1 April Bukan April Fool Ia Adalah Sejarah Hitam Penyembelihan Umat Islam Di Sepanyol


1 April bukannya April Fool yang boleh dirayakan dan dipraktikkan tetapi ianya satu lakaran sejarah Penyembelihan Umat Islam yang perlu diimbas kembali.
Ianya berlaku di Granada Sepanyol pada 5 abad yang lepas.

1 April
Serangan Tentera Salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan.

Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua.

Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh Tentera Salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol yang juga dikenal sebagai orang Moor terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. 


Tentera Salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing.

Dengan lantang Tentera-tentera Salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk belayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan.

Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka. Mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan belayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan.
Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya.

Api dilihat menjulang julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol.

Kapal kapal tersebut tengelam dan dengan cepat tenggelam ke dalam lautan.

Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata.




Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil.

Tentara Salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan.

Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam.

Mayat bergelimpangan di merata rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April.

Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April.

Pada tanggal 1 April, orang-orang Kristian dibolehkan untuk Menipu dan berbohong terhadap orang lain. 

1 April Hari Menipu.

Bagi umat Kristian, 1 April merupakan hari "Kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol" oleh Tentera Salib melalui Cara Penipuan.

Bagi umat Islam,1 April merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seagama mereka disembelih dan dibunuh oleh Tentera Salib di Granada, Sepanyol.

Pembunuhan kejam ribuan saudara saudara Islam di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Dan ini juga di kenali oleh Dunia Kristian sebagai Hari April Fool...!!!

 Wallahua’lam.

Oleh itu ingatilah 1 April dengan Doa dan Taubat.

Psst : Kalau tak tahu kena mengaji supaya kita Tak Mudah Kena Tipu.

[Aku masih di Pusat Kuarantin ILKAP, rasa bosan menerjah. Dari bulan  2019 aku sudah berada di Jalan Allah, balik beberapa hari kemudian keluar lagi dan kini dah masuk 1 April 2020.Sisa masa berbaki masih lagi sekitar 20 hari, Insyallah Allah akan aturkan.  Sambut 1 April di Pusat Kuarantin ILKAP Bangi.- Ali Russia]


Kredit: Facebook Ali Russia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2020/04/1-april-bukan-april-fool-satu-lakaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wabak Yang Menangguhkan Solat Jamaah Dalam Sejarah Umat Islam

Wabak Yang Menangguhkan Solat Jamaah Dalam Sejarah Umat Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 239 hits
oleh Muhammad Khalil Abdul HadiDunia seolah olah berhenti berputar saat ini Tidak pernah sekalipun terlintas bahawa fenomena wabak covid 19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini telah menghentikan semua aktiviti manusia Hampir satu pert...
Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Negara Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah

Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Negara Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 399 hits
RIYADH Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID 19 diketahui Arab Saudi Minta Umat Islam Seluruh Negara Tangguh Persiapan Haji Dan Umrah
Solat Jumaat Umat Islam Dirayu Kekal Patuh Arahan Pkp Fatwa

Solat Jumaat Umat Islam Dirayu Kekal Patuh Arahan Pkp Fatwa

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR 3 APRIL Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merayu seluruh umat Islam kekal patuh kepada arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama mengenai larangan melaksanakan Solat Jumaat Beliau b...
Arab Saudi Gesa Tangguhkan Rancangan Haji Demi Kesihatan Umat Islam

Arab Saudi Gesa Tangguhkan Rancangan Haji Demi Kesihatan Umat Islam

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 317 hits
Sementara wabak covid 19 masih lagi melanda seluruh dunia Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga keadaan kembali pulih seperi sediakala ataupun wabak ini telah dapat dikawal Kerajaan Arab ...
Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Rancangan Tunai Ibadah Haji

Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Rancangan Tunai Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 280 hits
Arab Saudi mahu umat Islam menunggu sehingga ada penjelasan yang sebenar mengenai pandemik koronavirus sebelum merancang untuk menunaikan ibadah haji Sekitar 2 5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berbondong bondong ke tempat temp...
Jakim Ajak Umat Islam Satu Malaysia Baca Al Quran 20 Mac Dari 12pm Hingga 1pm

Jakim Ajak Umat Islam Satu Malaysia Baca Al Quran 20 Mac Dari 12pm Hingga 1pm

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 384 hits
qEKORAN penularan wabak COVID 19 yang semakin membimbangkan kini sehingga dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan adalah lebih baik jika bagi yang beragama Islam untuk mengisi waktu kuarantin ini dengan amalan ibadah Justeru Jabatan Kema...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia