Macam Mana Nak Ada Produk Kelulusan Kkm Konsultan Kongsi 3 Langkah Elak Jadi Produk Sampah Tapi Boleh Claim


 Padah miliki produk sampah atau tiada produk kelulusan KKM, usahawan produk kesihatan dikenakan tindakan undang-undang. Headline seperti ini sering bermain di dada-dada akhbar. Yang menyedihkan, ada sesetengah berita menyiarkan nama syarikat dan jenama produk terlibat. Sebagai usahawan, ini adalah berita buruk serta memberi kesan pada reputasi bisnes kita. Kekhilafan itu mungkin datang dari usahawan yang tidak cakna tentang peraturan-peraturan di Malaysia.







Ramai dah rakyat Malaysia makin sedar tentang kepentingan kesihatan diri, perlu mencari produk kelulusan kkm. Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna bergantung dengan food supplement untuk meningkatkan kesihatan mereka. Produk food supplement ini senang sangat didapati di pasaran dan rata-rata mereka kononnye produk ini dapat mencegah dan merawat penyakit.
Untuk pengetahuan anda, KKM sangat menitikberatkan dengan memantau  dan mengawal selia apa produk ini di pasaran termasuk di pengiklanan di sosial media, billboard, pamphlet, pasaraya untuk kebaikan dan keselamatan pengguna. Sebagai usahawan yang berkaliber harus bertanggungjawab memastikan penjualan produk perlulah berkualiti, berkesan dan diyakini selamat oleh pengguna.



Bagi peniaga yang mempunya ’5 Masalah Besar’ di bawah, digalakkan memohon pengkelasan produk makananApa punca masalah besar tidak memohon produk kelulusan KKM ?Mengapa iklan ubat, produk kesihatan dan perkhidmatan perubatan perlu dikawal?Apa itu produk ubat?Tujuan Pengkelasan Produk3 Cara utama bagaimana nak tentukan pengkelasan produk FDIDi mana anda boleh dapatkan nasihat pengkelasan produk





Bagi peniaga yang mempunya ’5 Masalah Besar’ di bawah, digalakkan memohon pengkelasan produk makanan Ini kerana adalah ’5 Masalah Besar’ Yang dihadapi oleh pemilik bisnes produk bisnes di luar sana yang mungkin anda juga sedang menghadapi masalah yang sama.


Pelanggan asyik minta no kelulusan produk kkm.
Founder dakwa dianiaya, nafi jual produk tidak daftar . Selalu dengar tak berita seperti ini? padahal founder jual kategori produk makanan yang tidak perlu berdaftar dengan KKM.
Tapi macam mana nak buktikan produk ini tak perlu daftar? Ramai pelanggan sekarang sedar tentang pentingnya beli produk yang ada kelulusan KKM.
Sebab itu perkara yang mereka akan tengok sekali sebelum buat keputusan membeli produk adalah, ada tak No MAL KKM. Jika ada, tanpa ragu lagi, terus buat pembayaran. Kerana mereka sangat yakin, produk yang mempunyai kelulusan KKM itu selamat.
Tapi mereka tidak tahu ada juga food supplement atau makanan tambahan tidak perlu daftar boleh dijual. Disini ramai peniaga gagal untuk menyakinkan pelanggan yang produk makanan tambahan tak perlu daftar dengan KKM. Boleh dijual macam itu sahaja. Cakap bermodalkan air liur, pelanggan kurang percaya terus tidak jadi beli.


Produk tersangkut kat kastam.
Bayangkan, anda dah import produk food supplement dari kilang negara luar, anda anggap produk ini adalah makanan mengikut yang dimaklumkan oleh kilang pengeluar. Tuptup, sampai kat kastam, selepas semakan pada formula & label, rupanya produk ni jatuh kategori health supplement. Ahh sudah, kastam minta sijil pendaftaran KKM pulak.
Mana ada sijil ini.  Macam mana ye untuk anda buktikan menyakinkan pada kastam yang produk ini bawah kategori makanan bukan produk kena daftar? Ada juga sampai produk tu dah nak tamat tarikh luput baru kastam keluarkan produk dari tahanan mereka.
Bukan sikit-sikit kena tahan, berkarton-karton ye. Rugi masa, duit & kepercayaan customer terhadap bisnes, ye lah dah ambil pre-order beserta duit, bila barang sampai tak boleh deliver ikut tarikh yang dijanjikan. Manalah pelanggan tak marahkan.


Tak dapat jual produk kat farmasI.
Ramai founder produk mempunyai impian untuk meletakkan barang mereka di di rak farmasi-farmasi. Ini kerana farmasi sinonim dengan penawaran produk berkualiti dan jaminan keselamatan. Pelanggan percaya formula produk di farmasi telah menjalani proses RnD (reserach & development) berkali-kali untuk kerbekesanan yang tinggi.
Disamping itu, ada farmasi perubatan yang dapat beri deskripsi ubat. Walaupun produk founder bukan kategori ubat berdaftar, hanya food supplement sahaja, tempiasnya ’ubat’ di farmasi tetap terasa. Tahukah anda, pihak syarikat Farmasi tidak sewenang-wenangnya menerima produk tanpa ’sijil lahir’.
Antara perkara yang mereka akan semak kelulusan produk KKM, sijil pengiklanan KKM, kebolehanmenjual didalam pasaran dengan laju. Jika sijil kelulusan produk KKM tiada, bagaimana lagi untuk anda menyakinkan produk anda produk kategori makanan FDI. Surat deklarasi dari syarikat anda tidak mencukupi. Perlu ada hitam putih dari pihak autoriti.


 Iklan Billboard, TV dan media sosial di banned.


Anda setuju tak, modal pemasaran paling banyak dikeluarkan untuk meningkatkan penjualan produk. Ada peniaga sanggup membelanjakan ratusan ribuan ringgit untuk menarik perhatian orang ramai supaya membeli produk anda. Sayangnya modal tersebut boleh hangus sekelip mata jika produk food supplement anda overclaim, tidak mengikut piaiwaian peraturan KKM. 
Pihak syarikat pengiklanan samada di billboard atau siaran tv dan radio tidak mahu menanggung risiko dengan menyekat pengiklanan yang tidak ikut peraturan. Nasib tidak baik, wang anda tidak dikembalikan. Walaupun produk anda mempunyai banyak khasiatnya, produk anda adalah kategori makanan, perlu mengikut peraturan makanan. 


Produk dirampas oleh pihak penguatkuasa kerana tiada produk kelulusan KKM.
Produk overclaim di Malaysia ini sebenarnya dah banyak sangat berlaku. Lambakan produk seperti ini mengundang bahaya kepada kesihatan pengguna untuk jangka masa panjang. Maka, KKM memandang serius tentang penjualan dan pengiklanan produk makanan yang membuat akuan yang larangan samaada di sosial media, billboard, atau siaran elektronik.
Produk kategori makanan yang mempunyai high claim akan dicop sebagai produk sampah oleh netizen kita. Produk-produk sampah ini akan menjadi sasaran KKM untuk serbuan dan rampasan. Jika anda yakin produk anda kategori makanan & mengikuti perlabelan makanan yang betul, dapatkan bukti kukuh bersurat dari pihak KKM. Walaupun produk anda adalah homemade, tidak perlukan kelulusan kkm jika produk anda kategori makanan.


Apa punca masalah besar tidak memohon produk kelulusan KKM ? Tak Tahu nak mohon pengkelasan produk – Tidak faham cara dan strategi dari segi pemilihan nama produk, bahan dan tuntutan produk ketika memohon pengkelasan makanan. Keliru dengan kategori produk. – Selalu menganggap produk mereka adalah kategori Food Drug Interphase (FDI), maka tidak perlu berdaftar. Tidak dapat nasihat dari profesional – sering ditipu oleh agent palsu atau scammer daftar produk KKM. Bukan sahaja salah bagi info malah wang pun lesap. Tidak cakna tentang undang-undang – Ramai usahwan sering terlepas pandang tentang undag-undag di Malaydia sebelum menjual. Alasa sering diberi, tak reti baca panduan, tidak faham bahasa teknikal, tidak sempat membaca kerana sibuk menguruskan bisnes.
Mengapa iklan ubat, produk kesihatan dan perkhidmatan perubatan perlu dikawal? Kerana terdapat banyak iklan-iklan yang mengelirukan pengguna. Terdapat penjual ubat atau produk kesihatan yang overclaim yang tak diluluskan untuk menarik pembeli membeli produk.
Apa yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman kami bantu beribu pemilik bisnes yang buntu memulakan perniagaan bidang produk makanan tambahan . Ramai usahawan keliru tujuan nak pohon pengkelasan produk ini. Usahawan perlu paham macam mana produk jatuh dalam kategori produk kena daftar atau tak perlu daftar.
Anda pernah mengalami situasi macam ini tak? Okay meh saya terangkan untuk bagi paham.
Bila nak mohon pengkelasan produk?
Bila produk anda nak jual adalah produk kesihatan, kenal pasti status produk anda. Ekh produk aku ni nak kena dafatar dulu ke, atau boleh jual macam itu sahaja? Okay, Mohon baca selanjutnya untuk lebih faham lagi. Ada 3 kategori untuk dihadamkan dulu.


Apa itu produk FDI?







Pertama, fahamkan ini dulu. Apa itu produk FDI
Food Drug Interphase (FDI) adalah produk yang tak pasti status di dikedudukan mana, grey area orang panggil. FDI adalah produk yang terdiri dari makanan yang diubahsuai untuk ciri khas yang

 


mempunyai vitamin, mineral, enzim yang diekstrak dari haiwan & tumbuhan. Kebanyakkan produk ini tak ditakrifkan dengan jelas sebagai ’makanan’ atau ’ubat’ tapi masih bebas menjual di pasaran.
FDI adalah makanan biasa yang telah diubahsuai untuk tujuan penjagaan kesihatan dari penyakit serta merawat penyakit. Maka wujudlah pertindihan statu samaada kawalan NPRA & BKKM.
Produk FDI adalah gabungan bahan makanan + bahan aktif (drug) yang digunakan secara oral.


Apa itu produk makanan?
Produk yang sejelas-jelasnya makanan (bukan FDI) tak perlu daftar dengan NPRA (KKM) tapi dikawal oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM).


100% bahan makanan ( susu, bijirin, sayur) Produk makanan tanpa bahan aktif, produk:- 3 in 1 pati (pati ayam, daging) sedia minum tanpa arahan dos pada label (air tin) cecair (cuka epal, madu) minuman isotonik, makanan sukan & makanan tujuan khas Bentuk makanan konvesional (kek, kuih, mee) Guna untuk memasak (minyak kelapa, zaitun) Herba rempah ratus dalam bentuk mentah tanpa tuntutan kesihatan (bunga lawang, cengkih)
Apa itu produk ubat? Produk yang sejelas-jelasnya ubat (bukan FDI) wajib daftar dengan National Pharnaceutical Regulatory Agency (NPRA) KKM. Wajib daftar jika produk ada:-


100% bahan aktif dengan atau tanpa eksipien (bahan sampingan – contoh eksipien: pengawet) ; atau bahan aktif spesifik yang mempunyai potensi farmakologi ( kajian bahan mengubat) dan terapeutik ( penyembuhan & perawatan penyakit) – disenaraikan dalam akta Racun 1952 seperti – Parasetamol, aspirin, glukosamin; atau bahan aktif spesifik ada terapeutik dos Sterol/stanol & ester tumbuhan yang dimakan > 3.5g/hari Psyllium husk yang dimakan > 3.5g/hari Produk ada mengadungi daun senna > 3.5g Dalam dos farmaseutikal – softgel, kapsul, table terus telan, sublingual (letak bawah lidah), buccal (letak di bahagian dalam pipi), semburan dalam mulut. Rajah : 100% bahan aktif dengan atau tanpa eksipien atau bahan makanan


Rajah: Kedudukan FDI antara makanan dan ubat.
Jika sebut produk makanan kesihatan automatik akan dikenali sebagai Food Drug Interphase (FDI) sebab ada drug + food.
Rajah 2.0 : Kombinasi ubat dan makanan
Tengok produk coklat ini ye, jika berdaftar dia perlu daftar kategori Health Supplement, dan perlu merujuk panduan NPRA – Drug Registration Guidance Document (DRGD) Appendix : Health Supplement. Jika makan tak perlu daftar, ikut je perlabelan Food Act 1983.




Tujuan Pengkelasan Produk Sebelum anda mula untuk mengisi borang pengkelasan produk. Pertama sekali anda perlu faham tujuan anda memohon. Ada 2 tujuan permohonan pengkelasan produk untuk produk food supplement.
Rajah 3.0 :Tujuan pengkelasan makanan
Jika tujuan anda seperti di No 1. Senang, bila dah konfem produk food supplemen FDI anda jatuh kategori makanan secara automatik, sila patuh kepada perlabelan & pengiklan Peraturan Makanan 1985.
Rajah 4.0 : Kategori makanan
Ini adalah contoh surat dari NPRA yang mengatakan produk ini bukan produk bukan bawah kawalan mereka. Guna surat dibawah ini untuk urusan 4 masalah besar tadi.
Rajah 5.0: Surat maklumbalas pengkelasan FDI dari NPRA (KKM) yang mengatakan produk ini adalah kategori makanan & bukan dalam kawalan produk berdaftar.
Jika tujuan anda seperti di No 2. Hasil surat dari NPRA anda boleh dapat tahu FDI  anda jatuh kategori makanan (tidak perlu daftar) atau kategori ubat traidional, health supplement, peranti perubatan ( wajib berdaftar).
Rajah 6.0: Kategori dan autoriti
Bila dah tau produk jatuh kategori yang boleh daftar. Kena tengok balik, penguatkuasaan autoriti mana kena berurusan dan panduan apa yang perlu rujuk.
Rajah: Kategori produk amat penting untuk menentukan
Rajah: Untuk daftar halal, adalah penting untuk tahu kategori produk. Jika produk tersebut dibawah kategori makanan yang ingin memohon Halal, perlu rujuk Malaysian Halal Standard (MS1500:2019). Manakala kategori ubat farmaseutikal perlu rujuk Halal Pharmaceutical-General Guideline (MS2424:2014)
Rajah 7.0: Maklumat setiap kategori
Ini salah satu bukti produk anda sudah mendapat kelulusan dari KKM. Berikut adalah No MAL KKM.
Rajah : Apabila produk kesihatan telah mendapat kelulusan KKM. Pelanggan anda boleh semak kelulusan produk KKM di Quest 3+ produk search https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php .
Rajah: Cara semak produk yang ada kelulusan KKM melalui label produk itu sendiri. Perlu ada pendaftaran MAL No. KKM beserta Hologram Meditag.
Macam mana tahu FDI anda jatuh kategori makanan (tak perlu daftar) atau kategori ubat (perlu daftar).


3 Cara utama bagaimana nak tentukan pengkelasan produk FDI Rajah Carta aliran menentukan klasifikasi Food Drug Interphase (FDI)
Formulasi Produk Jika nak buktikan produk anda jual ini adalah makanan, pastikan bahan anda tidak tersenarai dalam negatve list of food. Jika ada walaupun sikit je, automatik produk tu kena berdaftar dengan NPRA, dah kategori ubat. Walaupun hanya untuk makan & minum.
Sebagai contoh, air gamat, ikut pemahaman kita kategori minuman bukan. Tapi gamat ini ada dalam Negative list of food. Maka wajib daftar dengan NPRA sebelum beriklan.
Pastikan produk FDI anda tidak ada bahan tersenarai dalam dibawah jika daftar sebagai ubat. NPRA (KKM) larang kerana
Mengandungi racun seperti senarai Akta Racun 1952: Ada kejadian buruk (adverse event) kepada pengguna Bahan tersebut berbahaya & tidak selamat Ketidakcukupan data untuk membuktikan bahan tersebut selamat. Tuntutan produk Adakah produk ditunjukkan untuk tujuan perubatan, atau adakah label/pembungkusan produk mengandungi sebarang pernyataan yang menunjukkan atau membayangkan sebarang tujuan perubatan.
Kawalan berat badan, untuk manfaat kesihatan organ/sistem manusia tertentu, seperti gastro-usus dan/atau otak? Jika ya, produk anda kena daftar sebagai ubat.
Cara persembahan produk Adakah karya seni label produk membayangkan sebarang tujuan perubatan dan/atau dibungkus dalam sebarang bentuk pembungkusan yang menyerupai pembungkusan produk ubat? Packaging produk dalam blister pack, ada pulak tu yang dalam bentuk kapsul, tablet, softgel, berserta arahan berapa dos perlu ambil. Bila ada ciri-ciri ini, terus daftar sebagai ubat. Okay?
Peringatan
Memohon pengkelasan produk ini adalah prosedur voluntari, bukan kewajiban untuk memohon. Jawapan pengkelasan produk BUKAN kelulusan KKM TIDAK BOLEH digunakan untuk tujuan iklan TERBATAL sekiranya terdapat percanggahan maklumat ketika permohonan pengkelasan dengan produk di pasaran ataupun terdapat perubahan polisi. Maksud disini, semasa memohon pengkelasan produk, produk tersebut dalam bentuk serbuk makanan, tapi bila menjual di pasaran dalam bentuk kapsul pulak. Maka surat pengkelasan makanan dari KKM tersebut yang mengatakan produk itu TIDAK DIKAWAL oleh KKM tidak boleh digunakan lagi.
Rajah :Walaupun iklan makanan & kosmetik dikawal secara ‘self-regulate’ tetapi sekiranya ia memuatkan tuntutan perubatan termasuk 20 jenis penyakit yang dilarang, tindakan undang-undang masih tertakluk di bawah Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.


Di mana anda boleh dapatkan nasihat pengkelasan produk

Sekarang dah faham sikit ke? Dah dapat bezakan antara produk ubat, ubat & makananan? Bila anda dah baca peranggan ini, sedikit sebanyak anda mungkin tahu jika produk daftar sebagai ubat, apakah ranjau onak duri yang anda kena tempuhi dahulu?

 
Oleh sebab Itu, Kami di PS Consultancy & Training terpanggil untuk bantu anda berikan solusi yang terbaik dengan memberikan konsultasi ’PERCUMA’. Biasnya kami akan nasihatkan klien untuk jual sebagai kategori makanan dahulu. Pada masa yang sama, daftarkan produk dengan KKM sebagai ubat, kerana nak dapatkan produk ubat kelulusan KKM ambil masa yang lama. Disamping perlu menyediakan banyak dokumen yang menyokong claim produk anda.

 
Pernah tak terlintas dalam fikiran anda. ’sampai bila nak run bisnes curi-curi takut begini?’. Padahal anda jual produk betul dan tidak menyalahi undang-undang.

 
Skop kerja sebagai founder atau pemilik bisnes tak terhada pada marketing je. Urus pekerja nak kena hadap, bajet marketing pun kena fikirkan, dengan nak layan perangai songeh pelanggan yang banyak tanya lagi.

 
Ada tu modal dah banyak keluar, sales nak kena cari, startegi marketing yang tak mulakan lagi sebab puncanya produk tak setel dengan KKM. Dengan masalah yang bertalu-talu ni boleh menyebabkan founder produk give up dalam nak meneruskan perniagaan, sampai ada yang bunuh diri disebab kemurungan.

 

 Tahukah anda, 80% punca permasalahan yang berlaku dalam dunia bisnes produk adalah bukan disebabkan oleh Sales & Marketing semata-mata.

 
Maka, usahawan diluar sana perlu work smart, work hard. Lantik pakar untuk uruskan hal KKM anda. Lantik kami kerana kami akan memberikan konsultasi dan solusi sebenar bagaimana menguruskan startegi berhubung dengan pihak KKM. Pengkelasan Produk KKM adalah salah satu jalan penyelesaian sebenar bagi mereka yang ingin membina legasi bisnes berdasarkan produk kesihatan dan  makanan tambahan tanpa terjerumus dalam kategori produk sampah.

 
Kami merupakan satu-satunya konsultan yang tidak lokek berkongsi tentang selok belok memohon pengkelasan produk KKM dari bermula semakan label, senarai bahan, menyediakan dokumen sokongan sehinggalah jawapan permohonan dari KKM diperolehi.

 
Kami juga akan kongsikan bagaimana cara dan jalan untuk memilih nama produk dibenarkan serta  mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak KKM. Kami jugan bantu anda memilih tuntutan klaim produk yang bersesuain dengan kategori produk anda untuk elak iklan anda di’intip’ oleh pihak penguatkuasa KKM.


 


Dapatkan konsultansi di sini > PS Consultancy & Training 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2024/01/produk-kelulusan-KKM-Konsultan-kongsi-3-langkah-elak-Jadi-produk-Sampah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Awak Boleh Jalan Ahli Running Man Terkejut Lihat Berat Song Jihyo

Macam Mana Awak Boleh Jalan Ahli Running Man Terkejut Lihat Berat Song Jihyo

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 240 hits
Perasan tak yang Song Ji hyo kelihatan sedikit kurus sekarang ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man para ahli telah menyambut kepulangan Ji SUk jin yang berehat selama 5 minggu sebelum ini atas masalah kesihatan Untuk episod ka...
Macam Mana Nak Check Harga Tcg

Macam Mana Nak Check Harga Tcg

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 131 hits
Yang scam TCG pun bersepah hati hati Peminat Pokemon mesti suka ni https shope ee 2AqBwSkKex
Macam Mana Mayat Boleh Berbau

Macam Mana Mayat Boleh Berbau

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 144 hits
Sekali speaker masters in forensics la cerita Selalu nampak orang urus mayat guna ni https shope ee 4Knv855RB2
Wajah Liyana Jasmay Tanpa Solekan Disoal Netizen Macam Mana Suami Dia Boleh Suka

Wajah Liyana Jasmay Tanpa Solekan Disoal Netizen Macam Mana Suami Dia Boleh Suka

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 136 hits
Wajah pelakon Liyana Jasmay tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian netizen Namun ada dalam kalangan netizen meninggalkan kata kata seakan menyinggung perasaan pelakon beusia 36 tahun ...
Nak Suburkan Tanaman Tapi Tak Nak Guna Bahan Kimia Rupanya Sisa Makanan Pun Boleh

Nak Suburkan Tanaman Tapi Tak Nak Guna Bahan Kimia Rupanya Sisa Makanan Pun Boleh

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 208 hits
Bagi yang suka menanam sayuran di rumah pastinya mahu tumbuhan lebih subur tapi tak mahu gunakan bahan kimia Rupanya ada cara senang untuk guna sisa makanan sahaja paling penting jimat dan selamat Boleh cuba perkongsian pengguna Facebook Um...
Macam Mana Saya Buat Wallet Dari Mula Sampai Siap Anohada Leather Tutorial

Macam Mana Saya Buat Wallet Dari Mula Sampai Siap Anohada Leather Tutorial

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 233 hits
Dapatkan wallet buatan saya di sini https www instagram com anohadaleather Subscribe Channel Leather saya https www youtube com anohadaleather5002 Download PDF pattern saya di sini https anohadaleather etsy com
Jenis Bising Kuat Tapi Penakut Nak Hadap Bahas Mmmmm Ceroi

Jenis Bising Kuat Tapi Penakut Nak Hadap Bahas Mmmmm Ceroi

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 126 hits
Siapa Solisidtor ni aku pun tak kenal Tapi siapa pun dia dia patut berasa malu Kutuk Rafizi dan kerajaan bukan main hebat Bila ajak berdepan jadi penakut Memang macam tu la sifat PN Dari Mahiaddin kepala dia sampailah ke ekor semuanya penak...
Hilang Berat 49kg Dalam Masa 11 Bulan Ada Yang Offer Nak Bayar Kalau Kongsi Tip

Hilang Berat 49kg Dalam Masa 11 Bulan Ada Yang Offer Nak Bayar Kalau Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 218 hits
GADIS mana yang tidak mahu memiliki tubuh yang langsing dan potongan badan menarik Mempunyai tubuh yang kurus semestinya membuatkan seseorang tampil yakin dan anggun lebih lebih lagi apabila tuan badan mampu menggayakan pelbagai jenis fesye...
Nak Jadi Orang Gaji Boleh V Bts Dedah Reka Bentuk Hiasan Dalam Rumah Mewahnya

Nak Jadi Orang Gaji Boleh V Bts Dedah Reka Bentuk Hiasan Dalam Rumah Mewahnya

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 175 hits
Cantiknya rumah V BTS ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru siri dokumentari BTS BTS Monuments Beyond The Star V telah mendedahkan kepada peminat reka bentuk dan hiasan dalam rumah mewahnya Menerusi siaran tersebut peminat dapat melihat su...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall