Ulasan Realme X2 Pro Pembunuh Peranti Mercu Yang Hampir Sempurna


Pocophone F1 adalah punca bagaimana pembunuh peranti mercu boleh menjadi trend. Ini kerana harga jualannya adalah sangat murah, untuk sebuah telefon pintar yang padat dengan spesifikasi hebat. Namun, sebenarnya – OnePlus One adalah yang pertama. Cuma OnePlus kini sudah berubah dan tidak seperti diri mereka yang lalu. OnePlus menganggap diri mereka sebagai jenama premium dan harga-harga peranti yang mereka jual, kini terlampau mahal (set rasmi Malaysia).

Cukup dengan OnePlus dan Pocophone, Realme turut ingin menyertai arena pembunuh peranti mercu ini dengan melancarkan Realme X2 Pro. Harganya mencecah lebih RM2000, namun ia boleh diterima kerana zaman sudah berubah dan sukar untuk sesebuah peranti itu kekal dengan harga lama. Jangan pula anda bandingkan dengan Poco F1 yang sudah berusia dua tahun. Kita bandingkan dengan peranti-peranti mercu lain yang tiba di pasaran tempatan. Sekian lama menggunakan peranti ini, sudah tiba masa untuk artikel ulasan di tulis.
SpesifikasiGoogle Pixel 4, Oh So OrangeSkrin5.7″ FHD+ 444 ppi, 19:9, OLED Fleksibel, HDR
90Hz Smooth Display, Ambient EQ, Gorilla Glass 5PemprosesQualcomm Snapdragon 855Cip1 x 2.84 GHz Kryo 485
3 x 2.42 GHz Kryo 485
4 x 1.78 GHz Kryo 485
Pixel Visual Core
Pixel Neural Core
Titan MCip GrafikAdreno 640RAM6 GigabyteMuatan Dalaman64/128 GB, UFS 2.1Kamera Utama16MP f/2.4 + 12.2MP f/1.7 (telefoto 2x), Video 4K 30 FPS
OIS, EIS, Sensor Kelipan + Spektrum, Auto FokusKamera Depan8MP f/2.0 + NIR Pemancar Banjir + NIR Pemancar Titik + 2 Kamera NIRBateri2800 mAh, 18W, USB Power Delivery, 10W Pengecasan Nirwayar QiSIM/TelefoniDwi SIM, nano+eSIMNFCYaInfra MerahTiadaKalis AirIP68Sistem Sekuriti Imbasan Wajah 100%Harga JualanBermula Dari, ~RM3799 (set USA), ~RM3499 (set SG)Seperti kebanyakan peranti mercu tahun 2019, Realme X2 Pro turut menawarkan paparan dengan kadar segar semula yang tinggi. Pada peranti ini, ia menyokong sehingga 90Hz melalui panel Super AMOLED FHD+ dengan takuk kecil. Kecerahan skrin boleh mencecah sehingga 1000 nit, sokongan HDR10+ dan mempunyai tetapan warna DCI-P3 100%.
Kualiti paparan adalah seperti mana yang anda pernah lihat pada mana-mana peranti kelas pertengahan yang menggunakan skrin AMOLED. Warna hitam yang cukup gelap, kecerahan yang memuaskan dan memberi pengalaman menonton yang boleh dikatakan agak baik. Cuma sedikit mengecewakan yang paparan warnanya adalah kurang menarik. Jelas kelihatan yang paparannya mempunyai nilai dynamic range. Namun ia tidak cukup hebat. Ia kelihatan sedikit pudar dan secara keseluruhan kurang memuaskan.
Kadar segar semula yang tinggi 90Hz dilihat mempunyai prestasi yang dijangka. Peralihan animasi adalah lancar, setiap tatalan rasa pantas dan memuaskan. Namun, atas sebab peranti menjalankan Color OS 6.1 – micro lag akan terasa. Mungkin, Realme perlu mengemaskini sistem operasi agar pengoptimasian 90Hz akan menjadi lancar seperti peranti OnePlus 7 Pro ke atas.

Seperti kebanyakan peranti mercu tahun 2019 yang dilancarkan pada suku terakhir, Realme X2 Pro dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+. Dipadankan pula dengan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB berasaskan UFS 3.0. Ini adalah padanan memori yang sempurna! Pantas, banyak dan kalau masih tidak cukup – itu bermakna anda adalah tamak (gurau-gurau sahaja). Kembali serius. Snapdragon 855+ walaupun masih tidak dapat tewaskan cip pemproses Apple A13 Bionic, untuk peranti Android ia masih lagi berbisa.
Beralih ke tetapan kamera yang digunakan, Realme menggunakan kuada-kamera yang menggabungkan lensa 64MP (lebar) f/1.8 + 8MP (sudut ultra lebar) f/2.2 + 13MP (telefoto) f/2.5 + 2MP (lensa mod potret) f/2.4. Peranti ini turut menggunakan algoritma baharu yang lebih pintar untuk menyokong fungsi rakaman malam, super nightscape. Untuk kamera swafoto, hanya lensa 16MP digunakan dan turut menyokong rakaman malam.
Untuk bateri, X2 Pro memuatkan bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 50W – sudah tentu melalui port USB-C. Memudahkan lagi pengguna, peranti ini turut menyokong pengecasan Power Delivery sekitar 15W sama seperti peranti OnePlus.
Realme turut mengekalkan sokongan port bicu audio 3.5mm, meletakkan fungsi NFC, pembesar suara stereo Dolby Atmos, dan mendakwa mempunyai sokongan audio Hi-Res.
RekaanSeperti Pocophone F1, bahan binaannya kelihatan premium – tetapi hakikatnya ia terasa murah di tangan. Begitu juga pada Realme X2 Pro ini. Walaupun panel belakangnya adalah kaca, ia tidak terasa seperti kaca. Malah apabila dipegang terasa seperti peranti Realme yang biasa sahaja dan seakan tiada nilai sebuah peranti mercu. Perlindungan di bahagian belakang adalah dari Gorilla Glass 5, namun jujur saya katakan ia seakan tiada beza dengan panel Glasstic yang digunakan pada peranti kelas pertengahan Samsung. Warna yang Realme tawarkan adalah Lunar White dan Neptune Blue, kedua-dua ini adalah variasi warna cerun yang menarik dan nampak cantik lagi seksi.
Di bahagian belakang, terdapat bonjol kamera yang sedikit tebal yang memuatkan empat lensa. Agak pelik di bawah sisi bonjol kamera ada logo Realme diletakkan. Kebiasaannya logo jenama diletakkan di bawah belakang peranti atau bawah sisi secara menagak. Ya, ada kelainan – tetapi kelihatan tidak kemas dan kurang enak mata memandang. Pada lensa utama 64MP, ada lingkaran berwarna kuning. Ini mungkin bagi membezakan antara lensa utama dengan lensa-lensa lain.
Di bahagian bawah terdapat kekisi pembesar suara, mikrofon, port UBS-C, dan yang paling menarik adalah port bicu audio 3.5mm. Beralih ke bahagian atas, hanya terdapat mikrofon. Di sisi kanan adalah butang kuasa dengan sedikit warna jingga, tetapi tiada tekstur. Sisi kiri pula adalah butang aras suara dan di hadapan pada takuk kecil – terdapat earpiece dan lensa kamera swafoto. Bezel pada peranti ini adalah nipis, kecuali pada bahagian dagu yang sedikit tebal.
Panel belakang peranti ini mudah menangkap kotoran cap jari, lebih-lebih lagi pada warna biru. Namun, ia boleh dielakkan dengan kerangka silikon yang disertakan di dalam kotak. Secara keseluruhan, ia mempunyai rekaan yang baik, cantik, cuma kurang kemas. Ia kelihatan seperti peranti Xiaomi Mi 5 dengan kaca melengkung di belakang. Untuk tahun 2019-2020 ini, peranti ini boleh dikatakan menggunakan rekaan seakan sebuah peranti kelas pertengahan.
Skrin & Pembesar SuaraSkrin peranti ini adalah seperti mana yang dijangka. Super AMOLED, HDR10+, dan tetapan warna DCI-P3 100%. Skrinnya amat cantik, terang dan memuaskan. Menonton kandungan video seperti dari Netflix, YouTube atau Disney+ tiada masalah langsung. Ia mempunyai warna yang hidup, tajam, cukup menyerlah. Sudah tentu, warna hitam adalah cukup gelap seperti mana-mana peranti AMOLED yang lain. Namun, kegelapan warna hitam pada peranti ini tidak sehebat peranti mercu lain seperti Pixel 4, OnePlus 7T Pro atau Samsung Galaxy S10. Ini mungkin kerana konfigurasi warna skrin.
Ya, ia menyokong HDR10+, namun nilai dynamic range pada skrin peranti ini tidak begitu baik. Atau dengan kata lain, keHDRrannya tidak begitu memuaskan. Ia kelihatan sedikit pudar, mengikut jenis-jenis kandungan. Walau bagaimanapun, menonton kandungan HDR adalah disokong baik di YouTube atau Netflix. Pengalaman menonton pada skrin ini juga memuaskan. Oleh kerana sudah biasa dengan peranti dengan takuk, takuk pada peranti ini langsung tidak mengganggu.

Kecerahan skrin apabila digunakan di bawah cahaya matahari adalah cukup baik. Ia boleh dilihat dengan jelas, dan ia juga hadir dengan perlindungan mata pengguna oleh TÜV Rheinland’s. Untuk kadar segar semula 90Hz pula, ia adalah seperti mana kita dapat rasakan pada peranti seperti Pixel 4 atau OnePlus 7T. Namun, seperti yang saya katakan tadi – sistem operasi ColorOS 6.1 seakan tidak cukup baik untuk skrin seperti ini. Jadi perbandingan yang lebih dekat adalah Oppo Reno Ace Gundam, yang mempunyai spesifikasi lebih kurang sama.
Untuk pembesar suara, ia adalah jenis stereo. Pembesar suara dioptimasikan oleh Dolby Atmos dan turut diiktiraf dengan Hi-Res. Tetapi pada saya, itu hanyalah pada atas kertas sahaja. Aras suara pembesar suara peranti adalah kuat dan lantang. Namun, dentuman bass tidak cukup dalam dan apabila menonton video letupan, peperangan atau tembak-menembak tidak cukup memuaskan.
Untuk pendengaran muzik, ia baik-baik sahaja dengan Spotify. Tetapi dengan Tidal, ia kurang enak didengari – lagi-lagi apabila menstrim muzik dengan kualiti Master. Untuk kegunaan biasa sahaja, ia adalah pembesar suara yang okay!. Jika ingin bergantung sepenuhnya untuk pendengaran audio, ia tidak cukup mengasyikkan. Untuk menambah pengalaman pendengaran yang lebih mengasyikkan, saya galakkan penggunaan set fon telinga atau kepala – kerana itulah gunakan port bicu audio 3.5mm yang disertakan. Port sambungan ini sepatutnya sudah pupus, tetapi ada baiknya ia disertakan sekarang.
Prestasi, Permua & Tugasan HarianRealme X2 Pro adalah peranti mercu pertama yang tiba ke pasaran tempatan. Ia juga peranti Realme pertama yang dijana cip Snapdragon 8xx. Untuk Realme X2 Pro, ia dijana dengan Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman UFS3.0 256GB. Di atas kertas, ia kedengaran seperti hebat dan mampu bersaing dengan peranti lain. Pesaing yang dekat adalah OnePlus 7T. Adakah prestasi peranti ini hebat?
Seperti mana-mana peranti dengan cip yang sama, Realme X2 Pro mempunyai prestasi yang tinggi. Prestasi tatalan, buka/tutup aplikasi, tukar aplikasi ke permua adalah sangat pantas. Peralihan animasi juga memuaskan dan tiada sebarang lengah masa. Tugasan harian seperti membuka Chrome, membuka banyak aplikasi atau juga menggunakan dua aplikasi serentak adalah baik. Sepanjang penggunaan peranti ini, ia boleh dikatakan melengkapkan hidup sebagai seorang peminat gajet.

Bermain permua pula, tidak kira PUBG: Mobile, COD Mobile atau juga Asphalt 9 adalah mengasyikkan. Sepanjang bermain permua dengan peranti ini, ia memberikan satu pengalaman yang puas, peranti tidak memanas, amat lancar dan yang paling penting langsung tidak membeku atau lengah masa.
Walau bagaimanapun, prestasi peranti ini tidak konsisten. Kadangkala ia amat pantas, kemudian pernah juga ia rasa sedikit perlahan. Tetapi tidak teruk dan hanya micro lag sahaja. Untuk skor tanda aras, ia bukanlah yang tertinggi – tetapi bersesuaian dengan nisbah harga-ke-prestasi peranti ini. Di AnTuTu skornya mencapai 448,278 dan Geekbench 5 pula untuk satu teras adalah 666 dan 2200 untuk multi-teras.
Jangka Hayat BateriKetahanan bateri peranti ini adalah dalam kelas A. Ia mampu bertahan lebih 6 jam SOT dengan skrin kadar segar semula tinggi diaktifkan. ^ jam SOT ini juga adalah penggunana ekstrem dengan penstriman beberapa jam, permua beberapa perlawanan, penggunaan kamera lebih 30 minit, dan melayari web serta penggunaan media sosial.
Jika penggunaan yang ringan, SOT 8 jam boleh dicapai tanpa sebarang masalah. Bateri 4000mAh yang digunakan adalah jenis dwi-sel, dan ia akan menjamin ketahanan dan kesihatan bateri yang lebih lama.

Sistem pengacasan yang digunakan adalah SuperVOOC 50W. Ya, Realme masih tumpang sistem pengecasan pantas dari Oppo. Begitu juga OnePlus, jadi ini bukan satu isu yang besar. Masa pengecasan peranti ini dari 0%-100% adalah 30 minit sahaja. Animasi apabila peranti sedang dicas juga adalah amat pantas, seakan sedang memuat turun sesuatu. Muat turun peratusan bateri mungkin?
Menjadikan peranti ini hampir sempurna adalah, Realme turut menambah sokongan pengecasan pantas berasasjan USB Power Delivery. Namun kuasanya tidak dikongsi. Saya jangkakan ia adalah 15W, iaitu yang sama digunakan pada OnePlus 7T Pro. Jadi, jika pengecas SuperVOOC tertinggal – gunakan sahaja mana-mana pengecas USB-PD sudah tidak menjadi masalah dan tidak akan membahayakan kesihatan bateri peranti.
KameraYa, Realme X2 Pro juga adalah salah satu peranti yang menggunakan lensa daripada Samsung – 64MP. Ia digabungkan dengan lensa 13MP telefoto, 8MP sudut ultra lebar (5x zum optikal hibrid & 20x zum hibrid) dan 2MP lensa bokeh. Selepas menggunakan peranti ini dalam jangka masa yang agak lama, saya dapati yang kameranya agak hebat dan mampu memberikan hasil yang luar biasa. Hanya, jika mempunyai cahaya yang mencukupi.
Saya sendiri terkejut dengan hasil kamera peranti ini ketika sedang bercuti di Pulau Pinang. Saya habiskan masa di sana dengan Realme X2 Pro sebagai peranti harian untuk mengambil gambar. Sampel di bawah ini adalah beza antara empat lensa. Hasilnya amat memuaskan. Gambar pertama adalah lensa utama, kedua adalah zum tiga kali, kemudian adalah gambar zum lima kali dan akhir sekali adalah sudut ultra lebar. Tiga lensa pertama amat baik, warnanya hampir sekata dan hidup. Terang, butiran yang jitu, amat cantik dan memuaskan. Nilai dynamic range juga cukup tinggi. Gambar akhir, iaitu lensa sudut ultra lebar tidak begitu menarik. Warnanya pudar, tetapi ia kelihatan lebih semula jadi dan seakan apa yang mata manusia lihat.

Gambar seterusnya juga adalah ujian beza antara keempat-empat lensa. Jarak adalah sekitar 100 meter dan ia memaparkan hasil yang menakjubkan. Lebih-lebih lagi apabila sudah zum lima kali, warnanya kekal, butiran individu dalam gambar juga hampir jitu dan kesan hingar dilembutkan dengan baik. Hasil sudut ultra lebar, sekali lagi mempunyai warna yang pudar. Akan tetapi, kesan herotan tidak teruk dan ia mempunyai pandangan yang baik.

Sampel seterusnya adalah mengambil gambar biasa dan zum lima kali. Sekali lagi, hasilnya menakjubkan. Jelas di sini setakat ini, semua sampel adalah di luar dan mempunyai cahaya matahari yang mencukupi – jadi semua hasil gambar adalah cantik. Papan tanda boleh dibaca dengan jelas, butiran juga kekal dan tidak dinafikan ada sedikit hingar – tetapi ia memaparkan satu imej jalanan yang menarik.

Mengambil gambar dalam sudut yang sedikit unik, kamera Realme X2 Pro mampu merakam dalam hasil yang lain daripada yang lain. Ia mempunyai fokus yang bagus, auto fokus juga baik dan membuatkan nilai kreativiti seseorang itu lebih menyerlah. Setiap hasil yang saya rakamkan membuatkan saya rasa teruja.

Untuk rakaman pada waktu malam atau dalam keadaan yang gelap, ini adalah satu kelemahan yang serius pada Realme X2 Pro. Walaupun Realme mendakwa yang mereka telah menggunakan algoritma serba baharu dan mempunyai mod Super Nightscape yang baru, hasilnya mengecewakan. Hasil gambar adalah penuh dengan hingar, butiran lari, warna tidak cantik dan fokus juga sedikit lari.

Untuk kamera swafoto, ia adalah seperti mana-mana kamera Realme atau Oppo. Hasil gambar adalah sedikit lembut, dan latar belakang terlampau mudah terdedah ke cahaya. Secara tidak langsung membuatkan butiran latar belakang tidak menarik.

Secara keseluruhannya, kamera Realme X2 Pro adalah baik sekali. Kecuali pada swafoto, sudut ultra lebar dan di keadaan cahaya yang kurang. Untuk kegunaan harian, mengambil gambar alam semula jadi seperti taman-taman, bunga serangga adalah A+. Disebabkan kebanyakan hasil gambar adalah cantik, beberapa kekurangan kamera yang terdapat pada peranti ini boleh dimaafkan.
KonklusiRealme X2 Pro adalah sebuah pembunuh peranti mercu yang hampir sempurna. Kekurangannya hanyalah tiada perlindungan kalis air dan sokongan pengecasan nirwayar. Kamera pada peranti ini sudah cukup baik dan berani saya cakapkan hebat. Ya, ada sedikit kekurangan – kerana mana ada peranti di dunia ini yang 100% sempurna. Pasti akan ada kekurangan. Prestasi juga luar biasa dan memuaskan, dan yang paling membuatkan saya teruja selain kamera tadi adalah sistem pengecasan pantas yang amat pantas.
Rekaan peranti ini mungkin Realme boleh berikan lebih perhatian di masa akan datang dan skrin kadar segar semula tinggi yang baik ini sepatutnya boleh lebih baik jika sistem operasi diberikan sedikit lagi pengoptimasian.
Harga peranti ini adalah RM2399, dan untuk apa yang Realme tawarkan semuanya sudah puas hati. Perbandingan paling dekat adalah OnePlus 7T 256GB, yang dijual di Malaysia dengan tanda harga RM2,999. Itu adalah beza RM600 dan satu penjimatan yang banyak. Jika sistem operasi bukan perkara penting, Realme X2 Pro adalah pilihan bijak.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/01/ulasan-realme-x2-pro-pembunuh-peranti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Realme Malaysia Melancarkan Realme 3 Pro Dan Realme C2

Realme Malaysia Melancarkan Realme 3 Pro Dan Realme C2

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 529 hits
Realme Malaysia hari ini melancarkan 2 model baru untuk pasaran tempatan iaitu Realme 3 Pro dan juga model entry level Realme C2 pada acara bertempat di Shah Alam Realme 3 Pro seperti dijangkakan membawa spec yang sama seperti di India iait...
Ulasan Realme 3 Baca Dulu Sebelum Beli

Ulasan Realme 3 Baca Dulu Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 514 hits
Walaupun masih baru jenama Realme kini tak asing lagi dengan peminat smartphone di negara ini Buktinya pada hari pertama jualan Realme 3 hujung Mac lalu Realme berjaya menjual lebih dari 2000 unit Realme 3 dimana 500 unit pertama terjual da...
Realme 3 Pro Mula Menerima Kemaskini Realme Ui Sistem Operasi Tersendiri Realme

Realme 3 Pro Mula Menerima Kemaskini Realme Ui Sistem Operasi Tersendiri Realme

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 309 hits
Realme walaupun sudah menggelar diri mereka sebagai syarikat tersendiri dan bukan lagi di bawah Oppo peranti mereka masih lagi menjalankan sistem operasi Color OS Color OS adalah sistem operasi dari Oppo yang dibina berasaskan Android Kini ...
Poco X2 Bukan Lagi Peranti Mercu Tetapi Adalah Redmi K30 Yang Ditukar Nama Lebih Mahal

Poco X2 Bukan Lagi Peranti Mercu Tetapi Adalah Redmi K30 Yang Ditukar Nama Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 266 hits
https ift tt 38PFHgv Minggu lepas dan Terdapat beberapa spekulasi yang peranti baharu mereka Pocophone X2 adalah sebuah Redmi K30 yang hanya dijenamakan semula sahaja Baru baru ini telah tertiris satu poster jualan Poco X2 di India yang men...
Honor V30 Pro Menerima Skor Dxo Sebanyak 122 Menduduki Tangga Kedua Peranti Mudah Alih

Honor V30 Pro Menerima Skor Dxo Sebanyak 122 Menduduki Tangga Kedua Peranti Mudah Alih

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 344 hits
https ift tt 2RqbEoB DXO merupakan salah satu organisasi yang sering membuat ujian pada kamera termasuk pada peranti mudah alih Terkini mereka telah pun menerbitkan skir untuk telefon pintar Honor terbaru iaitu Honor V30 Pro Honor V30 Pro h...
Jedec Memperlihatkan Beberapa Ciri Ciri Baru Ufs 3 1 Mungkin Akan Diperkenalkan Pada Peranti Mercu Tahun Ini

Jedec Memperlihatkan Beberapa Ciri Ciri Baru Ufs 3 1 Mungkin Akan Diperkenalkan Pada Peranti Mercu Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 334 hits
https ift tt eA8V8J JEDEC badan piawaian dibelakang teknologi mikroelektronik baru baru ini telah mengeluarkan laporan piawaian tentang teknologi storan Flash terkini UFS 3 1 yang hadir dengan beberapa ciri ciri baru yang membuatkannya sebu...
Ulasan Realme 5i

Ulasan Realme 5i

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 241 hits
https ift tt eA8V8J Realme Malaysia telah pun memperkenalkan sejumlah telefon pintar dibawah siri Realme 5 sebelum ini Paling terbaru adalah Realme 5i yang menyertakan sedikit perbezaan dengan model model lain di pasaran Pada video kali ini...
Realme Perkenalkan Realme Buds Air Dan Peranti Pintar Realme 5i

Realme Perkenalkan Realme Buds Air Dan Peranti Pintar Realme 5i

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 405 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Tahukah anda bahawa baru baru ini aku ada menghadiri majlis pelancaran produk terbaru daripada realme Malaysia yang diadakan dengan penuh gilang gemil...
Ulasan Samsung Galaxy A51 Peranti Dengan Lensa Sudut Lebar Luar Jangkaan

Ulasan Samsung Galaxy A51 Peranti Dengan Lensa Sudut Lebar Luar Jangkaan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 301 hits
https ift tt 2S4uQJ2 Sejak tahun lepas lagi Samsung sudah mula memfokuskan terhadap peranti kelas pertengahan Apa yang saya rasa adalah Samsung cuba mengikut strategi pengeluar pengeluar dari China seperti Xiaomi Oppo dan Vivo dalam melanca...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah