Perhimpunan Aman Ok Kerajaan Pm Anwar Tak Larang Tapi Selagi 154 Kerusi Kekal Anwar Swlamat Swjahtera Saja


 


JANGAN PANDANG RINGAN HIMPUNAN RAKYAT


16 July 2025


Selepas perhimpunan Majlis Peguam Isnin lalu, himpunan yang kini banyak diperkatakan ramai ialah Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka, 26 Julai depan.


Blok pembangkang nampaknya mula mengatur mobilasasi dengan mengadakan siri ceramah di beberapa tempat terlebih dahulu.


Ghairahnya blok pembangkang dengan perhimpunan tersebut, selain disebabkan banyak isu panas dalam negara, ia juga  kerana sekarang ini mengadakan perhimpunan aman adalah bebas daripada apa-apa sekatan berikutan Mahkamah Persekutuan pada 1 Julai lalu telah memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang sebelum ini mewajibkan pemberitahuan lima hari kepada pihak polis sebelum himpunan, adalah tidak berperlembagaan.


Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan menjangkakan, sekurang-kurangnya 50 ribu akan membanjiri Dataran Merdeka pada 26 Julai nanti.


Beliau turut berharap pihak polis membantu mempermudahkan himpunan tersebut sebagai memenuhi hak rakyat sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Dalam masa yang sama, Bersatu juga dilaporkan mula mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut meramaikan perhimpunan tersebut.


Diberitakan, sejumlah NGO pro pembangkang akan turut sama menggerakkan ahli-ahli mereka.


Di pihak kerajaan pula, rata-ratanya memandang enteng perhimpunan 26 Julai ini dengan hujah bahawa Perdana Menteri tidak dapat dijatuhkan dengan cara demikian.


Kata mereka, Perdana Menteri hanya boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen atau ketika PRU yang diadakan setiap lima tahun sekali.


Hujah di atas memang ada benarnya dan blok pembangkang sendiri tentunya sedar mengenai perkara tersebut.


Tetapi, jangan lupa, tekanan di luar Parlimen juga boleh membuatkan Perdana Menteri mengundurkan diri.


Contohnya, Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 2020 adalah disebabkan tekanan di luar Parlimen berikutan tercetusnya Langkah Sheraton.


Akhirnya kerajaan PH 1.0 tumbang hanya selepas 22 bulan setelah berjaya menumbangkan BN.


Begitu juga dengan jatuhnya Muhyiddin Yassin pada 2021, ia adalah disebabkan tekanan di luar Parlimen yang digerakkan oleh UMNO yang diketuai Najib Razak dan Zahid Hamidi.


Ertinya, Perdana Menteri tidak semestinya dijatuhkan melalui undi tidak percaya di Parlimen atau ketika PRU semata-mata.


Jika kita imbas sebelum itu, Anwar sendiri pernah menggerakkan beberapa cubaan menjatuhkan Perdana Menteri seperti Projek 16 September 2008 dan usaha mengumpul akuan bersumpah ketika era Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.


Sebab itu, pihak kerajaan tidak boleh memandang enteng dengan himpunan pada 26 Julai ini daripada segi kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku susulan daripadanya.


Dalam dunia AI sekarang, hampir tidak ada perkara yang mustahil  lagi.


Begitu pun, himpunan 26 Julai nanti, matlamat sebenar blok pembangkang ialah ia  merupakan satu bentuk rangsangan bagi menambah ghairah semangat rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU16 akan datang.


Lihat saja bagaimana sebelum BN dijatuhkan pada 2018 dahulu, kejayaan PH ketika itu antaranya adalah disumbangkan oleh himpunan demi himpunan yang dianjurkan Bersih beberapa tahun sebelumnya.


Setiap kali himpunan Bersih diadakan, laungannya ialah jatuhkan Najib dan tukar kerajaan.


Kali ini, jika selepas himpunan 26 Julai nanti, blok pembangkang terus mengadakan himpunan demi himpunan sehingga PRU16 diadakan, maka tidak mustahil sebahagian besar rakyat yang keluar mengundi nanti telah disemarakkan jiwa mereka dengan keghairahan untuk menukar kerajaan juga.


Pokoknya, jangan pandang ringan dan ambil mudah kerana bila rakyat mula seronok berhimpun, kerajaan semakin sukar untuk dipertahankan. – ShahbudinHusin 16July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/jangan-pandang-ringan-himpunan-rakyat/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/perhimpunan-aman-okkerajaan-pm-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selagi Ada Kebodohan Di Pihak Pembangkang Dengan Fignah Selagi Itulah Pm Anwar Dan Kerajaan Perpaduan Akan Kekal

Selagi Ada Kebodohan Di Pihak Pembangkang Dengan Fignah Selagi Itulah Pm Anwar Dan Kerajaan Perpaduan Akan Kekal

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 146 hits
Hamdan TahaUntuk jatuh kan kerajaan madani dan pmx mengunakan kaedah jalan raya tidak akan berjaya kerana Najib pun gagal di jatuhkan melalui jalan raya dr m pun tidak berjaya di jatuhkan melalui himpunan jalan rayaTetapi perhimpunan jalan ...
Ulama Kelantan Mahu Anwar Kekal Pm Tapi Anak Pula Perbetul Maksud Ucapan

Ulama Kelantan Mahu Anwar Kekal Pm Tapi Anak Pula Perbetul Maksud Ucapan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 81 hits
HarapandailyJuly 21 2025Ketua Dewan Ulama Pas Kota Bharu Adnan Wazir dilihat cuba memutarbelit ucapan ayahnya sendiri yang berharap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Adnan berkata dia telah menghubungi ayahnya ...
Malaysia Kekal Komited Selesai Isu Laut China Selatan Secara Aman Pm Anwar

Malaysia Kekal Komited Selesai Isu Laut China Selatan Secara Aman Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 119 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24 Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 9 Jul Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan baha...
Pm Anwar Kekal Terbuka Tak Akan Ambil Tindakan Suara Berbeza Dalam Parti Fahmi

Pm Anwar Kekal Terbuka Tak Akan Ambil Tindakan Suara Berbeza Dalam Parti Fahmi

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 127 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal terbuka dan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen parti itu yang menyuarakan pandangan berbeza dengan beliau PM Anwar kekal terbuka berpandangan semua MP ...
Jangan Terpengaruh Kerajaan Tak Pinggir Terengganu Lebih Rm1 8 Bilion Bantuan Pembangunan Disalurkan Pm Anwar

Jangan Terpengaruh Kerajaan Tak Pinggir Terengganu Lebih Rm1 8 Bilion Bantuan Pembangunan Disalurkan Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan negeri Terengganu dan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya tiada pembangunan dilaksanakan di negeri itu Belia...
Gesa Pecat Tapi Sendiri Tak Boleh Bertang Pun Kerusi Milik Parti Lain Alahaiiii Kiok Juga

Gesa Pecat Tapi Sendiri Tak Boleh Bertang Pun Kerusi Milik Parti Lain Alahaiiii Kiok Juga

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 124 hits
Tiba tiba 19 Ketua Cabang Johor tanpa jawatan Ahli Parlimen ADUN buat gesaan gantung sementara Rafizi Rafizi Ramli Rafizi Ramli 8 MP Zahir Hassan Rodziah Ismail Rodziah Ismail Wong Chen Nik Nazmi Nik Nazmi Nik Ahmad Muhammad Bakhtiar MP Sun...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Budak Kilat

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jumaat Pertama Di Kota Mekah Almukarramah

Menikmati Yakiniku Di Yakiniku Iwasaki Ueno

Kisah Jodoh Vs Makan

Bagaimana Syarikat Design Printing Membantu Branding Produk Anda

User Generated Content For Marketing

Roti Pandan