Umat Islam Melayu Tak Perlu Lagi Bimbang Komposisi Pn


Roslan Shahir Mohd Shahir PN lenyapkan harapan 'comeback' PH jika adil bahagikan kerusi
ISU PERPECAHAN politik orang-orang Melayu sehingga mengakibatkan kuasa politik Melayu turut terpecah bukanlah perkara baru. Ia bermula sejak Pilihan Raya Persekutuan 1955 lagi apabila PAS dan Umno bertarung untuk memenangi undi Melayu di kalangan majoriti pengundi rakyat Malaya ketika itu

Dalam pilihan raya itu Perikatan yang diwakili Umno, MCA dan MIC memenangi 49 kerusi dan PAS 1

Sejak itu bermulalah persaingan untuk menguasai sokongan dan undi orang-orang Melayu di antara PAS dan Umno dan ia berlarutan dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya selepas Merdeka sehinggalah Pilihan Raya Umum (PRU) terakhir dalam tahun 2018

Dan PRU 2018 adalah contoh terbaik apabila orang-orang Melayu gagal bersatu, berterusan berpecah sesama sendiri, tatkala itu walaupun mereka mungkin merupakan majoriti pengundi dalam negara, namun mereka boleh digerhanai oleh segmen pengundi yang bukan-Melayu walaupun segmen ini cuma minoriti mengikut bilangan

Ruginya orang Melayu apabila berpecah, kuasa dan suara politik mereka menjadi lemah, lantas agenda perjuangan mereka tidak mampu diketengahkan atau bakal ditewaskan oleh kepentingan kaum lain yang lebih berdominasi akibat kukuhnya kesatuan politik mereka

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang muncul dari PRU 2018 adalah satu contoh jelas

DAP yang mewakili masyarakat bukan-Melayu menjadi suara dominan dan kukuh dalam kerajaan baru apabila lebih 80 peratus pengundi bukan-Melayu ‘solid’ memberikan undi kepada calon-calon mereka

Malah pengundi bukan-Melayu ketika itu turut mengundi parti-parti yang berpakat dengan DAP, seperti PKR, PAN dan BERSATU mengakibatkan parti-parti ini turut meraih untung dan mampu menang banyak kerusi,terutama apabila undi Melayu berpecah kerana PAS dan UMNO turut meletakkan calon di kerusi-kerusi yang mereka tandingi

Kebimbangan berada di bawah kerajaan yang sedemikian rupa, bukan lagi igauan tetapi menjadi realiti pasca Mei 2018 dan terus menghantui masyarakat Melayu terutama apabila DAP yang buat pertama kali berkuasa mula menajam dan mencengkam kukunya lantaran dominannya mereka dalam Kerajaan

Negara tercinta mahu ditransformasi menjadi ‘Malaysian Malaysia’ dengan mengenepi dan menghapuskan segala kontrak sosial dan amalan serta budaya yang telah diterima yang sudah pasti menghakis dan mencungkil apa sahaja warisan dan kepentingan umat Melayu

Apa pun dengan takdir Allah S.W.T, kerajaan yang didukung kuat DAP itu atas mainan politik sesama mereka akhirnya roboh tak sampai separuh penggal kerana Perdana Menteri (PM) mereka meletak jawatan angkara rebutan kuasa dalaman

Kerajaan PH telah roboh dan atas robohannya didirikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan PAS, BN dan BERSATU selain GPS serta beberapa parti dari Sabah setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat oleh Istana sebagai PM yang baru

Buat pertama kali dalam sejarah parti-parti Melayu terbesar dalam negara bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan dengan disokong beberapa parti Bumiputera Borneo dan bukan-Melayu yang lain

Tiada lagi dominasi DAP atau bukan-Melayu apabila Kerajaan baru ini terbentuk dengan lebih 80 peratus wakilnya dari kalangan Ahli-ahli Parlimen Melayu Islam

Hari ini, menyedari komposisi Perikatan Nasional (PN) rakyat khususnya umat Melayu Islam tidak lagi bimbang dan rasa terancam

Menurut penganalisa politik Joceline Tan dalam ruangannya di akhbar Sunday Star (5 April,2020) tidak ada Kerajaan yang stabil kecuali yang mendapat kepercayaan orang-orang Melayu kerana mereka mewakili 60 peratus penduduk negara. Kerajaan PN ini menurut beliau memiliki sokongan 85 peratus orang-orang Melayu

Walaupun negara malah dunia kini berhadapan dengan ancaman COVID-19, namun segala inisiatif dan langkah kerajaan di bawah Muhyiddin terus diterima rakyat tanpa banyak pertikaian tidak sebagaimana Kerajaan 22 bulan PH yang lampau

Adalah diyakini kiranya kerajaan dapat menguruskan dengan baik peperangan menentang ancaman virus ini, tidak mustahil ia akan kekal dalam ingatan rakyat sampai bila-bila

Kerana itu kiranya PN mampu memperkukuhkan kekuatan parti-parti yang mendukungnya khususnya kalangan BERSATU, PAS dan Umno sehingga PRU ke-15, membereskan segala urusan dengan saksama dan menyelesaikan isu pembahagian kerusi dengan baik, tidak mustahil ia akan menang besar melenyapkan langsung harapan PH untuk membikin ‘comeback’.
Semasa Muafakat Nasional (MN) dilancarkan pada bulan September 2019 lalu, UMNO dan PAS yang masing-masing memenangi 54 dan 18 kerusi dalam PRU14 lalu, iaitu jumlahnya 72 kerusi Parlimen yakin kiranya mereka mengelakkan pertandingan sesama sendiri dan meletakkan satu calon di kerusi-kerusi majoriti Melayu, gabungan kekuatan dua parti Melayu terbesar ini akan mampu memenangi 126 kerusi Parlimen

Ia juga boleh membentuk kerajaan tidak termasuk kerusi yang boleh disumbangkan rakan-rakan parti bukan-Melayu yang lain. Formula ini terbukti dalam 5 Pilihan Raya Kecil yang Muafakat Nasional (MN) sertai atas satu gabungan

Kini dengan pembentukan kerajaan PN, gabungan kuasa politik MN menjadi bertambah besar terutama dengan kehadiran BERSATU dan bekas PKR yang menyertai BERSATU

Gabungan baru ini jika terus kekal relevan pasti membentuk Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri pasca PRU15 yang lebih mantap dan kukuh

Ketika itu DAP akan terpaksa berpuas hati dengan saki-baki kerusi majoriti bukan-Melayu setelah hilang sokongan dari kerusi-kerusi campuran, PKR pula tanpa sokongan pengundi Melayu akan jadi cemas malah tidak mustahil kerusi-kerusi Port Dickson dan Permatang Pauh juga boleh hilang

Manakala PAN, parti jelmaan DAP dijangka menjadi mangsa terbesar kerana sebahagian besar kerusi-kerusi Parlimen mereka akan jatuh ke tangan PN dengan mudah

Tidak syak lagi senario seumpama ini amat dialu-alukan khususnya oleh para pengundi Melayu, iaitu negara tercinta kembali stabil dan ditadbir pula oleh segmen yang mewakili majoriti dalam masyarakat

Segala status quo dan kontrak sosial yang telah dipersetujui akan terus terjamin dan dihormati, manakala hak serta kepentingan Islam dan umat Melayu serta Bumiputera akan kekal terbela

Begitu juga diyakini masyarakat bukan-Melayu setelah melihat kemampuan dan kestabilan Kerajaan PN di bawah Muhyiddin akan mula meninggalkan PH, kerana mereka juga mahu kestabilan dan kemakmuran yang ternyata sukar dicapai apabila PH berkuasa

Gabungan pimpinan Melayu Islam bukanlah satu kuasa politik yang harus dibimbangi sebagaimana saraf dan propaganda PH, sebaliknya masyarakat bukan-Melayu telah pernah hidup sejahtera dan selamat di bawah Kerajaan seumpama ini termasuklah di Kelantan dan Terengganu di bawah PAS

Tiada masyarakat bukan-Melayu yang dianaktiri, didiskriminasi atau tercicir dari arus perdana malahan mereka dapat mengamalkan agama dan budaya mereka dengan selamat dan berniaga serta meraih keuntungan tanpa banyak sekatan atau halangan

Lantaran itu umat Melayu Islam perlu bersatu berdiri teguh di belakang PN manakala pimpinan PN pula terus mempamerkan kepimpinan yang mantap sekali gus menjadikan mereka satu-satunya pilihan tunggal buat rakyat Malaysia pada PRU15 nanti

*Roslan Shahir Mohd Shahir -Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/umat-islam-melayu-tak-perlu-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Negara Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah

Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Negara Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 392 hits
RIYADH Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID 19 diketahui Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Negara Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah
Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Rancangan Tunai Ibadah Haji

Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Rancangan Tunai Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 270 hits
Arab Saudi mahu umat Islam menunggu sehingga ada penjelasan yang sebenar mengenai pandemik koronavirus sebelum merancang untuk menunaikan ibadah haji Sekitar 2 5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berbondong bondong ke tempat temp...
Arab Saudi Gesa Tangguhkan Rancangan Haji Demi Kesihatan Umat Islam

Arab Saudi Gesa Tangguhkan Rancangan Haji Demi Kesihatan Umat Islam

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 309 hits
Sementara wabak covid 19 masih lagi melanda seluruh dunia Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga keadaan kembali pulih seperi sediakala ataupun wabak ini telah dapat dikawal Kerajaan Arab ...
Wabak Yang Menangguhkan Solat Jamaah Dalam Sejarah Umat Islam

Wabak Yang Menangguhkan Solat Jamaah Dalam Sejarah Umat Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 232 hits
oleh Muhammad Khalil Abdul HadiDunia seolah olah berhenti berputar saat ini Tidak pernah sekalipun terlintas bahawa fenomena wabak covid 19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini telah menghentikan semua aktiviti manusia Hampir satu pert...
Kerajaan Melayu Islam Pn Benarkan Syarikat Arak Beroperasi Ketika Pkp

Kerajaan Melayu Islam Pn Benarkan Syarikat Arak Beroperasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 350 hits
MALAYSIA DATELINE Bercanggah dengan imej kerajaan Perikatan Nasional yang dicanang menyatukan umat Melayu Islam sebuah syarikat pengeluar minuman keras boleh pula dibenarkan beroperasi semasa tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan Satu...
Web Mobile Application Pelantar Pemasaran Digital Kontent Dari Nusantara Melayu Islam

Web Mobile Application Pelantar Pemasaran Digital Kontent Dari Nusantara Melayu Islam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 257 hits
Alhamdulillah sudah mula boleh digunakan oleh para pencipta pemilik kontent samada muzik audio dan video Saya boleh kata secara unofficial bahawa inilah pentas pemasaran digital kontent pertama di Malaysia dibuat oleh syarikat tempatan iait...
Mitos Islam Terancam Dan Rejim Bani Melayu

Mitos Islam Terancam Dan Rejim Bani Melayu

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 183 hits
Mohd NizamSaya nampak yang seronok dengan rejim Bani Melayu ni cuma para pembenci Anwar pendengki Amanah dan pewirid DAP je Adapun rakyat yang rasional dapat melihat bahawa rejim PN ini beroperasi tanpa mandat tanpa manifesto tanpa halatuju...
1 April Bukan April Fool Ia Adalah Sejarah Hitam Penyembelihan Umat Islam Di Sepanyol

1 April Bukan April Fool Ia Adalah Sejarah Hitam Penyembelihan Umat Islam Di Sepanyol

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 952 hits
1 April bukannya April Fool yang boleh dirayakan dan dipraktikkan tetapi ianya satu lakaran sejarah Penyembelihan Umat Islam yang perlu diimbas kembali Ianya berlaku di Granada Sepanyol pada 5 abad yang lepas 1 AprilSerangan Tentera Salib d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya