Ulasan Samsung Galaxy A51 Peranti Dengan Lensa Sudut Lebar Luar Jangkaan


https://ift.tt/2S4uQJ2 Sejak tahun lepas lagi, Samsung sudah mula memfokuskan terhadap peranti kelas pertengahan. Apa yang saya rasa adalah, Samsung cuba mengikut strategi pengeluar-pengeluar dari China seperti Xiaomi, Oppo dan Vivo – dalam melancarkan pelbagai variasi peranti kelas pertengahan yang murah, hebat dan unik. Fokus Samsung adalah kepada siri Galaxy A yang mana menggantikan siri Galaxy J. Siri Galaxy A serba baharu ini amat berbeza dengan Galaxy A yang pernah mereka lancarkan sebelum ini, yang lebih kepada peranti kelas pertengahan premium.

Antara siri Galaxy A mereka yang menarik adalah Galaxy A30 dan Galaxy A50, yang mana ia dijual pada harga yang amat mampu milik dan menggunakan skrin Super AMOLED. Kita semua sedia tahu yang, skrin AMOLED dari Samsung adalah antara yang paling hebat. Panel ini digunakan oleh banyak peranti pesaing termasuk iPhone. Terkini, Samsung telah hadir dengan Samsung Galaxy A51, iaitu pengganti kepada Galaxy A50 dan A50s. Saya sudah pun menggunakan peranti ini sebagai peranti harian saya dan pengalaman penggunaan saya terhadap peranti ini adalah memuaskan. Sejak dari dulu lagi, jujur saya katakan – saya benci akan peranti kelas pertengahan Samsung. Tetapi, Galaxy A51 ini boleh saya terima dan maafkan.
SpesifikasiSamsung Galaxy A51Skrin6.5″ Super AMOLED Infinity-O
1080 x 2400, 405 ppi
Gorilla Glass 3Cip PemprosesanExynos 9611 (10nm)CPU4 x 2.3GHz Cortex-A73
4 x 1.7GHz Cortex-A53GPUMali-G72 MP3Memori6GBStoran128GB
microSD sehingga 512GBKamera Utama48MP (utama) + 12MP (sudut ultra lebar) + 5MP (makro) + 5MP (bokeh)
f/2.0 + f/2.2 + f/2.4 + f/2.2Kamera Swafoto32MP, f/2.2SambunganUSB-C, port bicu audio 3.5mmSistem OperasiOne UI 2.0, Android 10SekuritiPengimbas Cap Jari Bawah Skrin OptikalNFCAda, Samsung PayPerlindungan IPTiadaBateri4000mAh,
Adaptive Fast Charging, 15WHargaRM1299Samsung Galaxy A51 menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci dari panel Super AMOLED rekaan Infinity-O. Ini bermakna, ia adalah skrin berlubang dan tiada lagi takuk kecil seperti generasi sebelumnya. Resolusi adalah FHD+ 1080 x 2400 dengan 405 ppi dan juga perlindungan Gorilla Glass 3.
Skrin peranti ini tidak dinafikan adalah menakjubkan. Walaupun tiada pengiktirafan HDR, ia masih mempunyai warna yang hidup, terang dan realistik. Kecerahan skrin juga adalah amat terang dan memuaskan. Menggunakan peranti ini untuk menonton video di Netflix atau YouTube adalah baik-baik sekali. Walaupun tidak sehebat skrin AMOLED Samsung yang lain, ia mempunyai kualiti yang boleh diterima, dari segi butiran yang hampir jitu dan selesa mata memandang.
Saya yakin ramai yang tidak gemarkan skrin berlubang, dan lebih selesa dengan takuk – kerana ia berada di sebahagian dengan dahi. Manakala skrin berlubang pula bagi yang tidak biasa, ia kelihatan sedikit janggal. Ia seolah ada pixel pada skrin yang mati. Lebih-lebih lagi skrin berlubang yang jenis di tengah-tengah.

Skrin berlubang pada peranti adalah sedikit menjengkelkan, ini kerana warna lensa swafoto tidak begitu hitam. Jadi apabila peranti berada dikunci skrin atau menggunakan latar belakang yang gelap, lensa swafoto jelas kelihatan dari jarak jauh. Hanya selepas menggunakannya dalam masa dua hari, saya sudah biasa dengan skrin berlubang ini dan tidak lagi menjengkelkan.
Peranti ini dijana dengan cip Samusng yang tersendiri, Exynos 9611 dengan binaan 10nm. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Jika itu tidak mencukupi, kad microSD bersaiz sehingga 512GB boleh digunakan pada slot kad SIM kedua. Di atas kertas ia kedengaran seperti mempunyai spesifikasi yang bagus. Ya cukup bagus, tetapi tidak begitu hebat apabila menggunakan peranti ini untuk bermain permua. Saya akan jelaskan dengan lanjut sebentar lagi.

Seperti peranti Galaxy A yang lain, Samsung fokuskan kepada penggunaan gaya hidup. Jadi, sepanjang penggunaan peranti ini saya langsung tidak bermain permua. Apa yang saya gunakan adalah, aplikasi media sosial, melayari web di Google Chrome, menonton video di YouTube dan juga Netflix. Oh ya, sudah tentu juga WhatsApp sebagai medium komunikasi harian saya. Dalam satu hari, jika hanya menggunakan peranti dalam jangka masa yang pendek – ia mempunyai prestasi yang baik. Namun, apabila memberi komitmen penuh terhadap tugasan harian dan penggunaan media sosial tanpa henti termasuk dengan penggunaan kamera – peranti mula membeku dan lengah masa serius mula terasa.
Menatal pergi ke skrin utama, atau mengakses senarai aplikasi terbuka adalah amat perlahan dan menjengkelkan. Animasinya tersangkut-sangkut, dan kerap berlaku microlag. Lebih mengecewakan adalah aplikasi WhatsApp, yang hanya perlukan skrin sentiasa terbiar aktif atau perlu sentiasa membuka aplikasi ini sahaja baru notifikasi akan diterima. Jika kunci sahaja skrin atau kembali ke skrin utama dengan sengaja, WhatsApp akan membeku dan tidak berjalan di latar. Secara tidak langsung segala notifikasi mesej atau panggilan akan diterima.

Jadi anda bayangkan, dengan prestasi yang sebegini, bagaimana jika bermain permua? Ya, ada mod permua seperti Game Launcher – tetapi sampai mana sahaja ia boleh dioptimasikan dengan baik. Penggunaan media sosial sahaja peranti boleh memanas, bayangkan pula permua.
Kamera pula, Samsung telah menggunakan modul segi empat dengan memuatkan empat lensa yang disusun dalam bentuk huruf “L”. Lensa-lensa yang digunakan adalah; 48MP + 12MP + 5MP + 5MP dan kamera swafoto adalah 32MP. Peranti ini juga mempunyai sokongan NFC untuk pembayaran nirtunai Samsung Pay, menggunakan port USB-C, mengekalkan port bicu audio 3.5mm dan hanya menggunakan pembesar suara mono.
Rekaan
Sudah menjadi identiti Samsung untuk acah-acah mempunyai bahan binaan premium pada peranti kelas pertengahan mereka. Itulah yang apa mereka lakukan pada Galaxy A51 dengan bahan binaan Glasstic iaitu kaca dan plastik yang digabungkan untuk menjadi satu bahan yang baru. Namun, sepanjang penggunaan ia hanyalah plastik dan langsung tiada ciri seakan panel kaca. Pada panel belakang ini juga, Samsung menggunakan rekaan corak berirama baharu “Prime Crush”. Ia menggabungkan tiga corak berbeza pada bahagian belakang dan kemudian ditawarkan dalam beberapa pilihan warna. Unit ulasan kami ini menggunakan warna biru, tetapi di mata saya ia lebih kepada warna yang sedikit kehijauan.
Di bahagian belakang juga adalah lokasi modul kamera yang tidak mempunyai bonjol tebal. Sebaliknya apabila diletak di permukaan yang rata terasa rata. Di bahagian bawah, terdapat port bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, mikrofon dan kekisi pembesar suara. Beralih ke bahagian atas, tiada apa-apa kecuali satu lagi mikrofon. Di sisi kanan, terdapat butang kuasa yang turut berfungsi sebagai butang Bixby (boleh ditetapkan oleh pengguna) dan juga butang aras suara. Di sisi kiri pula adalah slot kad SIM yang turut mempunyai slot kad memori microSD.
Di bahagian skrin di hadapan, ia mempunyai rekaan skrin yang menyeluruh. Tiada takuk atau dahi yang tebal dan earpiece dimuatkan di bahagian rangka atas. Walau bagaimanapun, di hadapan peranti ini masih terdapat dagu yang agak tebal.
Rekaan peranti ini adalah satu rekaan yang moden dan akan selari dengan peranti-peranti mercu Samsung tahun ini, seperti Galaxy S20 yang akan dilancarkan bulan hadapan. Galaxy A51 ini walaupun mempunyai bahan binaan yang “premium”, ia masih rasa sedap apabila dipegang. Ia adalah peranti yang ringan, jadi tangan tidak lenguh apabila menggunakan peranti ini dalam jangka masa yang lama. Peranti ini walaupun mempunyai saiz skrin yang besar, ia tidak begitu tebal dan selesa sahaja di tangan.
Pembesar SuaraPembesar suara pada peranti adalah jenis mono. Jadi pengalaman pendengaran adalah kurang memuaskan. Akan tetapi, kualiti audio adalah cukup baik, walaupun aras suara berada di tahap yang paling tinggi. Mendengar muzik, adalah ok! Tetapi menonton video aksi, tidak mengasyikkan. Ini kerana, ia tidak mempunyai bass yang enak dan filem-filem aksi yang ditonton seperti bunyi letupan atau tembakan tidak enak didengari dan tidak akan memberikan pengalaman yang mengasyikkan.

Akan tetapi, peranti ini telah dioptimasikan dengan Dolby Atmos. Jadi, dengan adanya port bicu audio 3.5mm – gunakan sahaja mana-mana set fon telinga berkualiti untuk menambah lagi pengalaman pendengaran yang lebih sedap.
Skor Tanda Aras
Samsung Galaxy A51 adalah sebuah peranti pintar kelas pertengahan yang baik. Namun, ia tidak mempunyai prestasi yang sesuai dengan semua orang. Berdasarkan ujian saya, ia benar-benar hanya sesuai untuk kegunaan gaya hidup yang ringkas sahaja. Setakat penggunaan untuk media sosial, tontonan video atau mendengar muzik adalah ok! Namun jangan dipaksa untuk bermain permua, jika tidak peranti akan membeku dan akan memberikan tekanan.
Skor tanda aras adalah rendah dalam kelasnya. Di AnTuTu, skor yang diterima hanyalah 161,371. Manakala pada Geekbench 5 untuk skor satu teras, adalah 347. Skor multi-teras pula adalah 1264. Walaupun prestasinya sedikit lemah, peranti ini masih menawarkan kamera yang hebat. Teruskan baca artikel ulasan ini untuk ketahui kehebatan kamera Galaxy A51.
Jangka Hayat BateriKapasiti bateri yang digunakan dalam Galaxy A51 adalah 4000mAh sahaja. Dari apa yang Samsung tawarkan, ia sudah pun memadai. Seperti yang saya katakan, penggunaan yang saya uji adalah pada media sosial dan video sahaja. Paling banyak adalah YouTube, dan WhatsApp, kemudian baru kamera.
Penggunaan yang bersahaja, saya mendapat SOT 4 jam 47 minit dengan baki bateri 15%. Berdasarkan pengalaman, baki 15% itu boleh lagi bertahan untuk tambahan 45 minit sehingga satu jam mengikut penggunaan. Untuk diri saya, sekitar 5 jam SOT ini sudah memuaskan. Ini pula adalah dengan tetapan Adaptive Battery dan mod Optimized digunakan. Jadi cara penggunaan saya adalah pintar dan diuruskan oleh sistem dengan baik.

Sistem pengecasan yang digunakan adalah sistem yang lama, iaitu Adaptive Fast Charging. Kuasanya hanyalah 15W yang mana untuk tahun 2020 adalah amat perlahan. Pada saya, Samsung sepatutnya sekurang-kurangnya tawarkan pengecasan pantas 18W. Jadi ia boleh digunakan dengan pengecas USB-PD yang lain bagi memudahkan lagi pengguna.
KameraSamsung Galaxy A51 menggunakan sistem kuad-kamera dari lensa 48MP f/2.0 (utama) + 12MP f/2.2 (sudut ultra lebar) + 5MP f/2.4 (makro) + 5MP f/2.2 (bokeh). Untuk kamera swafoto pula adalah 32MP f/2.2. Hasil keseluruhan kamera ini adalah seperti yang dijangka untuk peranti kelas pertengahan Samsung. Namun, lensa bokeh dan lensa makro pada saya adalah satu gimik dan kelihatan seperti tiada fungsi. Hanya lensa sudut ultra lebar sahaja yang membuatkan saya terkejut kerana hasilnya amat memuaskan.
Saya akan mulakan dengan lensa sudut ultra lebar terlebih dahulu. Samsung menggunakan sudut pandangan 123 darjah dan amat lebar. Bukan itu sahaja, ia mempunyai paparan yang seakan fisheye namun seperti mempunyai masalah herotan yang telah dibaiki. Secara tidak langsung memaparkan gambar sudut ultra lebar yang cantik dan menarik. Dari segi warna, ia mempunyai nilai dynamic range yang tinggi, warna yang hidup dan butiran yang jitu.
Perlu diingatkan yang lensa sudut ultra lebar ini tidak menyokong auto-fokus. Jadi perlu berhati-hati ketika mengambil gambar.

Gambar seterusnya adalah gambar Live Focus yang sepatutnya menggunakan lensa bokeh bagi membantu hasil yang lebih baik. Namun, gambar mod potret ini kelihatan tidak kemas dan kurang memuaskan. Jika anda lihat gambar saya, di bahagian telinga dan cermin mata – ia turut dikaburkan.
Walau bagaimanapun, ada situasi yang hasilnya adalah cukup menarik. Cuma kekaburan di latar belakang adalah tidak cantik dan dilihat begitu lembut dan tidak realistik.

Seperti lensa sudut ultra lebar, lensa makro juga tidak mempunyai sokongan auto-fokus. Secara tidak langsung menyukarkan saya untuk mengambil gambar jarak dekat. Samsung mengatakan ia mimik lensa DSLR 40mm, namun saya rasakan tidak. Kebiasaannya, pada peranti pintar – jarak yang dicadangkan adalah sekitar 2cm. Namun Galaxy A51 memerlukan jarak sekitar 5cm daripada subjek. Warna juga kelihatan sedikit pudar, tetapi hasilnya adalah baik-baik sahaja.

Untuk lensa utama, ia adalah ok!. Warnanya baik sahaja, mempunyai fokus yang berfungsi dengan elok, dan hasil warna adalah sedikit hidup. Ia tiada nilai HDR yang cukup memuaskan. Lensa 48MP ini bagi saya sudah memadai prestasinya.

Paling mengecewakan gambar di waktu malam, atau dalam keadaan yang gelap. Terdapat silau kenta yang serius dan hingar yang banyak. Walaupun menggunakan mod malam yang terbina, hasilnya adalah mengecewakan. Mungkin jika Samsung membaiki algoritma agar lebih pintar, mungkin akan jadi lebih baik.

Akhir sekali adalah kamera swafoto. Gambar swafoto pada kamera Galaxy A51 ini adalah sedikit pudar. Warna adalah tidak begitu hidup dan menyerlah. Namun warnanya adalah lebih kepada realistik dan semula jadi. Menjadi hasilnya kurang cantik adalah hasil akhir adalah sedikit lembut.
Menariknya adalah, mod Live Focus pada kamera hadapan mempunyai prestasi sehebat kamera belakang.

Walaupun kamera mempunyai prestasi yang tidak begitu memuaskan, apa yang mengejutkan adalah kamera sudut ultra lebar yang dahsyat. Tidak banyak peranti pintar yang mampu menghasilkan imej pandagan sudut lebar dengan nilai HDR yang tinggi.
Untuk kegunaan biasa dan di kawasan yang banyak cahaya, kamera Galaxy A51 adalah cemerlang sahaja. Namun, jangan sesekali gunakan untuk mengambil gambar di waktu malam.
Sistem OperasiPeranti kelas pertengahan Samsung ini sudah pun menjalankan One UI 2.0 berasaskan Android 10. Secara tidak langsung menawarkan pelbagai fungsi dan ciri menarik seperti yang dilihat hadir pada peranti Galaxy Note 10 atau Galaxy S10.
Tidak banyak yang boleh saya kongsi mengenai One UI 2.0 pada peranti ini. Apa yang saya boleh kongsi adalah, ia adalah sistem operasi yang baik dan banyak perubahan berbanding Galaxy A50 yang menjalankan One UI 1.0. Ia mempunyai prestasi yang lebih baik dari generasi sebelum ini untuk peranti-peranti dalam kelas yang sama.

Rekaan antaramuka adalah lebih kemas, cantik dan mudah digunakan. One UI 2.0 adalah mesra pengguna, lebih-lebih lagi penggunaan satu tangan. Ciri kegemaran saya adalah mod tema gelap yang benar-benar menggunakan skrin Super AMOLED, jadi tema gelapnya turut mempunyai warna hitam yang cukup gelap.
Sedikit mengecewakan adalah kawalan gestur penuhnya. Ia menggunakan kawalan gestur penuh Android 10, yang sedikit mirip dengan kawalan gestur iOS pada iPhone X ke atas. Namun, ia terasa sedikit lengah masa dan kadangkala tidak berfungsi. Menatal ke skrin utama, lebih mudah terbuka Samsung Pay secara tidak sengaja.
KonklusiSamsung Galaxy A51 adalah sebuah peranti mercu yang baik. Namun, dari segi pengoptimasian Samsung perlu berusaha lagi. Jika dibandingkan dalam kelas yang sama, peranti-peranti Xiaomi sebenarnya mempunyai prestasi yang lebih baik dan kamera yang lebih bagus. Namun, usaha Samsung di sini juga tidak boleh dilupakan. Mereka benar-benar fokus kepada penawaran peranti mampu milik yang ada kuasanya.
Untuk Galaxy A51, paling menarik dan buat pengguna akan beli adalah kamera sudut ultra lebarnya yang mempunyai hasil yang cantik, menarik dan mempunyai warna yang menyerlah.
Harga jualan peranti ini adalah RM1299 dan akan dijual bermula 7 Februari ini. Warna yang ditawarkan adalah Prime Crush hitam, biru dan putih. Jika bajet kewangan anda dalam harga ini, ia mungkin adalah peranti yang berbaloi jika anda ingin kamera dengan sudut pandangan lebar.
KELEBIHANKEKURANGANKamera sudut ultra lebar yang sangat menarikSkrin Super AMOLED yang baik-baik sahajaMenjalankan Android 10Pengimbas cap jari yang pantasPrestasi permua yang tidak memuaskanBahan binaan Glasstic yang tidak menarikHarga sedikit mahal


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2020/01/ulasan-samsung-galaxy-a51-peranti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Samsung Galaxy Note 10 Lite Nota Nota Cinta Lama Yang Dikembalikan

Ulasan Samsung Galaxy Note 10 Lite Nota Nota Cinta Lama Yang Dikembalikan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 444 hits
https ift tt 36M0Jvc Samsung Galaxy Note 10 adalah peranti mercu Samsung yang paling ramai minat Ini kerana ia penuh dengan pelbagai fungsi dan ciri seperti Galaxy S Pen yang hebat Bukan itu sahaja ia juga mengekalkan beberapa spesifikasi u...
Ulasan Samsung Galaxy A30 Sukar Untuk Diabaikan

Ulasan Samsung Galaxy A30 Sukar Untuk Diabaikan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 433 hits
Dulu kalau ada yang minta pendapat Samsung apa yang best tapi harga kurang dari RM1k saya tanpa berfikir panjang terus membalas tak ada yang best kalau bajet begitu Baik beli Xiaomi Asus atau Honor Tapi tahun ini abang besar K Pop ni nampak...
Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Diumumkan Untuk Malaysia Bermula Rm1299

Samsung Galaxy A51 Dan Galaxy A71 Diumumkan Untuk Malaysia Bermula Rm1299

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 252 hits
Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan dibawah siri Galaxy A iaitu Galaxy A71 dan juga Galaxy A51 Samsung Galaxy A51 hadir dengan skrin 6 5 inci Full HD Super AMOLED dijana cip lapan...
Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip Tertiris Peranti Tri Skrin Lipat Pertama Dunia

Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip Tertiris Peranti Tri Skrin Lipat Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 386 hits
https ift tt 2RDOGdA Pelancaran Samsung Galaxy Z Flip akan berlangsung 11 Februari hadapan di San Francisco Terdapat pelbagai spekulasi mengenai peranti skrin boleh lipat kedua dari Samsung ini Hari ini dua maklumat baharu mengenainya mula ...
Ulasan Samsung Galaxy A71

Ulasan Samsung Galaxy A71

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 298 hits
https ift tt eA8V8J Samsung Galaxy A71 merupakan salah satu telefon pintar terbaru yang telah pun dilancarkan Samsung Malaysia baru baru ini Ia hadir dengan rekaan kamera yang agak menarik pada bahagian belakang dilengkapi skrin bersaiz bes...
Adakah Ini Harga Jualan Malaysia Untuk Samsung Galaxy A51 Galaxy A71 Dan Galaxy Note10 Lite

Adakah Ini Harga Jualan Malaysia Untuk Samsung Galaxy A51 Galaxy A71 Dan Galaxy Note10 Lite

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 947 hits
Samsung telah pun mengacah kehadiran beberapa peranti terbaru mereka sejak beberapa minggu lepas Kini melalui laman ia dikongsikan kemungkinan untuk harga jualan tiga telefon pintar terbaru daripada Samsung yang dijangka diumumkan seawal mi...
Ulasan Samsung Galaxy Note10 Lite

Ulasan Samsung Galaxy Note10 Lite

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 258 hits
Dalam pelbagai peranti di pasaran hari ini siri Note daripada Samsung membawa keunikkan tersendiri memandangkan ia menyertakan stylus terbina dinamakan S Pen Terbaru Samsung Malaysia telah pun mula menawarkan Galaxy Note10 Lite untuk pasara...
Rasmi Samsung Galaxy S10 Lite Berharga Rm2699 Galaxy Note10 Lite Berharga Rm2299

Rasmi Samsung Galaxy S10 Lite Berharga Rm2699 Galaxy Note10 Lite Berharga Rm2299

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 285 hits
Bersama sama pihak Samsung turut telah melancarkan dua lagi telefon pintar mercu asas iaitu Galaxy S10 Lite dan juga Galaxy Note10 Lite Galaxy S10 Lite merupakan telefon pintar variasi asas untuk Galaxy S10 hadir dengan skrin 6 7 inci Super...
Samsung Bakal Lancar Galaxy S11 Dalam Masa Terdekat

Samsung Bakal Lancar Galaxy S11 Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 422 hits
SAMSUNG dikatakan bakal melancarkan peranti pintar kelas premium mereka pada pertengahan Februari depan sekali gus menghangatkan lagi khabar angin bahawa siri Galaxy S11 akan diperkenalkan Berdasarkan garis masa pada tahun sebelumnya Samsun...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii