Ulama Umno Seru Ulama Pas Cari Titik Persamaan Bukan Perbezaan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 26, 2025 7:10 PM
Dewan Ulama PAS Pusat dinasihati supaya tidak mencari titik-titik perbezaan politik dalam mengupas isu petikan tafsir al-Quran oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika bercakap mengenai amalan berpuasa semalam

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata sebaliknya PAS wajar mengangkat titik-titik kebersamaan untuk digerakkan bagi memperkasakan lagi Islam dalam negara.

Langkah itu, katanya, wajar diambil walaupun kedua-dua pihak berada pada dua sisi yang saling bertentangan.

"Saya menasihatkan Dewan Ulama PAS Pusat agar tidak mencari titik-titik berbeza dengan perdana menteri kerana perbezaan parti dan pegangan politik untuk diangkat menjadi polemik.

"Sewajarnya kita mengangkat titik-titik kebersamaan untuk digerakkan bagi memperkasakan lagi Islam dalam negara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Khairuddin yang pernah menjadi setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahaya, yang menggesa pihak autoriti agama menegur Anwar kerana didakwa menyandarkan pandanganya kepada dalil al-Quran secara tidak tepat dan menyalahi disiplin tafsir.
Ahmad YahayaAhmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulas ucapan Anwar yang menggunakan frasa "sepertimana umat terdahulu" semasa mentafsir ayat ke-182 surah al-Baqarah.

Mohd Kahiruddin berkata, huraian Anwar terhadap maksud ayat "sebagaimana" sudah menepati apa maksud al-Quran seperti dihurai oleh para alim ulama Islam iaitu "persamaan" dari sudut konsep puasa yang diwajibkan pada umat terdahulu, tetapi berbeza pada cara dan perlakuan ibadah.

"Para ulama tafsir sepakat bahawa persamaan puasa dengan umat terdahulu ialah pada persamaan kewajiban berpuasa atau pada persamaan konsep puasa iaitu meninggalkan makan dan minum, tetapi para ulama berbeza pendapat adakah ia juga persamaan pada masa dan cara atau tidak.

"Begitu juga ulama berbeza pendapat adakah umat terdahulu itu merangkumi agama Samawi sahaja kerana Arab jahiliyah yang menyembah berhala juga berpuasa asyura," katanya.

Justeru jelas Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri itu lagi, Dewan Ulama PAS yang perlu ditegur kerana membuat tafsiran baru dan tersendiri yang menyempitkan maksud ayat tersebut.

Katanya, Ahmad menyatakan maksud "umat yang terdahulu berpuasa" dalam ayat al-Quran tersebut adalah atas dasar syariat, ketauhidan dan kepatuhan ke atas ajaran Islam.

"Hal ini kerana para ulama ketika mentafsirkan ayat di atas menyebut tentang puasa orang Kristian yang direka oleh paderi-paderi Kristian dan tentunya ia bukannya atas dasar ketauhidan.

"Begitu juga puasa asyura orang Arab jahiliyah tentunya bukan atas dasar ketauhidan.

"Justeru, yang disepakati oleh ulama ialah pada 'persamaan' dengan umat terdahulu ialah pada hukum kewajiban dan pada konsep berpuasa iaitu meninggalkan makan minum. Adapun lain pada itu menjadi khilaf," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/ulama-umno-seru-ulama-pas-cari-titik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Pemimpin Umno Dah Mengaku Kalah Dengan Pas

Kedah Pemimpin Umno Dah Mengaku Kalah Dengan Pas

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 107 hits
Kita belum mampu tumbangkan Sanusi akui pemimpin Umno KedahFaiz ZainudinPETALING JAYA Sokongan rakyat Kedah terhadap Barisan Nasional Pakatan Harapan ketika ini belum mampu untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Sanusi Nor ...
Rosli Jabar Seru Ahli Pas Pakai Baju Hijau Sempena Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat Di Kuantan Esok

Rosli Jabar Seru Ahli Pas Pakai Baju Hijau Sempena Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat Di Kuantan Esok

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 115 hits
KUANTAN Semua ahli Pas diseru memakai baju hijau sempena perhimpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat yang dijadualkan diadakan Khamis ini Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Rosli Abdul Jabar berkata simbolik pemakaian hijau itu sekali gus menola...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 96 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Dewan Ulama Pas Perlu Ditegur Bukannya Perdana Menteri

Dewan Ulama Pas Perlu Ditegur Bukannya Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 106 hits
1 Saya membaca teguran Dewan Ulamak PAS Pusat terhadap ucapan YAB Perdana Menteri tentang maksud ayat al Quran dalam Surah al Baqarah ayat 183 bermaksud diwajibkan ke atas kamu berpuasa SEBAGAIMANA diwajibkan ke atas orang orang sebelum kam...
Does Pas Want To Be Like North Korea Where Every Decision Has To Be Accepted Unanimously

Does Pas Want To Be Like North Korea Where Every Decision Has To Be Accepted Unanimously

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 180 hits
DAP lawmaker Lim Lip Eng has hit out at PAS deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man over the latter s absurd statement by accusing the Urban Regeneration Act of being an agenda to remove certain races and pave the way for local au...
Penyokong Pas Bangga Dipanggil Walaun

Penyokong Pas Bangga Dipanggil Walaun

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 96 hits
HarapandailyBeberapa pemuda yang merupakan penyokong Pas mengatakan bahawa mereka bangga apabila digelar walaun Dalam satu perkongsian video di TikTok Pemuda Pas kawasan Batu seorang pengikut bertanya kepada beberapa penyokong Pas mengenai ...
Ahmad Samsuri Dismisses Candidacy For Pas Top Positions

Ahmad Samsuri Dismisses Candidacy For Pas Top Positions

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 119 hits
KUALA TERENGGANU The responsibilities of PAS s top leadership posts are so demanding that not everyone can be considered for candidacy says party vice president Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri MokhtarHe said his current role is already challeng...
Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

Pas Perlu Henti Bodohkan Rakyat Dengan Teori Konspirasi Dangkal Mp Dap

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 20 2025 10 04 AMAhli Parlimen Kepong Lim Lip Eng membidas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung dakwaan bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar ialah satu rancangan halus untuk mengusir komuniti...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambal Ikan Bilis Lembut

Gabungan Melayu Zahid Presiden Dr Sam Timbalan Presiden

Heed Cj S Views Nazri S Criticism Illogical

Jakim Lodges Report On Offensive Fb Comment Posted During Pak Lah S Funeral

Hygr Apologises Over Personal Care Ad On Lrt Coaches

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like