Udang Terung Kentang Goreng Berlado




Samada kita sedar atau tidak, masa sangat pantas berlalu. Tengok sahaja sekeliling kita. Jika hari tu, rasa Aliya masih baby, sekarang dah besar dah boleh bersembang sembang dengan kita. Boleh siap menegur kita bila lupa melakukan sesuatu. Hari tu masa dalam bas ke Central London, Aliya memanggil saya, Tok Mama, hold tight. Siap lagi tunjuk cara pegang di tiang di dalam bas. 
Belum lagi dikenang kembali ketika usia 20an, terasa sangat risau bila nak masuk usia 30. Begitu seterusnya, nak masuk 40an, 50an. Akhirnya kena terima hakikat bahawa penuaan adalah proses semulajadi, usia tidak boleh ditahan, masa akan terus berjalan. Dulu ketika kita muda remaja, kita melihat ibubapa kita yang tua. Sekarang kita berada di tempat mereka, bila melihat anak cucu yang berada di usia 20an. 
Cuma saya mahukan penuaan yang gracefully. Bergaya sesuai usia. Menjaga kulit wajah untuk mengekalkan kelembapan kulit dsb. Bila makin berusia, kulit akan hilang keanjalan dan juga tona wajah akan menjadi tidak sekata. Kos produk skincare untuk menjaga kulit berusia juga mahal. Kita perlukan serum dan moisturiser yang kuat dari biasa. 
Saya yang dari remaja tidak pernah menpunyai kulit wajah yang mulus seperti mana rakan sebaya, jadi saya memang dah menerima keadaan ini tanpa mahu beria ia memulihkannya. Dah biasa dengan masalah muka berjerawat yang akhirnya hilang sendiri tat kala usia meningkat. 
Bila bekerja pula, saya juga tidak mampu untuk mendapatkan rawatan muka sepertimana orang lain. Komitment tinggi dengan anak anak yang ramai, menjadikan saya tidak berpeluang untuk mendapatkan itu semua sehingga sekarang.  Pendek kata, saya bersyukur dengan dikurniakan dengan apa yang ada pada diri saya sekarang tanpa perlu membuat apa apa perubahan. OK setakat ini dahulu, coretan merapu dari saya. Hahaha. 

Saya makan lauk ini semasa ke Cardiff Januari baru baru ini di mana sahabat saya, Umi Anne telah menjemput kami ke rumahnya untuk makan malam. Antara lauk yang dihidangkan ialah lauk udang terung kentang berlado. Bila berada di perantauan, jumpa masakan Melayu memang lah sedap. 
Lagi pulak saya memang suka terung. Terung berlado, pajeri terung atau goreng terung biasa jer pun sedap. Tapi terung kat sini lain sikit, besar macam buah labu air pulak. Kata Umi, kalau terung macam di Malaysia harganya lebih mahal. Tak kisahlah terung macam mana pun kan, asalkan terung dan rasanya juga rasa terung. Hahaha. 
Bila Nana dan Alain beli udang segar ketika mereka ke Billinggate, saya terus teringat untuk memasak lauk ini. Udang yang ini memang saiz sangat besar. Jadi saya guna 6 ekor sahaja. Lagi pulak saya masih lagi allergy, jadi tak berani nak makan udang dulu. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Udang Terung Goreng BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:5-6 ekor udang - goreng1 biji terung - goreng2 biji ubi kentang - goreng1-2 sudu besar sos tiram1 sudu besar gula Garam secukupnya
Bahan kisar kasar:2 biji cili merah1 biji cili padi hijau1 biji bawang besar - saiz kecil3-4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang, terung dan kentang secara berasingan. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 
Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. 
Akhir sekali, masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga semua bergaul rata dan tutup api.


Selamat mencuba…


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/udang-terung-kentang-goreng-berlado.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menggoreng Kentang Goreng Supaya Rangup Dan Tak Lembik

Cara Menggoreng Kentang Goreng Supaya Rangup Dan Tak Lembik

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 199 hits
Nak tahu cara menggoreng kentang goreng supaya kekal rangup dan tak lembik Ramai yang cuba buat sendiri di rumah tapi hasilnya kadang lembik berminyak atau cepat lemau Dalam artikel ini sis akan kongsikan cara goreng French fries yang betul...
Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah

Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 190 hits
Saya di London hari Arafah adalah esok hari iaitu hari Khamis Jadi saya kongsikan kelebihan hari Arafah dari petikan video Tokku Pasir Gudang Raya di sini ialah hari Jumaat Jadi kita akan berpuasa pada esok hari iaitu hari Khamis Jadi malam...
Daging Korban Goreng Kicap

Daging Korban Goreng Kicap

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 171 hits
Assalamualaikum Malam ni SA x terasa nak makan nasi SA nak buat mee goreng daging tapi PZ plak xde lauk nak makan malam kan SA ada keluarkan lebih skit daging korban semalam adik bongsu PZ ada hantar ke rumah Separuh SA buat masak kicap je ...
Rahsia Mee Goreng Tak Liat Tak Hancur Kena Masak Macam Ni

Rahsia Mee Goreng Tak Liat Tak Hancur Kena Masak Macam Ni

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 152 hits
Nak cuba masak Mee Goreng Daging yang sedap tak liat tak hancur dan mudah masak Resipi perkongsian saudari Niq Ain ni perlu anda cuba Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan malah sesuai dinikmati oleh kanak kanak dan juga orang dew...
Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak Masak Macam Ni Comfirm Jadi

Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak Masak Macam Ni Comfirm Jadi

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 160 hits
Mana peminat Nasi Goreng Mamak Ha Bagi yang tercari cari resipi nasi goreng sedap ni boleh cuba resipi resipi perkongsian saudara Wan LuQman ini Menurut beliau resipi ini hasilnya 100 sama dengan Nasi Goreng Mamak yang dibeli di restoran Wo...
Menu Lunch Hari Ini Pasta Spiral Goreng

Menu Lunch Hari Ini Pasta Spiral Goreng

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 146 hits
Assalamualaikum Walaupun SA busy hari ni tetap bangun 4am masak untuk bekal malam semalam dh prep bahan nak buat spiral pasta goreng bahan xde la banyak mana pun bahan untuk tumis bawang putih bawang merah lada hitam Pastu ada minced meat R...
Dinner Malam Ini Mee Goreng Daging

Dinner Malam Ini Mee Goreng Daging

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum SA x rasa nak dinner makan nasi kat kenduri kahwin tengahari tadi pun x makan nasi x tau la apesal terkesan dengan update dari Doctor Azila kot hahaha Tapi SA masak mee goreng daging malam ni Dania dan suami balik kerja baru...
Ubi Kayu Goreng

Ubi Kayu Goreng

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 173 hits
Ada suatu petang jiran datang ke rumah hantar ubi kayu hasil tanam sendiri Gembira sungguh saya terima pemberian begini sebab saya suka makan ubi kayu yang direbus atau digoreng Kalau kuih muih berasaskan ubi kayu tu saya tak berapa suka ma...
Rahsia Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Sampai Sebulan Ini 9 Tip Mudah

Rahsia Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Sampai Sebulan Ini 9 Tip Mudah

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 139 hits
Ikan bilis goreng memang enak Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya Ramai juga dikalangan ibu ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah