Um Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam Qs World University Rankings Sustainability 2026


UM Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan sebagai universiti terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Sustainability 2026.
UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan di peringkat global, universiti itu menduduki tempat ke-166 daripada 2,001 institusi, kukuh dalam kelompok sembilan peratus teratas universiti paling mampan di dunia dan ke-16 di Asia.
“Dengan skor keseluruhan yang mengagumkan sebanyak 85.4 daripada 100, prestasi UM mencerminkan komitmen tinggi untuk menyematkan kemampanan merentasi penyelidikan, pengajaran, tadbir urus dan penglibatan komuniti,” menurut kenyataan itu.
QS World University Rankings: Sustainability menilai universiti tentang sejauh mana mereka menangani cabaran alam sekitar global dan sosial yang mendesak, berpandukan metrik selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
UM memaklumkan universiti itu juga cemerlang dalam kategori Kesan Sosial, menduduki tempat ke-10 di Asia dan ke-163 di peringkat global, didorong oleh pencapaian luar biasa dalam Pertukaran Pengetahuan (kedudukan ke-71, Skor 97.4) dan Kebolehgajian dan Peluang (kedudukan ke-99, Skor 96.5).
Dalam kategori Kesan Alam Sekitar, UM menduduki tempat ke-177 di peringkat global serta ke-35 di Asia, dan mengekalkan kedudukan terbaik di negara ini dalam Tadbir Urus, tempat ke-397 di peringkat global.
Sementara itu, Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman berkata pencapaian ini mencerminkan komitmen teguh UM terhadap kelestarian dan tanggungjawab kolektif untuk membentuk hala tuju baharu bagi kemakmuran global untuk semua, termasuk generasi masa hadapan.
“Kami akan terus memajukan agenda SDG serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui kecemerlangan penyelidikan, pendidikan inklusif dan tadbir urus yang bertanggungjawab, memastikan UM bukan sahaja cemerlang di peringkat global tetapi juga memacu impak bermakna bagi kemanusiaan dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan peningkatan berterusan UM dalam QS Sustainability Rankings mengukuhkan peranannya sebagai perintis di peringkat nasional dan serantau, memperjuangkan perubahan transformatif dan menyumbang kepada wawasan Malaysia untuk masa depan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.
BACA: Bunuh Abang: Lelaki Terlepas Tali Gantung Dipenjara 35 Tahun, 15 Sebatan Sumber: Bernama The post UM Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/19/um-kekal-universiti-terbaik-negara-dalam-qs-world-university-rankings-sustainability-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 276 hits
Ranking terkini IPTS dan IPTA UA terbaik di Malaysia 2026 Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2026 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2026 Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti...
Muncul Kelompok 10 Terbaik Wakil Pahang Harumkan Nama Negara Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025

Muncul Kelompok 10 Terbaik Wakil Pahang Harumkan Nama Negara Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2025

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 174 hits
TEMERLOH Nama Pahang sekali lagi harum di pentas antarabangsa apabila pemanah tradisional negara Mohd Zahrul Shafiq Zahar 39 berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia pada Kejohanan Korea Ulsan World Cup Traditional Archery 2...
Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya

Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 240 hits
Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Monolog Jiwa Ranking Universiti Malaysia Terbaik Dunia 2026 Apa Maknanya Entri oleh Abang Gaya JMBELOG Baru baru ini Quacquarelli Symonds menerbitkan QS World University Rankings 2026 satu sena...
Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 240 hits
CYBERJAYA 11 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyambut baik penekanan Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2026 yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi memperluas pembangunan infrastrukt...
Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 322 hits
Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik di Tahun 2026 Mencari emas menggunakan metal detector kini semakin popular di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi bekas lombong dan sungai cetek Dengan teknologi yang semakin maj...
Harimau Malaya Move Up To 116th In Fifa World Rankings

Harimau Malaya Move Up To 116th In Fifa World Rankings

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 174 hits
The off field controversy at FAM fails to dent the momentum of Peter Cklamovski s squad rising two spots from 118th Malaysia s Faisal Halim comes under heavy pressure from Laos players during the 2027 Asian Cup Qualifier at Bukit Jalil Stad...
Rexona Malaysia Joins The World Stage As Fifa World Cup 2026 Sponsor

Rexona Malaysia Joins The World Stage As Fifa World Cup 2026 Sponsor

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 194 hits
Bringing global football excitement home with the unveiling of Rexona Limited Edition FIFA World Cup 2026 Ice Cool Spray a must have for fans and a chance for Malaysians to experience FIFA World Cup 2026 live Rexona proudly announces its ro...
Merryda Wiki World Secret Camp Wiki World Advanced Architecture Lab China

Merryda Wiki World Secret Camp Wiki World Advanced Architecture Lab China

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 193 hits
Project Merryda Wiki world Secret Camp Architect Location China Dongxihu District Wuhan Year 2025 Area 680 m2 Photography Arch Exist A Forest Retreat That Listens to Birds Tucked deep in a metasequoia forest in Wuhan the Merryda Wiki World ...
Malaysia Ranks Among World S Cheapest For Internet Per Gigabyte Says Fahmi

Malaysia Ranks Among World S Cheapest For Internet Per Gigabyte Says Fahmi

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 238 hits
Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil delivers his speech at a Meet and Greet Session with the Malaysian Diaspora at Rumah Malaysia in Baku Azerbaijan November 17 2025 Bernama picBAKU Nov 17 Malaysia has some of the cheapest internet r...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York