Realme Perkenalkan Realme Buds Air Dan Peranti Pintar Realme 5i




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian? Tahukah anda bahawa baru-baru ini aku ada menghadiri majlis pelancaran produk terbaru daripada realme Malaysia yang diadakan dengan penuh gilang gemilang? Alhamdulillah, terima kasih atas jemputan yang diberikan oleh pihak realme. Kali ini aku nak kongsikan dengan anda dengan lebih jelas mengenai produk yang dilancarkan




Majlis Pelancaran ini diserikan lagi dengan persembahan dari Kidd Santhe dan MK sebagai pembuka majlis. Memang sangat happening walaupun yang datang atau yang dijemput tidaklah ramai mana pun


Oh ya, aku juga turut bergambar dengan MK @hairiwhutt

Berbalik kepada pelancaran produk, realme memulakan tahun 2020 dengan pelancaran produk terbaru ini. Dari pandangan aku sendiri, tahun 2019 memperlihatkan begitu banyk produk yang telah dilancarkan oleh realme

realme Buds Air & realme 5i


realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang hari ini mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme. 


Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, “Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.”
💛realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant💛

Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. 
Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar. 


realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda. 
Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca

💛realme 5i - Quad Camera Battery Hero 💛

Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. Ia dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari

realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak



Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

💛HARGA💛
Versi
Warna
Tarikh Jualan


realme Buds Air

RM 299


Putih

Jualan online pertama Shopee:
21 Januari 2020 bermula 12AM
Harga Ekslusif RM199
pada 21 Januari 2020 sahaja
http://bit.ly/shopeetws




realme 5i

RM 599n

Aqua Blue

Jualan online pertama Lazada:
28 Januari 2020 bermula 12AM
http://bit.ly/lzdr5i

Jualan offline pertama:
18 Januari 2020
PERCUMA Hadiah Tahun Baru Cina 2020

Forest Green





Terima kasih diucapkan kepada pihak realme untuk realme Air Buds ini!
Kepada yang berminat untuk dapatkan produk ini bolehlah beli di laman Lazada dan juga Shopee! Seperti yang tertera pada jadual atas, jangan lupa dapatkan realme 5i dan juga realme Buds Air dengan segera ya! Pasti anda tidak akan kecewa

#realmemalaysia #daretoleap #realmebudsair #realme5i
Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/realme-perkenalkan-realme-buds-air-dan-realme-5i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buds Air Dirilis Realme Sebut Kunci Untuk Seluruh Perangkat Aiot

Buds Air Dirilis Realme Sebut Kunci Untuk Seluruh Perangkat Aiot

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 196 hits
Bersamaan dengan peluncuran Realme 5i Realme juga merilis Buds Air Buds Air ini merupakan produk True Wireless Stereo dan AIoT pertamanya
Realme Buds Air Hanya Berharga Rm299

Realme Buds Air Hanya Berharga Rm299

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 386 hits
Pada 14 hb Januari 2020 yang lepas saya dan rakan media lain berkesempatan ke majlis pelancaran produk terbaru realme iaitu produk audio realme Buds Air Selain itu realme Malaysia juga telah memperkenalkan telefon pintar realme 5i untuk mel...
Nyah Kotak Realme Buds Air

Nyah Kotak Realme Buds Air

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 395 hits
https ift tt eA8V8J Realme telah pun mula menawarkan beberapa aksesori mudah alih baru baru ini dan terbaru mereka turut telah hadir dengan fon telinga nirwayar tersendiri dinamakan Realme Buds Air Realme Buds Air bakal dilancarkan di Malay...
Realme Buds Air Dan Realme 5i Kini Di Pasaran Pada Harga Tak Masuk Akal

Realme Buds Air Dan Realme 5i Kini Di Pasaran Pada Harga Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 359 hits
Hi Korang realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang hari ini mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan laitu produk audio realme Buds Air dan telefo...
Realme Buds Air Realme 5i Kombo Buat Peminat Estetik Muzik

Realme Buds Air Realme 5i Kombo Buat Peminat Estetik Muzik

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 426 hits
Korang rimas tak kalau pakai earphone tapi berbelit lah wayarnya kan sambungan dari telefon ke telinga tu Tak yah rimas sangat dah sebab kini adanya earphone terkini yang sejajar dengan perkembangan teknologi Kalau nak ikut kan perkembangan...
Airpods Untuk Android Realme Buds Air Siap Dilengkapi Wear Detection

Airpods Untuk Android Realme Buds Air Siap Dilengkapi Wear Detection

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 260 hits
Dalam dua artikel sebelum ini kita sudah mengenali realme Buds Air yang bukan saja bud telinga yang biasa biasa Sekarang jom theskop com berikan sedikit tip cara guna realme Buds Air ini Sebenarnya tiadalah banyak sangat caranya kerana ia s...
Realme Buds Air Berharga Rm299 Di Malaysia Fon Telinga Nirwayar Daripada Realme

Realme Buds Air Berharga Rm299 Di Malaysia Fon Telinga Nirwayar Daripada Realme

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 251 hits
Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar Realme 5i secara rasminya dan bersama sama dengan ia sebuah aksesori turut dilancarkan iaitu fon telinga nirwayar dinamakan Realme Buds Air Realme Buds Air menawarkan rekaan seumpama...
Wow Harga Realme Buds Air Cuma Rm299 Sahaja

Wow Harga Realme Buds Air Cuma Rm299 Sahaja

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 550 hits
Assalamualaikum gais Jika tahun lepas realme Malaysia memperkenal seperti earphone buds power bank dan tote bags Pembuka tirai 2020 hari ini realme Malaysia membawa buah tangan baru iaitu smartphone realme 5i sebagai siri kelima realme dan ...
Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Arau Kopi Arau

Resipi U S Waffle Cut Fries With Zesty Mango Blueberry Salsa Istimewa Hari Ibu

Resepi Makaroni Bakar

Tiga Simbol Terpapar Di Dashboard Kereta

Apakah Surat Asy Syu Ara Disebut Juga Surat Pemusik

Terapkan Budaya Kemas Dan Susun Di Mana Saja Anda Berada