Ulasan Realme 3 Baca Dulu Sebelum Beli


Walaupun masih baru jenama Realme kini tak asing lagi dengan peminat smartphone di negara ini. Buktinya pada hari pertama jualan Realme 3 hujung Mac lalu, Realme berjaya menjual lebih dari 2000 unit Realme 3 dimana 500 unit pertama terjual dalam masa hanya 3 minit.
Jadi atas dasar ingin tahu, saya pun ambil sebiji model budget mid-range Realme ni untuk dijadikan peneman saya selama seminggu ni. Ye la kalau tak cuba macam mana nak ulas kan.

Dynamic Black yang saya guna ni bagi saya yang paling cun dari kesemua warna yang ditawarkan, ia berwarna hitam diatas dan biru/purple dengan glitters dibawah kelihatan seperti langit dan bintang-bintang di angkasa.

Spesifikasi Realme 3 RMX1821 Skrin IPS 6.2″ HD+ 1520 × 720
270 ppi
19:9 aspect ratio
88.3% screen to body ratio SoC Mediatek Helio P60
12nm / 8-core
4 × Cortex-A73 @ 2 Ghz /
4 × Cortex-A53 @ 2 Ghz GPU Mali G72 RAM 3GB / 4GB Storage 32GB / 64GB internal
Slot micro SD max 256GB (dedicated) Kamera Belakang 13MP f/1.8
PDAF
Flash LED tunggal
Video maks. 1080p 30fpsKamera kedua 2MP
Depth sensing Kamera Hadapan 13MP f/2.0
Face recognition
HDR
Video maks. 1080p 30fps Bateri 4,230 mAh OS Android 9 Pie
ColorOS 6 Lain-lain eSIM melalui Durian Man (Elinking) dan ORoaming
LTE band 1/3/5/7/8/20/28/38/40/41
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Compass / Gyroscope
Micro USB Aksesori didalam kotak Adaptor 10W
Case
Kabel USB ke micro USB
Pin SIM ejector Rekaan dan binaan Tidak seperti Redmi Note 7 yang menggunakan kaca sebenar, Realme memilih untuk menggunakan polycarbonate pada permukaan belakang sehingga ke bahagian sisi.

Yang menariknya dengan plastik ini adalah dekorasi warna gradient dan glitters bersinar-sinar membuatkan Realme 3 tampil unik dan nampak mahal. Lagi satu 3.5mm audio jack yang ditempatkan di bahagian bawah juga boleh saya katakan ciri premium. Sebab kebanyakannya smartphone mahal saja yang audio jack ni di bawah.

Bonggol kamera tak tinggi sangat, just nice tak macam Redmi Note 7. Kamera utama dihiasi dengan bulatan kuning yang diberi nama realme ring. Power button ditempatkan disebelah kanan manakala button volume berada di sebelah kiri. Saya sering tersilap tekan power button apabila ingin menekan volume down. Tapi kalau dah lama guna tu ok la, no big deal.

Screen to body ratio 88.3% not bad sebenarnya untuk model budget mid-range macam ni. Lebih tinggi dari Redmi Note 7, Galaxy A30 dan Honor 8X walaupun kesemuanya lebih mahal. Malah dewdrop notch kelihatan lebih menarik berbanding dot-notch dan infinity-U, seriously.
Hardware dan Performance Skrin Redmi 3 boleh dikatakan sangat memuaskan. Walaupun cuma 270 ppi, ia tidak memberikan apa-apa perbezaan jika untuk kegunaan biasa. Viewing angle serja colour reproduction cukup mantap. Cuma ada sedikit light bleed di sekeliling kawasan notch di bahagian atas. Tak terlalu ketara, cuma kelihatan pada paparan warna putih dan terang.
Loudspeaker menghala kebawah menghasilkan bunyi kuat tapi agak flat. Ia mampu membisingkan sebuah bilik kecil tapi tak boleh harapkan bunyi muzik yang sedap dari speaker ini. Tapi kalau guna untuk perbualan telefon, ia lebih dari memadai.

Untuk gaming, Mediatek Helio P60 melakukan tugasnya dengan baik. PUBG pada setting graphic HD dapat berjalan dengan cemerlang, malah kadar haba yang dihasilkan masih pada tahap sangat rendah walaupun bermain pada masa lama.
Keputusan benchmark mencadangkan Realme 3 setaraf Redmi Note 7 dan saya turut bersetuju dengannya. Cuma Snapdragon 660 lebih digemari rakyat jelata berbanding Helio P60.
Bateri Jangka hayat bateri adalah advantage pada Realme 3. Memang “susah” nak habiskan bateri sebesar 4230 mAh ni dalam masa sehari. Dah la kapasiti besar, kehadiran 4 core Cortex A53 dalam SoC Helio P60 ini membolehkan penggunaan tenaga yang rendah jika fon dalam keadaan standby ataupun ketika hanya aplikasi ringan digunakan.

Bateri besar, tanpa sebarang quick charging, Realme 3 memerlukan hampir 3 jam untuk memenuhkan baterinya dari 0% ke 100%. Sehingga 80% ia kelihatan agak “pantas” tapi mula merangkak sehingga sejam cuma untuk mengisi baki 20%.
ColorOS 6 / Android 9 Pie First time saya guna ColorOS 6, terus jatuh cinta dengannya. Berbanding ColorOS 5.2 yang saya gunakan pada Realme 2 Pro satu ketika dulu, ColorOS 6 dah macam bukan lagi ColorOS. Banyak perubahan yang dilakukan dan yang paling utama, launcher dengan app drawer yang kelihatan seperti stock Android. Jika anda lebih gemar cara lama mirip iOS, ada setting tersedia untuk kembali seperti dulu.
Design language pada ColorOS baru ini kelihatan lebih segar terutamanya pada notification shade yang lebih berwarna-warni. Stock apps seperti calculator, dialer juga tampil dengan design baru. Game Space juga diperbaharui dengan jangkaan jangka hayat bateri untuk setiap mode (balanced atau high performance).
Fungsi-fungsi lama seperti Clone App, App Lock, Smart Call, button power untuk Google Assistant semuanya masih tersedia pada ColorOS baru ini.
Kamera Realme melengkapkan bahagian belakang Realme 3 dengan 2 kamera 12MP dan kamera kedua 2MP yang mana diatas kertas ia kelihatan cukup berkemampuan. Dari saiz aperture lebar f/1.8 serta kombinasi 5 lens dan juga keupayaan AI scene recognition yang dapat memngecam lebih 16 jenis scene dan seterusnya adjust gambar untuk memberikan hasil yang terbaik mengikut scene yang dikenalpasti.
Hasil tangkapan Realme 3 dalam mode Auto Mode Chroma Boost buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Realme. Secara ringkasnya ia hampir sama dengan Vivid mode pada fon-fon lain tapi Chroma Boost lebih advance dengan menggunakan kelebihan AI untuk mengenalpasti bahagian yang perlu diterangkan atau tidak.
Lihat perbandingan diatas di sebelah kiri diambil dengan mode Auto tanpa Chroma Boost dan disebelah kanan adalah gambar dengan Chroma Boost. Warna lebih terang dan gambar kelihatan lebih menarik tapi kadangkala ia berbeza dengan keadaan sebenar disebabkan proses editing yang dilakukan secara automatik dengan kepandaian AI.
Nightscape pula mode dimana shutter akan dibuka lebih lama (>1 saat) untuk menangkap lebih banyak cahaya dalam keadaan gelap. Noise masih jelas kelihatan tapi boleh dikatakan masih dalam keadaan terkawal
Kalau dalam keadaan cerah, kamera Realme 3 memang memuaskan.
Kamera hadapan tidak kurang hebatnya. Realme 3 dilengkapkan dengan kamera 13 megapixel untuk menghasilkan gambar yang cukup detail.
Hasil kamera hadapan Realme 3 Realme juga memberi akses kepada HAL3 Camera API2 interface  untuk membolehkan kamera Google atau GCam berfungsi pada smartphone ini. Ini membuatkan Realme 3 satu-satunya smartphone ber-processor Mediatek yang mampu menjalankan GCam. Namun saya masih belum jumpa port GCam yang terbaik untuk smartphone ini. Yang paling “best” setakat ni adalah Arnova’s v7beta9 cuma masa untuk setiap snap agak panjang, hampir 1 saat dan viewfinder agak tersekat-sekat. Image optimization masih memuaskan.
Kesimpulan Apa yang tak kena dengan Realme 3? Harga dah cukup murah, design pun dah ok, software dah improved, kamera pun cun. Nak apa lagi dengan RM599 (32GB+3GB) atau RM699 (64GB+4GB) kan? Adakah micro USB ataupun “Mediatek” jadi deal-breaker? Mungkin ya untuk sesetangah orang tapi dengan harga sebegini, sukar untuk abaikan Realme 3 sebagai pilihan utama bagi budget mid-range.
The post [Ulasan] Realme 3 – Baca dulu sebelum beli appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lepakcc.com/ulasan-realme-3-baca-dulu-sebelum-beli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

Sebelum Jadi Ibu Bapa Belajar Dulu Jadi Suami Isteri Yang Baik Sebab Anak Cctv Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 632 hits
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar mama papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak anak Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siap...
Penat Sangat Jadi Ibu Nak Kuat Bersemangat Baca Zikir Ini Dengan Anak Sebelum Tidur

Penat Sangat Jadi Ibu Nak Kuat Bersemangat Baca Zikir Ini Dengan Anak Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 789 hits
Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis Untu...
Sebelum Tidur Tengok Muka Pasangan Dengar Luahan Dia Telefon Letak Tepi Dulu

Sebelum Tidur Tengok Muka Pasangan Dengar Luahan Dia Telefon Letak Tepi Dulu

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 668 hits
Seharian sibuk menguruskan tuntutan kerja pasti melelahkan Apabila pulang ke rumah biasanya kita hanya mahu berehat Bagi isteri yang tidak bekerja pada waktu malamlah mereka mahu mencuri sedikit masa untuk meregangkan segala urat bersimpul ...
Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan Scrut My

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 380 hits
Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi recond yang saya beli 2 tahun lepas Saya seb...
Ulasan Realme X2 Pro Pembunuh Peranti Mercu Yang Hampir Sempurna

Ulasan Realme X2 Pro Pembunuh Peranti Mercu Yang Hampir Sempurna

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 347 hits
Pocophone F1 adalah punca bagaimana pembunuh peranti mercu boleh menjadi trend Ini kerana harga jualannya adalah sangat murah untuk sebuah telefon pintar yang padat dengan spesifikasi hebat Namun sebenarnya OnePlus One adalah yang pertama C...
Muhammadiyah Keluarkan Fatwa Haram Untuk Vape Jangan Emosi Dulu Baca Deh Alasannya

Muhammadiyah Keluarkan Fatwa Haram Untuk Vape Jangan Emosi Dulu Baca Deh Alasannya

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 227 hits
Menurut Muhammadiyah masalah vape atau rokok elektrik di masyarakat kita sudah mendesak
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids