Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri



Belum pun tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRN Sabah ditetapkan oleh SPR, tanda-tanda “gaduh besar” antara UMNO dan Bersatu lebih dulu jelas kelihatan
Dalam reaksi awal kedua-dua parti Melayu itu, mereka kini nampaknya saling berebut kerusi untuk ditandingi
Paling menonjol, Bersatu yang hanya baru setahun jagung bertapak di Sabah dan entah-entah jari tangan lebih banyak daripada cawangan di setiap bahagian, kini sudah menampakkan nafsu besar untuk bertanding di 45 kerusi dalam PRN akan datang ini
Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 45 kerusi Dun yang mahu ditandingi itu
“Kita sudah bersiap-sedia dan mengenal pasti 45 kerusi DUN yang akan ditandingi
“Bersatu akan mengemukakan calon yang berwibawa, mempunyai kredibiliti, berkemampuan dan mampu membawa kemenangan,” tegasnya lagi
Hajiji adalah antara 16 Adun UMNO Sabah yang melompat menyertai dan menubuhkan Bersatu di negeri itu selepas PRU14 yang lalu
Ikrar awalnya ialah menubuhkan Bersatu bertujuan mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Warisan
Tetapi, tiga hari lalu mereka memberi sokongan kepada Musa Aman untuk merampas kembali kerajaan negeri Sabah yang akhirnya membuatkan Shafie Apdal memohon kepada TYT agar Dun dibubarkan untuk pilihanraya semula diadakan
Dalam reaksi kepada keinginan Hajiji itu, UMNO mengingatkan Bersatu agar jangan bermimpi untuk bertanding sebanyak itu di Sabah
“UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun Bersatu sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi
“Itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan dalam bersahabat,” kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan
Pengerusi UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin berkata, UMNO secara tradisinya akan tetap mempertahankan 32 kerusi yang ditandingi parti itu dalam PRU14 lalu
Menurutnya, UMNO Sabah akan mengadakan mesyuarat esok untuk berbincang berkenaan pembahagian kerusi dengan rakan sekutu dalam BN iaitu PBRS dan MCA
Untuk rekod, UMNO dan Bersatu tiada hubungan politik secara rasmi, kecuali kedua-duanya berada dalam PN di Pusat yang masih belum didaftarkan secara sah
Daripada 32 kerusi yang tradisinya ditandingi UMNO atau 45 kerusi yang diingini Bersatu, sudah pasti kedua-dua parti saling berebut kerusi yang sama
Dalam PRU14 lalu, 60 kerusi Dun dipertandingkan di Sabah, tetapi dalam PRN akan datang ini, jumlahnya meningkat kepada 73 kerusi
Setiausaha Agung BN, Annuar Musa turut mengingatkan Bersatu agar berunding dengan UMNO jika ingin berlakunya pertandingan satu lawan satu dengan Warisan
Katanya, baik Bersatu atau BN, sesiapa pun boleh bertanding sebanyak mana kerusi yang diingini, tetapi jika ingin pertandingan “straight fight” melawan Warisan, tentulah kena berunding
“Bagaimanapun pastikan pasti yang lebih kuat diberi laluan,” katanya dalam ciapan di Twitter dengan tulisan huruf besar seolah-olah mengingatkan Bersatu bahawa UMNO lebih kuat berbanding parti tersebut
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin pula menempak keinginan Hajiji itu dengan mengingatkan bahawa kewujudan Bersatu di Sabah adalah kerana pembelotan
Ini dengan jelas membayangkan UMNO tidak akan memberi muka kepada Bersatu dalam PRN Sabah ini
Ini baru gaduh soal kerusi, itu pun nampaknya akan berlarutan lagi untuk beberapa lama kerana masing-masing inginkan kuasa yang lebih untuk parti masing-masing
Untuk UMNO, mereka tentu saja bersandarkan kepada kekuatan dan strukrur parti itu yang lebih tersusun, manakala Bersatu semata-mata bergantung kepada kedudukan Muhyiddin Yassin yang kini menjadi Perdana Menteri
Sama ada soal kerusi ini dapat diselesaikan atau tidak, yang pasti selepas ini mereka akan berbalah pula siapa yang patut jadi Ketua Menteri
Baik Bung Mokhtar atau Hajiji, kedua-duanya dengan kedudukan sebagai peneraju UMNO dan Bersatu di Sabah, tentu saja ada keinginan untuk menjadi Ketua Menteri melalui PRN kali ini
Begitu pun, Musa Aman, bekas Ketua Menteri dan satu-satunya Adun UMNO di Sabah dan gagal dalam cubaan merampas kedudukan Shafie Apdal baru-baru ini dan dipercayai telah bermodal besar untuk tujuan itu, pasti tidak akan berdiam diri saja membiarkan peluang terlepas sekali lagi
Cuma, masalahnya beliau bukan lagi Pengerusi UMNO Sabah dan kedudukan itu kini dipegang oleh Bung Mokhtar
Dalam keadaan sekarang, bukan saja Musa Aman sukar memastikan beliau dapat jadi Ketua Menteri semula, bahkan juga sulit untuk menentukan dirinya dicalonkan sekali lagi dalam PRN akan datang ini
Tetapi, sebagai bekas Ketua Menteri sebelum ini, tidak mustahil beliau akan menggunakan pengaruhnya untuk berurusan dengan pemimpin UMNO di Kuala Lumpur bagi memastikan dirinya tetap dipilih sebagai calon, seterusnya berpeluang menjadi Ketua Menteri
Apa pun, tiga pemimpin ini – Bung Mokhtar, Hajiji dan Musa Aman dijangka akan bersaing sesama sendiri untuk menjadi Ketua Menteri mewakili PN yang tidak didaftarkan untuk berlawan dengan Warisan yang disokong PH yang hanya ada Shafie sebagai calon Ketua Menterinya
Dengan bergaduh soal kerusi dan berebut jawatan nak jadi Ketua Menteri, ada peluangkah PN menumbangkan Warisan? (Shahbudindotcom 01/08/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/umno-dan-bersatu-di-sabahmula-berebut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 466 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Ikut Telunjuk Pas Umno Terima Padah Terpaksa Berebut Kerusi

Ikut Telunjuk Pas Umno Terima Padah Terpaksa Berebut Kerusi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 302 hits
NASUHA RAHMAN Ahli Parlimen Pasir Salah Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan berlakunya perebutan kerusi antara Umno dan Pas di tempat tempat tertentu Perebutan itu katanya telah menimbulkan suasana yang tidak seronok antara Umno dan Pas seper...
Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 434 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka Bersatu Memetik Utusan Malaysia Pengerusi Jemaah Penasihat U...
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 311 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
73 Kerusi Bersatu Mahu 45 Umno Mahu 32 Bung Kata Mesyuarat Esok

73 Kerusi Bersatu Mahu 45 Umno Mahu 32 Bung Kata Mesyuarat Esok

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 350 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata bahawa partinya akan bermesyuarat esok untuk akan membuat keputusan berhubung kerjasama antara Umno dengan Bersatu menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Menurutnya Umno Sabah akan mengadakan mes...
Umno Ada Banyak Calon Ketua Menteri Termasuk Saya Bung Mokhtar

Umno Ada Banyak Calon Ketua Menteri Termasuk Saya Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 369 hits
PRN SABAH Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin memberi bayangan bahawa terdapat banyak pemimpin dari Umno Sabah yang berpotensi termasuk dirinya untuk diangkat sebagai calon Ketua Menteri negeri itu sekiranya parti itu m...
Bersatu Mahu Tanding 45 Daripada 73 Kerusi Di Prn Sabah

Bersatu Mahu Tanding 45 Daripada 73 Kerusi Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 300 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan meletakkan calon di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah Hasrat tersebut disuarakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan hari ini Kita s...
Bung Mokhtar Patut Dilantik Ketua Menteri Sabah Bukan Musa Aman

Bung Mokhtar Patut Dilantik Ketua Menteri Sabah Bukan Musa Aman

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 780 hits
TAK lama lagi Pilihanraya Negeri Sabah akan diadakan berikutan KEGAGALAN Musa Aman merampas kuasa dari Shafie Apdal Semua kerusi akan dipertandingkan Awal awal kita nak bagitau orang yang paling layak jadi Ketua Menteri Sabah ialah Bung Mok...
Dakwa Dapat Majoriti Mudah Musa Aman Dijangka Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Hari Ini

Dakwa Dapat Majoriti Mudah Musa Aman Dijangka Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 568 hits
186 total views 186 views today Petang semalam politik negara dikejutkan dengan satu pengumuman daripada Tan Sri Musa Aman yang mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu menggantikan kerajaan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba