Udang Kam Heong Dan Kasih Seorang Ibu




Saya kali ini ingin menulis bab kasih sayang seorang ibu yang tidak terbatas. Bak kata perumpamaan seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. 
Ibu adalah seorang manusia yang sangat penting pada seorang anak walaupun ada juga berita yang kita dengar ibu yang tidak menyayangi anak. Ibu yang Allah perintahkan untuk kita taati. Ibu yang dikatakan syurga di bawah tapak kakinya. 
Usahkan manusia, ibu haiwan juga mengasihani anak. Tengok jer kes ibu gajah yang sangat bersedih dengan kematian anak gajah di Gerik hari tu. Ibu gajah tidak berganjak berada di tepi lori yang melanggar anaknya ketika anaknya terperuk di bawah lori tersebut. 
Tapi biasa jer kita dengar kisah anak yang tidak menyayangi ibu. Mereka dibiarkan di hari tua mereka, disinggung perasaan mereka dengan kata kata yang sarkastik. Lagi lagi kalau ibu yang tidak kaya, tidak berpangkat dan menumpang anak anak. 
Sangat beruntung mereka yang masih menpunyai ibu. Saya yang walaupun telah berusia, masih mencari ibu saya saat saya menpunyai masalah. Apa sahaja masalah, hatta masalah dalam pekerjaan. Masih meminta ibu saya mendoakan segala urusan saya. 
Kini setelah 11 tahun, ibu meninggal, saya masih terasa kehilangan orang yang sangat ikhlas menyayangi saya. Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kebaikan saya dunia dan akhirat. Sentiasa memastikan saya mengamalkan ibadah dan zikir zikir tertentu, memastikan saya mengenali dan mendalami ilmu agama. Yang mahukan syurga untuk saya.
Saya mengakui sebagai seorang anak dahulu, saya tidak melakukan perkara yang terbaik dan saya merasa amat menyesal sehingga kini. Cuma kini saya mampu mendoakan agar roh kedua dua ibubapa saya berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Supaya mereka diberikan ganjaran syurga firdaus tanpa hisab atas segala kasih sayang dan didikan mereka pada kami adik beradik. 
Kini saya sendiri berada di posisi ibu saya dahulu tapi saya tak pasti kalau anak anak saya memerlukan saya seperti mana saya memerlukan ibu saya dahulu. Hmm tak pasti... Cuma ada anak anak yang setiap kali akan menduduki peperiksaan atau temuduga, akan meminta doa saya supaya urusan dipermudahkan. 
Sebagai seorang ibu, saya merasa sungguh beruntung seorang ibu yang menpunyai anak yang berbakti kepada beliau di hari tuanya. Menyantuni mereka dengan penuh kasih sayang. Ianya adalah kebahagiaan dunia buat ibu berkenaan. Pastinya juga kebahagiaan akhirat buat anak anak. 
Saya melihat seorang sahabat universiti saya yang kini sedang terlantar sakit, tidak boleh bangun dan berjalan. Pada saya beliau seorang yang beruntung kerana anak anak telah menjaga kebajikan beliau dengan mendapatkan seorang pembantu rumah untuk menjaga beliau di kampung. Saya dapat tahu gaji pembantu adalah RM2000 sebulan. 
Dengan kerasnya hidup di zaman ini, ianya adalah suatu jumlah yang besar untuk 3 orang anak anak berkongsi memperuntukkan duit sebanyak itu kepada seorang ibu. Duit sebanyak itu untuk seorang ibu berikan pada anak anak, adalah perkara mudah. Tapi sukar, jika sebaliknya.
Tapi ada juga anak anak orang miskin, anak orang kampung yang serba kekurangan, bila berjaya berazam untuk membantu keluarga. Contoh dalam kes peserta Akademi Fantasia seperti Mawi dan lain lain. Bila ditanya kenapa menyertai program realiti AF, beliau memberitahu untuk membantu keluarga. 
Ramai anak anak yang berkorban wang ringgit demi untuk melihat ibu bapa hidup senang sehingga wang yang diperolehi digunakan untuk membina rumah ibu, menghantar ibunya mengerjakan haji dan umrah. Tidak ramai anak yang seperti ini. Beruntung ibubapa mereka. Semoga mereka diberikan ganjaran pahala yang besar. Aamiin. 


Saya memang kalau udang, asyik masak yang sama sahaja, samada sambal tumis atau goreng garam kunyit atau masak lemak sahaja. Ada lah sesekali saya masak kari. Bukan apa, udang kan dah sedap. Jadi masakan ringkas akan mengekalkan keenakan rasa isi udang. 
Hari ini dah agak lewat, baru saya masuk ke dapur. Saya pada mulanya macam malas nak memasak kerana tak tahu apa yang nak dimasak. Tapi selepas melihat ada bungkusan udang dalam freezer, saya keluarkan dan barulah mencari apa resipi yang sesuai dengan bahan bahan yang ada di dapur.
Bahan untuk udang kam heong ini kira banyak juga tapi sebab semua bahan yang asas ada tersedia, saya pun mula lah memasak. Maka jadilah udang kam heong untuk makan malam nanti. Alhamdulillah sedap kerana Allah yang menjadikan ianya sedap. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Udang Kam HeongOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan : Goreng udang7-8 ekor udang GaramSerbuk kunyitTepung jagung
Bahan kisar kasar:1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih1 inci haliaSegenggam cili padi - ikut pedas disukai1 sudu besar serbuk kari ikan
Bahan sos:2 sudu besar sos cili2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap manis
Bahan lain:Daun kariGaram - jika perluGula/serbuk perasaSedikit air untuk kuah (opsyenal)Cili padi merah
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar kasar sehingga layu.
Masuk serbuk kari dan kacau rata dengan cepat. Masukkan sedikit air supaya rempah kari tidak hangit. Kacau rata sehingga naik minyak.
Masukkan semua bahan sos dan sedikit air untuk kuah.


Akhir sekali, masukkan udang goreng tadi dan cili padi merah sebagai hiasan. Kacau rata.
Nota:Jika suka, boleh juga masukkan daun kari ketika menumis untuk menambah aroma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/07/udang-kam-heong-dan-kasih-seorang-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Bukti Kasih Sayang Ibu Yang Tak Terlihat Dianggap Galak Tapi Itulah Cinta Sejati Tanpa Syarat

7 Bukti Kasih Sayang Ibu Yang Tak Terlihat Dianggap Galak Tapi Itulah Cinta Sejati Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 137 hits
Banyak dari kita tumbuh besar tanpa sadar bahwa sikap galak ibu adalah bentuk kasih sayang paling dalam Di balik larangan teguran dan diamnya tersembunyi cinta sejati yang tak pernah meminta balasan
Ibu Pelajar Unipsas Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana

Ibu Pelajar Unipsas Kemalangan Dakwa Muhammad Firdaus Anak Baik Doakan Anaknya Tenang Di Alam Sana

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 181 hits
KUANTAN Arwah memang sangat baik dan tak melawan cakap Sebagai ibu saya doakan dia tenang di sana bersama para solihin kata Norizan Mat 48 ibu kepada Muhammad Firdaus Mohammad Zamri 22 yang maut kemalangan di persimpangan lampu isyarat di J...
Anak Lambat Bercakap Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Anak Lambat Bercakap Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 125 hits
Anak lambat bercakap sering menjadi kebimbangan utama dalam kalangan ibu bapa terutamanya apabila anak tidak menunjukkan perkembangan bahasa mengikut usia Menurut anggaran kira kira 10 peratus daripada 400 000 kanak kanak di negara ini meng...
Kpwkm Lancar Kasihnita Bantu Ibu Tunggal Bangkit Dan Berdikari

Kpwkm Lancar Kasihnita Bantu Ibu Tunggal Bangkit Dan Berdikari

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 165 hits
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat terus komited memperkasakan wanita apabila melancarkan Program Kasih Ibu Tunggal yang bertujuan membantu ibu tunggal keluar daripada kepompong cabaran hidup dan berdikari membina
Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda

Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 147 hits
Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya Itu jawapan penuh tenang dan terbuka daripada penyanyi terkenal Shila Amzah ketika diminta mengulas mengenai pendedahan ibunya Fauziah Sarman 57 y...
Pakai Baju Cantik Wangi Sangat Ibu Sebak Anak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

Pakai Baju Cantik Wangi Sangat Ibu Sebak Anak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 150 hits
Lepas Subuh dia dah siap elok Pakai baju cantik wangi sangat padahal nak ikut kawan gali parit je Kata kata pilu ini diluahkan oleh seorang ibu Nazihah Mahtar 43 yang masih sukar menerima kenyataan kehilangan anak bongsunya Muhammad Azam As...
Ibu Ayah Sebagai Cerminan Perbuatan Dan Percakapan Dalam Membentuk Karakter Anak

Ibu Ayah Sebagai Cerminan Perbuatan Dan Percakapan Dalam Membentuk Karakter Anak

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 132 hits
Anak anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat dengar dan rasakan daripada ibu bapa mereka Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi kasih sayang tetapi mereka juga bertanggungjawab dalam membentuk nilai moral da...
Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri Watie Tampil Bersuara Anak Saya Semua Jenis Beradab Amp Menghormati

Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri Watie Tampil Bersuara Anak Saya Semua Jenis Beradab Amp Menghormati

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 170 hits
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil bersuara mengenai isu anak tirinya Talita yang didakwa menggunakan bahasa kurang sopan dalam sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram baru baru ini Men...
Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 135 hits
nbsp Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu bapa Mungkin sebelum ni kekda memang tak pernah ambil tahu pun tentang ni tapi bila anak perempuan semakin dewasa dan akan mengalami kitaran seorang wanita sam...
Dap Youth Slams Hypocrite Akmal Over Flag Gaffe Uproar

Salah Kritik Penghormatan Uefa Kepada Pele Palestin Beritahu Kami Bagaimana Dia Meninggal Dunia

Pertama Kali Beli Pokok On Line

Siti Kasim Rampant Torture Cases Tragic Death At Boarding Religious Schools Not Reflective Of Islam

No Holds Barred A Bareknuckle Harley Shovelhead From South Africa

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini

Yong Tau Foo Dqalisha Steamboat Grill Sedap Dan Berbaloi

Ajal Pelajar Dalam Perjalanan Ke Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Hanya Fikir Selamatkan Anak Bayi 11 Bulan Nyaris Jadi Tebusan Lelaki Bersenjata Pisau

Rahsia Penjagaan Kereta Elak Kos Mahal Dengan Tips Ini

Drama Boleh Saya Bantu 2

Tanda Anda Kurang Tidur

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Terlepas Syiling Shiba Inu Dan Pepe Ai Mengenalpasti Syiling Meme Seterusnya Melompat 100x Selepas Shib Dan Pepe