Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia Pm Anwar


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Alam Shah, sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Julai 2025. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 26 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak melangkaui kuasa Peguam Negara.
Malah Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut perlu dijadikan pengajaran seperti kes isu Laut Sulawesi.
Tambah beliau, ia adalah keputusan Kabinet biarpun suruhanjaya siasatan itu mengusulkan supaya laporan polis dibuat terhadap Dr. Mahathir serta tindakan susulan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Alam Shah, sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Julai 2025. Foto SBP“Jadi saya tidak melangkau keputusan Peguam Negara. Keputusan Kabinet, saya sudah melihat misalnya walaupun kesalahan pengkhianatan itu besar tapi melihat kepada suasana dan keadaan Tun, kita mengusulkan tak perlu ambil tindakan.
“Jadi keputusan mendakwa itu tak sampai kerana siasatan tidak dilakukan.
“Siasatan polis menerusi RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara mengusulkan dengan jelas menetapkan kesalahan besar. Tetapi oleh kerana keadaan Tun kita jadikan pengajaran seperti isu Laut Sulawesi dan kita belajar dari pengalaman itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahasa Piala Perdana Menteri Ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.


Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ingin membawa usul untuk merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berhubung isu Pulau Batu Puteh, kelmarin.
Beliau berkata, Anwar secara jelas menyatakan Dr. Mahathir bersalah besar sedangkan beliau belum pun dituduh, dibicarakan dan dihukum oleh mana-mana mahkamah atas dakwaan terbabit.
“Kenyataan YAB (Yang Amat Berhormat) Tambun itu juga menunjukkan seolah beliau berkuasa dalam menentukan seseorang itu boleh didakwa di mahkamah atau pun tidak, sedangkan kuasa terbabit secara eksklusif ada pada Peguam Negara seperti mana termaktub dalam Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/kesalahan-tun-besar-tapi-tiada-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Dr Mahathir Bersalah Tapi Kita Tak Teruskan Tindakan Kerana Usianya Sudah 100 Tahun

Anwar Ibrahim Dr Mahathir Bersalah Tapi Kita Tak Teruskan Tindakan Kerana Usianya Sudah 100 Tahun

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 298 hits
Zanariah Abd Mutalibzanariah mutalib bh com myKuala Lumpur Kabinet memutuskan tidak mengambil tindakan undang undang terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh atas faktor usianya yang sudah lanjut...
Mb Kedah Ketawa Besar Di Sebelah Pm Anwar

Mb Kedah Ketawa Besar Di Sebelah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 139 hits
HarapandailyJuly 25 2025Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat ketawa besar semasa sesi bergambar pada Majlis Perasmian Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Darulaman hari ini Aksi Ketua Pengarah Pilihan...
Pm Anwar Kekal Terbuka Tak Akan Ambil Tindakan Suara Berbeza Dalam Parti Fahmi

Pm Anwar Kekal Terbuka Tak Akan Ambil Tindakan Suara Berbeza Dalam Parti Fahmi

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 186 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal terbuka dan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen parti itu yang menyuarakan pandangan berbeza dengan beliau PM Anwar kekal terbuka berpandangan semua MP ...
Turun Turun Turun Anwar Jerit Mereka Tapi Siapa Yang Sebenarnya Turun

Turun Turun Turun Anwar Jerit Mereka Tapi Siapa Yang Sebenarnya Turun

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 186 hits
De de Turun Turun Turun Anwar jerit mereka Tapi siapa yang sebenarnya turun Setiap tahun para ulamak besar dari serata dunia turun ke Malaysia bukan untuk bersandiwara politik tapi untuk menyemarakkan majlis ilmu cinta Rasul Majlis Turath S...
Tun M 100 Tahun Rahsia Makan Dan Hidup Kekal Fit Usia Seabad

Tun M 100 Tahun Rahsia Makan Dan Hidup Kekal Fit Usia Seabad

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 363 hits
Bayangkan pada usia mencecah 100 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad masih duduk tegak senyum yakin dan berbicara dengan nada jelas Ramai tertanya tanya apakah rahsia sebenar beliau Sebagai jenama yang memperjuangkan warisan makanan dan gaya hidu...
Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada Pmx

Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada Pmx

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 236 hits
ISWARDY Morni Minyak Turun Tapi Jiwa Terbakar Peniaga T Shirt Rugi Besar Marah Pada PMXKUALA LUMPUR 23 Julai Seorang peniaga t shirt dari Kelantan meluahkan rasa kecewa dan marah selepas terpaksa melupuskan hampir 1 000 helai baju bertulis ...
Ulama Kelantan Mahu Anwar Kekal Pm Tapi Anak Pula Perbetul Maksud Ucapan

Ulama Kelantan Mahu Anwar Kekal Pm Tapi Anak Pula Perbetul Maksud Ucapan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 216 hits
HarapandailyJuly 21 2025Ketua Dewan Ulama Pas Kota Bharu Adnan Wazir dilihat cuba memutarbelit ucapan ayahnya sendiri yang berharap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Adnan berkata dia telah menghubungi ayahnya ...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report

The Ai Pop Alchemy How Artificial Intelligence Is Remixing Pop Music In 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kebaikan Dan Keburukan Tiktok

Yummy Beef And Fried Rice Recipe

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Semuanya Bermula Dari Diri Sendiri

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Lirik Lagu Cinta Abadi The Truth