Ubat Sakit Lutut Dan Kaedah Rawatan Dari Rumah


Adakah anda sedang mengalami masalah sakit lutut? Meskipun ia sinonim dengan warga emas, namun ia juga boleh berlaku kepada golongan yang lebih muda disebabkan oleh faktor tertentu.
Adakah ubat sakit lutut boleh didapati di pasaran dan mampukah ia memberi kelegaan segera? Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Punca Sakit Lutut Secara umumnya, sakit lutut boleh berlaku kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut, ligamen atau tulang rawan lutut.
Antara punca seseorang boleh alami sakit lutut adalah :
Peningkatan usia Oesteoarthritis Berat badan berlebihan Faktor genetik/sejarah keluarga Pernah mengalami kecederaan lutut. Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, wanita didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sakit lutut berbanding lelaki.
Ubat Sakit Lutut dan Kaedah Rawatan Memetik WebMD, pesakit boleh mencuba beberapa ubat sakit lutut atau rawatan seperti berikut  :
1. Ubat Tahan Sakit Beberapa jenis ubat tahan sakit didapati mampu memberikan kelegaan pada keradangan sendi.
Antara ubat yang boleh dibeli di farmasi adalah aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin, Nuprin), acetaminophen dan naproxen sodium (Aleve, Anaprox, Naprosyn).
Namun, ubat tahan sakit tidak boleh diambil dengan kerap kerana ia boleh menjejaskan fungsi hati.
Jadi, anda perlulah semak label sebelum makan ubat sakit lutut ini supaya tidak terlebih dos.
2. Krim Sapuan atau Patch   Pasti ramai nenek atau ibu kita yang suka menyapu minyak pada kawasan yang lenguh.
Sesetengah orang akan merasa lebih lega selepas menggunakan krim atau ubat sapuan pada lutut.
Farmasi turut menjual patch, krim atau ubat sapuan bagi mengurangkan keradangan sendi.
Ia biasanya mengandungi bahan seperti lidocaine atau capsaicin yang boleh menyebabkan sendi terasa kebas.
Selain itu, krim atau ubat sapuan juga akan bertindak dengan mengurangkan rangsangan otak terhadap rasa sakit yang dialami pada lutut.
3. Suntikan Bergantung kepada masalah yang dialami, doktor juga mungkin akan mengesyorkan ubat sakit lutut dalam bentuk suntikan.
Secara umumnya, terdapat 2 jenis suntikan ubat sakit lutut yang boleh diberikan kepada pesakit.
i) Corticosteroid
Ini bukanlah steroid yang membina otot. Sebaliknya, ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan selama beberapa bulan.
Pesakit juga disarankan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 ke 3 suntikan Corticosteroid dalam masa setahun.
Biasanya, kesan akan dirasai dalam masa 2 ke 3 hari selepas disuntik. Sesetengah orang juga akan mengalami ‘steroid flare’ iaitu rasa pedih di bahagian yang disuntik pada 2 hari pertama.
ii) Hyaluronic Acid
Cecair ini pula dikatakan sama dengan cecair yang bertindak sebagai ‘pelincir’ di sendi.
Sesetengah pesakit yang menerima suntikan Hyaluronic Acid dapat bergerak dengan lebih mudah dan kurang rasa sakit sehingga 6 bulan.
Namun, kedua-dua suntikan ini mungkin tidak sesuai atau berkesan bagi semua pesakit.
Sesetengah individu juga didapati boleh mengalami kesan sampingan seperti warna kulit berubah di bahagian suntikan, jangkitan atau tendon semakin lemah.
Rawatan Dari Rumah Anda juga boleh pratikkan beberapa rawatan dari rumah untuk meredakan sakit lutut.
1. Rehat Secukupnya
Sekiranya anda mengalami kecederaan, dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh berhenti lakukan aktiviti tertentu untuk mengurangkan bebanan pada lutut.
2.Gunakan Ais
Ais boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan di bahagian lutut. Gunakan ice pack yang dibalut dengan tuala nipis dan letakkan pada lutut.
Namun, anda harus ingat supaya tidak menggunakannya lebih daripada 20 minit kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan kulit.
3. Tuam Panas
Selain ais, anda juga boleh gunakan heat pack atau botol tuam untuk mendapatkan kelegaan sementara.
4. Tinggikan Lutut
Kaedah ini pula dapat mengurangkan bengkak pada lutut. Anda boleh gunakan bantal atau duduk di kerusi ‘recliner’.
5. Gunakan Pembalut Lutut
Penggunaan pembalut lutut boleh menawarkan pelbagai kelebihan antaranya :
Mengelakkan pengumpulan cecair pada tisu yang rosak Mengekalkan kestabilan lutut Dapat memberikan sokongan tambahan pada lutut. Pastikan anda menggunakan pembalut yang diperbuat daripada material ringan dan mempunyai pengaliran udara yang baik.
Disebabkan sakit lutut boleh mengganggu aktiviti rutin dan pergerakan fizikal, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan seawal mungkin daripada doktor.
Ini bagi mengelakkan masalah sakit lutut bertambah buruk pada masa akan datang.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, WebMD, Mayo Clinic
Baca Juga : Kaki Bengkak : Punca, Simptom dan Tips Mencegah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-sakit-lutut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-sakit-lutut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Penampakan Rumah Sakit Canggih Ada Shock Breaker Penahan Gempa Diresmikan Jokowi

Video Penampakan Rumah Sakit Canggih Ada Shock Breaker Penahan Gempa Diresmikan Jokowi

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 285 hits
Presiden meresmikan Gedung Anutapura Medical Center di RSUD Anutapura Kota Palu dan sejumlah infrastruktur lainnya
Ubat Darah Tinggi Untuk Rawatan Hipertensi Kesan Sampingan

Ubat Darah Tinggi Untuk Rawatan Hipertensi Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 455 hits
Ubat darah tinggi juga dikenali sebagai antihipertensi Jika tekanan darah anda tinggi tidak semestinya anda perlu memgambil ubat tekanan darah Walau bagaimanapun risikonya sangat tinggi untuk anda mendapatkan penyakit kardiovaskular seperti...
Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik

Ubat Sakit Mata Elak Mata Kering Cuba 10 Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 463 hits
Salah satu cara untuk mengatasi masalah mata kering adalah dengan menggunakan ubat sakit mata jenis titisan yang diberikan doktor atau dibeli di farmasi Ubat titis mata adalah sediaan steril yang digunakan untuk merawat masalah di bahagian ...
Ubat Selsema Kucing Dan Tips Jaga Kucing Selsema Di Rumah

Ubat Selsema Kucing Dan Tips Jaga Kucing Selsema Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 386 hits
Adakah anda sedang mencari ubat selsema kucing Seperti manusia kucing juga boleh alami selsema dan cenderung untuk berjangkit ke kucing lain Kasihan tengok si comel hidung dan matanya asyik berair Jadi dalam artikel ini kami ingin kongsikan...
Pereka Dalaman Dakwa Rumah Aliff Syukri Nampak Murah Dia Tak Pandai Buat Susunan

Pereka Dalaman Dakwa Rumah Aliff Syukri Nampak Murah Dia Tak Pandai Buat Susunan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 301 hits
Seorang pereka dalaman mendakwa rumah usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri nampak murah disebabkan susunan perabot atau hiasan yang tidak kelihatan mewah Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pereka dalaman tersebut di laman TikTokny...
Masalah Rumah Tangga Punca Lelaki Pegang Parang Di Tepi Jalan

Masalah Rumah Tangga Punca Lelaki Pegang Parang Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 279 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myTANGKAP layar lelaki mundar mandir memegang sebilah parang panjang di tepi jalan di Kampung Morib FOTO Ihsan PembacaKuala Langat Akibat masalah rumah tangga seorang lelaki dalam keadaan mabuk mundar mandir den...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Art Berat By Sofea 003

Personal Brand Gen Z Kunci Income Jangka Panjang

Laings Uk Laing The Jeweller Limited Companies House Gov Uk

Cara Pilih Headphone Noise Cancelling Terbaik Untuk Muzik Kerja

Stok Seafood Untuk Seminggu

Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025