Dewan Ulama Pas Perlu Ditegur Bukannya Perdana Menteri




1. Saya membaca teguran Dewan Ulamak PAS Pusat terhadap ucapan YAB Perdana Menteri tentang maksud ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: "diwajibkan ke atas kamu berpuasa SEBAGAIMANA diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu". 


2. Huraian oleh YAB PM terhadap maksud ayat "sebagaimana" sudah menepati apa maksud al-Quran sebagaimana dihurai oleh para Alim Ulama Islam iaitu "persamaan" dari sudut konsep puasa yang diwajibkan pada umat terdahulu tetapi berbeza pada cara dan perlakuan ibadah. 


Kata Tantawi dalam Tafsir al-Wasit: 
عبادة الصوم كانت مكتوبة ومفروضة على الأمم السابقة ، ولكن بكيفية لا يعلمها إلا الله 
"Ibadah puasa adalah dikenakan dan diwajibkan atas umat-umat terdahulu tetapi dengan cara yang tidak diketahui melainkan oleh Allah".


3. Para ulamak tafsir sepakat bahawa persamaan puasa dengan umat terdahulu ialah pada persamaan kewajipan berpuasa atau pada persamaan konsep puasa iaitu meninggalkan makan dan minum tetapi para ulamak berbeza pendapat adakah ia juga persamaan pada masa dan cara atau tidak? 


Begitu juga ulama berbeza pendapat adakah umat terdahulu itu merangkumi agama "samawi" sahaja kerana Arab Jahiliyyah yang menyembah berhala juga berpuasa Asyura sebagaimana Hadis Sahih daripada Aisyah (r.ah) katanya: 


كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهلية
"Dulunya hari Asyura merupakan hari yang orang-orang Qurasiy berpuasa di zaman Jahiliyyah"
(Hadis riwayat Bukhari no 4504 dan Muslim no 1125)


4. Sebaliknya DUPP perlu ditegur kerana membuat tafsiran baru tersendiri yang menyempitkan maksud apabila menyatakan: "maksud "umat yang terdahulu berpuasa" dalam ayat Al-Quran tersebut adalah atas dasar syariat, ketauhidan dan kepatuhan ke atas ajaran Islam." 


Hal ini kerana para ulama ketika mentafsirkan ayat di atas telah menyebut tentang puasa orang kristian yang direka oleh paderi-paderi kristian dan tentunya ia bukannya atas dasar ketauhidan. Begitu juga puasa Asyura orang Arab Jahiliyyah tentunya bukan atas dasar ketauhidan. Justeru, yang disepakati oleh ulama ialah pada "persamaan" dengan umat terdahulu ialah pada hukum kewajipan dan pada konsep berpuasa iaitu meninggalkan makan minum. Adapun lain pada itu menjadi khilaf ulama.


5. Saya menasihatkan Dewan Ulamak PAS Pusat agar tidak mencari titik-titik berbeza dengan YAB PM kerana perbezaan parti dan pegangan politik untuk diangkat menjadi polemik. Sewajarnya kita mengangkat titik-titik kebersamaan untuk digerakkan bagi memperkasakan lagi Islam dalam negara.


Sekian
Datuk Wira Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Penasihat Agama kepada YAB Timbalan Perdana Menteri
Rabu 26 Februari 2025 / 27 Sya'ban 1446






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/dewan-ulama-pas-perlu-ditegur-bukannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syahir Sedar Presiden Pas Tak Dapat Sokongan Pn Jadi Perdana Menteri

Syahir Sedar Presiden Pas Tak Dapat Sokongan Pn Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 136 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 26 2025Kenyataan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman yang tidak menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri adalah isyarat bahawa Presiden Pas itu tidak mendapat sokongan Perikatan Nasional untu...
Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 205 hits
Malaysiakini nbsp Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob 65 dikejarkan ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri awal pagi tadi Saluran berita 8TV memetik setiausaha akhbar Ismail yang tidak dinamakan yang berkongsi perkara itu De...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 122 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

Sprm Tahan Empat Pegawai Terkait Bekas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 241 hits
SPRM mengesahkan penahanan empat pegawai seorang bekas perdana menteri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 KUALA LUMPUR 23 Feb Empat individu dipercayai pegawai bekas Perdana Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasu...
Mentang Mentang Menteri Dap Yang Umum Laju Pas Bangkit Hal Kaum

Mentang Mentang Menteri Dap Yang Umum Laju Pas Bangkit Hal Kaum

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 181 hits
HarapandailyFebruary 23 2025OLEH AHMAD ZAMRI ASA AD KHUZAIMIAMANAH Wilayah Persekutuan mengecam keras sikap hipokrasi dan kemunafikan Pas dan pihak pembangkang dalam isu penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar yang menuduh kononnya Akta ...
Pemuda Pas Bantah Lantik Menteri Agama Bukan Islam

Pemuda Pas Bantah Lantik Menteri Agama Bukan Islam

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 134 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 13 2025 11 32 AMPemuda PAS Malaysia secara lantang menolak cadangan supaya seorang menteri bagi Hal Ehwal Agama Bukan Islam dilantik Timbalan Ketua Pemuda PAS Mohd Hafez Sabri berkata cadangan itu dilihat seb...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Moving House Where My Bank Account Goes To Die

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Otak Penuh Dengan Idea

Random Photo Stories

A Love Letter To My Blog Goodbye For Now

Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools