Ulama Kelantan Mahu Anwar Kekal Pm Tapi Anak Pula Perbetul Maksud Ucapan







HarapandailyJuly 21, 2025Ketua Dewan Ulama Pas Kota Bharu, Adnan Wazir dilihat cuba memutarbelit ucapan ayahnya sendiri yang berharap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan.
Adnan berkata, dia telah menghubungi ayahnya, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah untuk bertanyakan tentang ucapan berdurasi 8 minit 13 saat dalam Program Malaysia Bermunajat 2025 di Masjid Putra, Putrajaya, kelmarin.
Menurutnya, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan itu menyebut beberapa perkara, termasuklah, “ucapan spontan kerana tiba-tiba ayahnya dijemput oleh PMX untuk bercakap sedangkan PMX sudah selesai bercakap”.


“Ucapan itu ucapan biasa dan tidak menyebelahi PMX sama ada menyokong atau mengundi PMX.
“Jika mendengar dan meneliti ucapan penuh ayahanda (Wazir), sebenarnya dia memberi sindirin dan teguran sinis kepada PMX dengan bahasa lembut dan bijaksana kerana beliau berada dalam majlis rasmi Kerajaan Malaysia dan hadirin yang hadir daripada orang-orang agama dan pondok-pondok seluruh Malaysia,” dalihnya.
Dia yang baharu dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Kota Bharu sehingga 2027 itu memberitahu ayahnya menyebut secara asas sesebuah kerajaan mesti kekal selama 10 tahun untuk kestabilan politik sehingga pilihan raya umum seperti saranan Presiden Pas kepada Datuk Seri Najib Razak dahulu.


“Ayahanda juga sebut ‘Jika baik kekal baik’ bermaksud jika kerajaan baik kekalkan kerajaan tersebut.


“Jika beronar dan bermasalah tukarlah kerajaan. Sebab itu ketika Mufti Wilayah bertanya pendapat ayahanda tentang Himpunan Turun Anwar, dia ketawa,” sembangnya.
Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki HafizahullahTerdahulu, Syeikh Wazir semasa ceramah di hadapan Perdana Menteri pada 19 Julai lalu berkata, Anwar perlu kekal menerajui Kerajaan Persekutuan demi menjamin kesinambungan pembangunan Islam dan kestabilan ekonomi negara.


Syeikh Wazir berkata, perubahan kerajaan yang terlalu kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja menggugat kestabilan ekonomi, malah turut memberi kesan kepada institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok.




“Kita di Malaysia ini, lima tahun satu kerajaan.




“Kadang-kadang dua tahun atau setahun pun bertukar kerajaan. Dasar yang sering berubah menyebabkan pondok pun jadi lemah dan malap. Ekonomi pun merosot. Ini bukan cara Islam,” tegasnya.
Tokoh ulama Kelantan itu juga menyifatkan kehadiran ribuan Jemaah dalam program Malaysia Bermunajat 2025 itu sebagai tanda sokongan jelas kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar sejak akhir 2022.


“Insya-Allah, dengan doa dan munajat rakyat, semua rintangan serta cabaran yang dihadapi negara akan dapat diatasi.


“Kerajaan pimpinan Datuk Seri (Anwar) akan dapat dipertahankan,” katanya.


Beliau turut mengimbas hubungan lama beliau dengan Anwar, termasuk jasa dan bantuan kewangan yang disalurkan ketika menuntut dan menetap di Pakistan selama 13 tahun, khususnya bagi menyokong pelajar-pelajar ASEAN di sana.


Mengulas lanjut, Adnan memetik pendirian bapanya yang merupakan orang Pas walaupun menghadiri program anjuran Kerajaan Persekutuan.


“Kehadiran ayahanda ke sana atas dasar memperkukuhkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ayahanda sebut ketika muzakarah bersama Mufti Wilayah dan tuan-tuan guru pondok seluruh Malaysia, ‘Ambo ni Pas walaupun mari sini’. Semua hadirin ketawa,” tulis Adnan lagi.













 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/ulama-kelantan-mahu-anwar-kekal-pm-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhimpunan Aman Ok Kerajaan Pm Anwar Tak Larang Tapi Selagi 154 Kerusi Kekal Anwar Swlamat Swjahtera Saja

Perhimpunan Aman Ok Kerajaan Pm Anwar Tak Larang Tapi Selagi 154 Kerusi Kekal Anwar Swlamat Swjahtera Saja

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 178 hits
JANGAN PANDANG RINGAN HIMPUNAN RAKYAT16 July 2025Selepas perhimpunan Majlis Peguam Isnin lalu himpunan yang kini banyak diperkatakan ramai ialah Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka 26 Julai depan Blok pembangkang nampaknya mula mengatur...
Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar

Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 215 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Alam Shah sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke 50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Anta...
Birthday Anak Tak Wish Ke Bro Peminat Tunggu Ucapan Hari Jadi Aliff Aziz Kepada Ayden Dan Ara

Birthday Anak Tak Wish Ke Bro Peminat Tunggu Ucapan Hari Jadi Aliff Aziz Kepada Ayden Dan Ara

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 399 hits
Tular sejak beberapa hari ini mengenai sambutan hari lahir anak anak Bella Astillah dan Aliff Aziz iaitu Ara Adreanna dan juga Ayden Adrean Meninjau ruangan media sosial ibu kepada adik beradik comel itu sambutan yang diadakan Bella Astilla...
Untuk Kanak Kanak Akui Tak Minat Kpop Demon Hunters Tapi Taeyeon Snsd Dikritik Pula

Untuk Kanak Kanak Akui Tak Minat Kpop Demon Hunters Tapi Taeyeon Snsd Dikritik Pula

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 280 hits
Siri animasi Netflix iaitu KPop Demon Hunters semakin popular di seluruh dunia tetapi filem ini langsung tidak memberi kesan kepada Taeyeon dari Girls Generation Artikel Berkaitan Walaupun idola K pop berhak menyuarakan pendapat masing masi...
Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 474 hits
Saya memang jenis tak reti duduk diam Kalau boleh semua nak buat sendiri sebab saya tahu itu tanggungjawab saya Tak ramai lelaki yang mampu tampil jujur dan terbuka berkongsi peranan mereka sebagai suami dan bapa di rumah Namun pelakon ters...
Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak Qadejah Paw Jam Tangan Mewah Aliff Syukri Enggan Dedah Harga

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 394 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya Qadejah El Zahra berjaya memujuk untuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan ...
Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

Nampak Kuat Sekarang Tapi Shasha Abdul Aziz Pilih Pantang Cara Lama Lepas Bersalin Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 538 hits
Tempoh berpantang lepas bersalin bukan sekadar untuk berehat Sebenarnya waktu berpantang adalah masa paling penting untuk ibu pulihkan tubuh secara mental dan fizikal untuk kembali sihat dan bertenaga seperti biasa Dalam budaya Melayu cara ...
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Masak Lala

Murtabak Kulit Popia

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru