umno akan memastikan kerusi ditandinginya pada PRN kali ini tidak kurang daripada jumlah kerusi pada pilihan raya lalu.
“Umno ada kelebihan dari pada parti-parti lain. Kita telah bertapak berpuluh tahun.
“Kita ada kekuatan kita, tapi kita tidak mengenepikan parti lain semua ada kekuatan dia,” katanya.
DUN Sabah dibubarkan Khamis lalu bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept ini.
Rabu lalu, Musa mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri baru tetapi Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin bersetuju membubarkan DUN atas permintaan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal.
Pada PRU14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan namun pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi menjadikan jumlah 73 DUN di Sabah pada PRN akan datang.
MK
The post Umno ada banyak calon ketua menteri termasuk saya – Bung Mokhtar appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/02/umno-ada-banyak-calon-ketua-menteri-termasuk-saya-bung-mokhtar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bung Moktar Calon Ketua Menteri Sabah

Bung Moktar Calon Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 974 hits
Bung Moktar Umno ada banyak calon ketua menteri saya pun boleh Bung Moktar bertanding di kerusi DUN Lamag Pilihan Raya Negeri Sabah P engerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin memberi bayangan bahawa terdapat banyak pemimpin d...
Bung Mokhtar Patut Dilantik Ketua Menteri Sabah Bukan Musa Aman

Bung Mokhtar Patut Dilantik Ketua Menteri Sabah Bukan Musa Aman

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 776 hits
TAK lama lagi Pilihanraya Negeri Sabah akan diadakan berikutan KEGAGALAN Musa Aman merampas kuasa dari Shafie Apdal Semua kerusi akan dipertandingkan Awal awal kita nak bagitau orang yang paling layak jadi Ketua Menteri Sabah ialah Bung Mok...
Umno Pilih Bung Mokhtar Dan Bukan Musa Aman Sebagai Km Sabah

Umno Pilih Bung Mokhtar Dan Bukan Musa Aman Sebagai Km Sabah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 378 hits
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Bung Moktar Radin memberi bayangan terdapat banyak pemimpin daripada parti itu yang berpotensi termasuk dirinya untuk diangkat sebagai calon Ketua Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti dalam Pil...
Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri

Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 328 hits
Belum pun tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRN Sabah ditetapkan oleh SPR tanda tanda gaduh besar antara UMNO dan Bersatu lebih dulu jelas kelihatan Dalam reaksi awal kedua dua parti Melayu itu mereka kini nampaknya saling berebut ...
Bersatu Bincang Isu Calon Ketua Menteri Sabah

Bersatu Bincang Isu Calon Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 334 hits
Bersatu akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional berhubung calon Ketua Menteri Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri Ke 16 Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata perkara itu akan d...
Menteri Kereta Terbang Kata Terpulang Kepada Muhyiddin Untuk Sertai Umno Semula

Menteri Kereta Terbang Kata Terpulang Kepada Muhyiddin Untuk Sertai Umno Semula

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 241 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk meneliti saranan daripada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk menyertai UMNO kembali Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Se...
Bekas Calon Bersatu Dan Ketua Penaja Bahagian K Krau Dan Beberapa Bekas Ajk Bersatu Sertai Keadilan

Bekas Calon Bersatu Dan Ketua Penaja Bahagian K Krau Dan Beberapa Bekas Ajk Bersatu Sertai Keadilan

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 374 hits
Disaat Bersatu berada di dalam kerajaan pintu belakang setelah mengkhianati mandat rakyat dan ketika kumpulan Tun M menubuhkan parti baru semalam pagi tadi bekas alon Parlimen K Krau dari Bersatu yang juga bekas Ketua Penaja Bersatu Bahagia...
Kerajaan Cadang Buka Lebih Banyak Pusat Kesihatan Komuniti Kata Menteri

Kerajaan Cadang Buka Lebih Banyak Pusat Kesihatan Komuniti Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 275 hits
Sebuah pusat kesihatan komuniti di Johor Bahru yang menyediakan sesi rundingan dan senaman percuma untuk individu menghidap 4 penyakit iaitu darah tinggi diabetis jantung dan obesiti JOHOR BAHRU Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan M...
Kemana Wang Royalty Rm 3 2 Bilion Sabah Sejak Shafie Jadi Ketua Menteri

Kemana Wang Royalty Rm 3 2 Bilion Sabah Sejak Shafie Jadi Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 741 hits
Masyarakat Sabah termasuk adun warisan yg hilang kepercayaan terhadap ketua menteri mereka mungkin kerana isu wang royalty Wang yang di bayar oleh Petronas kepada negeri di bawah bayu sejak tidak pernah diumumkan kepada rakyat Jumlah perole...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese

Minta Kado Ulang Tahun Tak Biasa Zaskia Adya Mecca Kunjungi Kamp Suriah

Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu