Ayam Goreng Berlado Dan Hari Arafah




Saya di London, hari Arafah adalah esok hari iaitu hari Khamis. Jadi saya kongsikan kelebihan hari Arafah dari petikan video Tokku Pasir Gudang. Raya di sini ialah hari Jumaat. Jadi kita akan  berpuasa pada esok hari iaitu hari Khamis. Jadi malam ini,  dah start dengan qiyam, bermunajat dikuti dengan segala doa doa dan hajat kita. 
Di sini sekarang waktu malam sangat pendek. Waktu Maghrib ialah pukul 9.30 malam. Qiyam bermula selepas masuk waktu Maghrib. Malam yang pendek ini harus diisi sebaiknya dengan memperbanyakkan selawat, zikir dan doa. Diikuti dengan makan sahur. Mengisi puasa esok dengan membaca al Quran, doa dan zikir sehinggalah tenggelam matahari  hari Arafah. 

Kemudian berbuka puasa dan hidupkan malam raya dengan pelbanyakkan takbir. Pagi raya kemudian menyaksikan penyembelihan korban. Saya mengadakan ibadah korban bersama kakak saya di Kelantan. Lembu kakak saya yang digunakan untuk korban setiap tahun sangat besar. Rasanya tahun lepas, 1 bahagian lembu dapat 21 kg daging. Kita kena pilih haiwan korban yang terbaik, yang cantik dan gemuk. Juita pula mengadakan korban seekor kambing, juga dengan kakak saya. 


Siapa yang belum lagi mengerjakan ibadah korban, hendaklah berazam bersungguh sungguh untuk mengerjakannya di tahun tahun akan datang. Saya berazam untuk mengadakan korban sepanjang hayat saya. Saya berdoa agar Allah memberikan rezeki untuk saya dan anak anak melakukannya setiap tahun. 


Cara kita mengagungkan dan memuliakan hari arafah ialah dengan berpuasa. Yang pergi Haji, Alhamdulillah. Yang tak pergi Haji macam kita juga, Alhamdulillah. Allah bagi peluang sama. Allah Taala tak pernah tutup dengan berikan peluang yang berbeza. Yang menghalang kita mendapat peluang yang sama ialah kejahilan kita. 


Kalau kita punya ilmu maka kita akan dapati bagaimana kalau kita tak dapat cara mengerjakan Haji, kita dapat cara lain. Kita tetap dapat kelebihan kelebihan hari Arafah. Kalau orang pergi haji diampunkan dosa kerana haji, maka kita diampunkan dosa kerana puasa. 


Kalau orang pergi haji ini mereka mendapat kemuliaan kemuliaan tertentu dari pergerakan ibadah mereka. Mereka yang tak pergi haji juga dapat kelebihan yang sama dari ibadah dan ketaatan yang kita lakukan pada hari tersebut. Bukan sekadar kita tengok sahaja orang yang mengerjakan Haji di Mekah. Jadi jom puasa, baca Al Quran, doa dan zikir tau. OK semoga kita semua mendapat keampunan dari segala dosa dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat. Aamiin. 


Saya menyediakan sambal berlado setelah saya beli cili merah dan cili hijau yang kecil. Saya masih lagi banyak belajar tentang bahan masakan di sini. Cili kecil hijau yang saya beli, punyalah pedas menyala. Nasib baik tak letak dalam sambal berlado ni.
Apa apa pun, Alhamdulillah sedap lah juga walaupun menggunakan cili dan bawang di sini. Ayamnya pun pada saya macam lain rasanya dengan ayam di tempat kita. Itu pada saya lah. Ayam pulak tak banyak isi. Kecil kecil jer saiz pahanya.  
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Ayam Goreng BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:6 ketul ayam - lumur garam dan serbuk kunyit1 sudu besar sos tiram1 sudu besar gulaSedikit garamAsam keping
Bahan kisar kasar:3 biji cili merah1 biji bawang besar3-4 ulas bawang putihSedikit halia
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng ayam sekadar masak. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak. Masukkan sos tiram, garam dan gula. Setelah sebati, masukkan sedikit air. 


Akhir sekali, masukkan ayam. Nota: saya goreng juga 2 biji telur rebus. 



Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/ayam-goreng-berlado-dan-hari-arafah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Ayam Untuk Berbuka Puasa Hari Arafah

Sambal Ayam Untuk Berbuka Puasa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 115 hits
Alhamdulillah ini adalah kali pertama saya berpuasa di London dengan waktu siang yang panjang Alhamdulillah dipermudahkan untuk kami bangun bersahur Risau juga kalau tak terjaga Maklumlah masuk solat Isyak pun dah 10 30 malam Keliling kelop...
10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 141 hits
Doa ibu ayah itu umpama panahan dari langit takkan tertolak andai dimunajatkan dengan penuh harapan Hari Arafah merupakan detik paling mustajab untuk berdoa Bukan hanya buat jemaah haji yang berada di Padang Arafah tetapi juga buat kita yan...
Ayam Goreng Widuran Solo Ternyata Tidak Halal Ini 7 Toko Ayam Goreng Dijamin Halal Enak Di Solo

Ayam Goreng Widuran Solo Ternyata Tidak Halal Ini 7 Toko Ayam Goreng Dijamin Halal Enak Di Solo

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 102 hits
Banyak rumah makan ayam goreng khas dan legendaris di Solo yang halal lho Kamu bisa cobain beberapa warung makan ayam terenak ini
Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 127 hits
PERHATIAN Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah WAKTU ARAB SAUDI9 Zulhijjah KHAMIS 5 Jun 2025Zuhur 12 22pmMaghrib 7 04pmWAKTU MALAYSIA9 Zulhijjah JUMAAT 6 Jun 2025Waktu 5 22pmWaktu 12...
Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025 Hari Tarwiyah Arafah Kelebihan

Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025 Hari Tarwiyah Arafah Kelebihan

papar berkaitan - pada 27/5/2025 - jumlah : 149 hits
NIAT PUASA SUNAT 1 9 ZULHIJJAH HARI TARWIYAH HARI ARAFAH DAN KELEBIHANNYA Alhamdulillah Penyimpan Mohor Besar Raja raja telah mengumumkan bahawa kita akan masuk ke bulan Zulhijjah pada 29 Mei 2025 Bulan ini merupakan bulan terakhir dalam ka...
Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 163 hits
Sebaknya waktu menulis tentang hari Arafah tahun ni Rezeki masih diberikan nafas untuk hidup dan boleh berdoa Banyak betul peringatan tentang kelebihan dan amalan amalan yang disyorkan di bulan Zulhijjah di kongsi di media sosial Alang alan...
Kelebihan Berdoa Pada Hari Arafah

Kelebihan Berdoa Pada Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 102 hits
BANYAKKAN BERDOA PADA HARI ARAFAHRasulullah SAW bersabda Sebaik baik doa adalah doa pada Hari Arafah Dan sebaik baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata tiada sekutu...
Doa Hari Arafah

Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 177 hits
Saya tak tahu nak doa apa sebab saya tak hafal banyak doa Berdoalah apa sahaja yang terlintas di fikiran kita walaupun bukan bahasa Arab bukan menggunakan ayat puitis Apa yang kita inginkan jika ia baik untuk diri kita tak bertentangan deng...
Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api

Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 105 hits
Assalamualaikum WBT SEBELUM balik ke rumah minggu lepas awal awal Iman dah minta masakkan lauk Ayam Goreng Masak Lemak Cili Api Satu satunya lauk permintaan dia nampak macam senang tapi beberapa hari jugak baru ada masa nak masakkan untuk d...
Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

From Startup To Unicorn Status

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa

Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Immigration English Site Says No Travel Block Bm Says Otherwise Fahmi

Is Tiktok A Disruption Or Marks A New Era Of Learning