Ubat Kencing Manis Yang Diluluskan Kkm Berserta Kegunaannya


Ubat kencing manis yang ada di dunia ini bermacam-macam jenis digunakan. Namun tidak semua mendapat kelulusan dan diperakui selamat untuk digunakan bagi merawat penyakit ini.
Justeru artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat kencing manis yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memudahkan anda membuat pencarian.
Baca juga:
Tanda Kencing Manis Menu Makanan Untuk Diabetes Punca Kencing Berbuih Apa itu kencing manis? Kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.
Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.
Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.
Ubat untuk kencing manis Ubat kencing manis untuk merawat diabetes boleh dibahagikan kepada enam kelas. Pembahagiannya adalah seperti berikut:
1) Biguanides
Metformin (Glucophage®), Metformin XR (Glucophage XR®), Metformin + Glibenclamide (Glucovance®), Metformin + Glimepiride (Amaryl M®), Metformin + Rosiglitazone (Avandamet®), Metformin + Pioglitazone (Actoplus Met®), Metformin + Sitagliptin (Janumet®), Metformin + Vildagliptin (Galvusmet®), Metformin + Saxagliptin (Kombiglyze XR®). 2) Sulfonilurea
Glibenclamide (Daonil®), Gliclazide (Diamicron®), Gliclazide MR (Diamicron MR®), Glimepiride (Amaryl®), Metformin + Glimepiride (Amaryl M®). 3) Perencat Alfa-Glukosidase
Acarbose (Glucobay®), Miglitol (Glyset®) 4) Thiazolidinediones
Rosiglitazone (Avandia®), Pioglitazone (Actos®), Metformin + Rosiglitazone (Avandamet®), Metformin + Pioglitazone (Actoplus Met®) 5) Meglitinides
Repaglinide (Novonorm®), Nateglinide (Starlix®) 6) Perencat Dipeptidyl Peptidase-4 (DPP-4)
Sitagliptin (Januvia®), Vildagliptin (Galvus®), Saxagliptin (Onglyza®), Linagliptin (Tradjenta®), Metformin + Sitagliptin (Janumet®), Metformin + Vildagliptin (Galvusmet®), Metformin + Saxagliptin (Kombiglyze XR®). Mitos ubat kencing manis Sesetengah orang memilih untuk berhenti makan ubat kencing manis kerana mereka terpedaya dengan mitos yang berlegar di media sosial.
Frasa, “ubat kencing manis membahayakan kesihatan” menjadikan mereka serba salah dan khuatir untuk mempercayai ubat-ubatan moden yang diberikan oleh doktor.
Berikut kami rungkaikan beberapa mitos mengenai ubat ini berserta penjelasan lanjutnya.
1. Ubat kencing manis menyebabkan kerosakan buah pinggang?
Sebenarnya dua punca utama sakit buah pinggang adalah penyakit kencing manis itu sendiri dan tekanan darah tinggi.
Sekiranya pesakit kencing manis tidak makan ubat pun boleh menyebabkan buah pinggang rosak (malah lebih cepat) lebih-lebih lagi kalau ada darah tinggi sekali.
Hal ini kerana, kedua-dua penyakit ini merosakkan struktur salur darah termasuk salur darah yang berada di dalam buah pinggang.
Ubat kencing manis dapat mengawal paras gula dalam darah dan akan melambatkan proses kerosakan ini.
Cuma bila buah pinggang sudah rosak akibat kencing manis yang tidak terkawal atau penuaan, dos ubat perlu dikurangkan atau doktor perlu menukar jenis ubat yang lain.
Ini kerana buah pinggang tidak mampu lagi menyingkirkan ubat tersebut dari badan dengan cekap.
2. Menghancurkan ubat sebelum ditelan boleh mengurangkan risiko ubat tersumbat di buah pinggang?
Tahukah anda? Ubat-ubatan dan makanan yang dimakan tidak masuk dalam bentuk seketul pepejal ke dalam darah?
Hanya bahan aktif ubat dan zat makanan dalam bentuk molekul halus yang tidak nampak di mata kasar akan diserap melalui dinding perut dan usus ke dalam salur darah.
Maka jika anda telan ubat itu sebiji sekalipun, ia tetap akan hancur dalam perut dan diserap dalam darah dalam bentuk yang larut.
Bahan kasar yang tidak dapat diserap akan disingkirkan melalui najis. Sebab itulah anda akan melihat ketul-ketul biji cili dalam najis.
Dan tahukah anda? Bukan semua ubat biji dibenarkan untuk dihancurkan! Kerana ada ubat kencing manis jenis “controlled release” yang diformulasikan untuk melepaskan ubat dari biji ubat tersebut secara perlahan-lahan sepanjang hari.
Ini supaya kesan sampingan dapat dikurangkan dan supaya anda boleh makan ubat tersebut sekali sehari sahaja. Contohnya seperti Metformin XR (extended release) dan Gliclazide MR (modified release).
Apa yang akan jadi jika ubat dengan formulasi khas ini dihancurkan? Ubat yang sepatutnya diserap perlahan-lahan sepanjang hari kini diserap secara banyak sekaligus! Ini bahaya kerana anda akan mengalami terlebih dos.
Fungsi ubat untuk kencing manis Setiap satu ubat kencing manis yang kami senaraikan tadi mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Ia merangkumi dari aspek cara tindakan atau mekanisme, cara pengambilan, dan kesan sampingannya.
Kelas UbatCara TindakanCara PengambilanKesan SampinganBIGUANIDES– Meningkatkan kepekaan sel-sel badan terhadap insulin dengan meningkatkan penggunaan gula oleh otot.

– Mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
Mengurangkan penyerapan gula oleh usus.Ubat ini perlu diambil selepas makan atau bersama makanan untuk mengurangkan kesan sampinganLoya, muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, sakit kepala, ruam kulitSULFONILUREAMeningkatkan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas.Ubat ini biasanya diambil 15-30 minit sebelum makan.Paras gula darah terlalu rendah (hipoglisemia), peningkatan berat badan, loya, muntah, cirit-birit, uam kulit.PERENCAT ALFA-GLUKOSIDASEMerencatkan tindakan enzim-enzim tertentu di dalam usus kecil, justeru melambatkan pencernaan dan penyerapan gula ke dalam darah.Ubat ini biasanya dikunyah bersama suapan pertama makanan atau ditelan bersama segelas air sejurus sebelum makan.Kembung perut, loya, cirit-birit, kentut.THIAZOLIDINE-DIONESMeningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisme karbohidrat.Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan.Bengkak / sembab, peningkatan berat badan, peningkatan kolesterol (LDL), peningkatan risiko kerapuhan tulang, peningkatan risiko kegagalan jantung kongestif.MEGLITINIDESMeningkatkan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas, maka ia berkesan untuk mencegah paras gula tinggi selepas makan.Ubat ini perlu diambil sejurus sebelum makan.Paras gula darah terlalu rendah (hipoglisemia), peningkatan berat badan, pening, cirit-birit.PERENCAT DIPEPTYL-PEPTIDASE-4– Merangsang perembesan insulin bergantung kepada paras gula dalam darah

– Mengurangkan penghasilan gula oleh hati.Ubat ini boleh diambil sebelum atau selepas makan.Loya, muntah, cirit-birit, sakit kepala, ruam kulit. Cara pengambilan ubat yang betul Kesemua ubat-ubatan ini perlulah disimpan di dalam suhu bilik di bawah suhu 30ºC, elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan kelembapan.
Anda juga boleh simpan dalam bekas yang tertutup dan rawat. Jauhkan daripada kanak-kanak.
Kesan tidak makan ubat Sesetengah orang yang melihat paras gula darahnya mencapai tahap yang baik atau menurun kadang kala mengambil keputusan sendiri untuk menghentikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor.
Namun ketahuilah bahawa keputusan yang anda ambil terburu-buru ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada tahap kesihatan anda yang sedia ada.
Apa-apa pun sebarang keputusan untuk menghentikan pengambilan ubat perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor agar ia tidak menjejaskan paras gula darah anda.
Bagi pesakit diabetes yang ingin mendapat ilmu khusus tentang pengurusan sakit kencing manis, berikut adalah Panduan Pendidikan Kesihatan yang boleh di rujuk.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat kencing manis ini dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat khususnya kepada penghidap diabetes.
Sumber:
Ubat Oral Untuk Rawatan Diabetes. My Health Kepatuhan Kepada Ubat Antidiabetes. My Health Tanda-Tanda Kencing Manis (Sebelum Terlambat). Bidadari.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ubat-kencing-manis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ubat-kencing-manis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tegas Pesan Jokowi Ke Rakyat Yang Manis Enak Tapi Tak Baik Untuk Kita

Video Tegas Pesan Jokowi Ke Rakyat Yang Manis Enak Tapi Tak Baik Untuk Kita

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 138 hits
Presiden Jokowi menemui penerima BPJS Kesehatan di hari kedua kunjungan kerjanya di Jawa Tengah
Tip Masak Tempe Goreng Sedap Lembut Di Dalam Rasa Manis Anak Anak Mesti Suka

Tip Masak Tempe Goreng Sedap Lembut Di Dalam Rasa Manis Anak Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 290 hits
goreng yang sedap selalunya lembut di dalam dan ada rasa manis memang sedap dimakan panas panas Boleh ajar anak anak makan tempe sejak dari kecil lagi Nak goreng tempe ada caranya kena tahu tip yang betul Kalau tak nanti hasilnya keras bila...
Datuk Seri Kencing Warga Asing

Datuk Seri Kencing Warga Asing

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 168 hits
PETALING JAYA Seorang lelaki dipercayai bergelar Datuk Seri yang didakwa menipu warga asing bagi mendapatkan pas residen Malaysia dikesan mempunyai mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk kes penipuan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kom...
Penerbangan Paling Menyeksakan 10 Jam Duduk Atas Air Kencing

Penerbangan Paling Menyeksakan 10 Jam Duduk Atas Air Kencing

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 117 hits
AgensiWellington Suami isteri yang menaiki pesawat Qantas Airways dari Bangkok Thailand ke Sydney Australia menempuh pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa duduk di kerusi yang basah dengan air kencing Pasangan berasal dari New Zea...
My Masak Daging Kambing Masam Manis

My Masak Daging Kambing Masam Manis

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 244 hits
Dah lama sebenarnya suami belikan daging kambing Tapi tulah Nak dapatkan mood masak kambing ni bukan mudah Sebab nak masaknya lama Lagi satu MY prefer untuk masak hari cuti Lepas tu nak bagi ngam dengan lauk sedap Nak juga masak nasi sedap ...
Macam Mana Nak Ada Produk Kelulusan Kkm Konsultan Kongsi 3 Langkah Elak Jadi Produk Sampah Tapi Boleh Claim

Macam Mana Nak Ada Produk Kelulusan Kkm Konsultan Kongsi 3 Langkah Elak Jadi Produk Sampah Tapi Boleh Claim

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 294 hits
Padah miliki produk sampah atau tiada produk kelulusan KKM usahawan produk kesihatan dikenakan tindakan undang undang Headline seperti ini sering bermain di dada dada akhbar Yang menyedihkan ada sesetengah berita menyiarkan nama syarikat da...
6 Khasiat Chia Seed Cara Minum Chia Seed Untuk Kurus Berserta Pantang Larangnya

6 Khasiat Chia Seed Cara Minum Chia Seed Untuk Kurus Berserta Pantang Larangnya

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 216 hits
Pengambilan di dalam diet harian kini menjadi trend kesihatan yang popular dalam kalangan masyarakat Apa yang lebih menarik pelbagai produk berdasarkan chia seed kini semakin meluas dan dapat ditemui dengan lebih mudah di pasaran Kali ini a...
Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips Untuk Hasilkan Nasi Ayam Yang Lembut Dan Wangi

Himpunan Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Berserta 5 Tips Untuk Hasilkan Nasi Ayam Yang Lembut Dan Wangi

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 230 hits
hidangan yang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai kegemaran rakyat Malaysia ia menawarkan cara penyediaan yang mudah dan cepat turut menjadikannya pilihan utama di Asia Tenggara Panduan nasi yang wangi dengan daging ayam yang lembut menc...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco