Ubah Buku Teks Sejarah Aktivis Ph Mahu Perjuangan Komunis Diiktiraf


malaysiapolitik.com


Harapan (PH) menilai semula buku teks sejarah yang sedia ada dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri dalam naskhah rujukan utama pelajar sekolah itu.

Menurut aktivis PH, Fadiah Nad­wa Fikri, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan di dalam buku teks sedia ada walaupun para pejuang berkenaan turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Dia yang juga seorang peguam menjelaskan, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks Sejarah bagi memberi kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara.

“Saya tidak mengatakan buku-buku teks ini salah, cuma, terdapat fakta-fakta yang tidak tepat dan perlu diubah (dengan memasukkan) sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).
“Fakta yang ada (dalam buku teks Sejarah) mengenai satu pihak (sahaja), sedang dalam perjuangan kemerdekaan ada banyak pihak lain yang terlibat,” katanya selepas forum itu. Tambahnya, kerajaan tidak perlu takut untuk memasukkan sejarah perjuangan kemerdekaan puak berhaluan kiri kerana ini adalah perkara yang telah berlaku pada masa lampau dan telah direkodkan.

Di dalam forum yang diadakan sempena program A People’s History of Malayan Emergency itu, Fadiah Nadwa turut menyatakan PKM memperjuangkan keadilan sosial, demokrasi tulen dan keamanan dunia.

Pendapat sama turut diberikan oleh seorang lagi panelis, Fahmi Reza yang mendakwa buku teks sedia ada merupakan satu alat propaganda politik kerajaan sebelum ini.

Pereka grafik itu turut mempertikaikan kredibiliti penulis buku-buku Sejarah tersebut adalah ahli parti kerajaan pemerintah sebelum ini.

Fahmi menegaskan, buku-buku tersebut sepatutnya menjadi naskhah sejarah sebenar dan tidak seharusnya dijadikan alat propaganda politik oleh mana-mana pihak terutamanya oleh kerajaan baharu.

“Saya sendiri akan menentang jika kerajaan baharu ini melakukan demikian (menjadikan buku teks tersebut propaganda politik).

“Lebih baik tidak payah ditulis semula jika buku-buku sejarah ini akhirnya hanya akan menjadi alat,” katanya.

Rancangan dan usaha untuk iktiraf perjuangan Komunis itu bagaimanapun telah dibantah sekeras-kerasnya oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) yang mewakili lebih 70,000 ahli.



Presidennya, Ismail Abidin menegaskan, tindakan kejam komunis yang membunuh rakyat tanpa mengira kaum termasuk anggota tentera dan polis sama sekali tidak boleh dimaafkan sampai bila-bila.

Katanya, usaha pihak tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis itu bukan sahaja biadab sebaliknya merupakan langkah yang tidak masuk akal selain boleh mengguris perasaan rakyat di negara ini khususnya anggota keselamatan.
“Kita memang menentang habis-habisan sebarang usaha mengiktiraf perjuangan komunis ini. Jangan sesekali ubah sejarah mengenai komunis ini, komunis ini semua sedia maklum adalah satu gerakan yang jahat dan kejam. “Ramai pejuang kita mati kerana kekejaman komunis ini, tiba-tiba hari ini ada pihak lain pula yang hendak terima perjuangan komunis ini,” katanya.

Ismail yang juga Yang Dipertua PVATTBM cawangan negeri berharap kerajaan Pakatan Harapan tidak melayan atau sesekali terpengaruh dengan gesaan pihak tertentu untuk mengiktiraf perjuangan komunis.

Sementara itu, UMNO juga menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak yang mahu menghidupkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) di negara ini.


Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan berkenaan hanya akan membangkitkan api kemarahan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, pada masa sama tindakan itu akan berbahaya kepada sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Tindakan itu juga bahaya kepada sistem Raja Berperlembagaan di negara ini dan UMNO tidak boleh bertolenrasi dengan perkara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Annuar berkata, kerajaan diminta mengambil tindakan tegas dan tidak berdiam diri dengan menyatakan perkara itu adalah kebebasan untuk bersuara.

Katanya, UMNO tidak akan berdiam diri terutama dalam usaha menukar fakta sejarah ini.

“Memang betul PKM menentang Jepun bersama dengan Parti Perikatan, tetapi mereka tidak mahu merdeka mengikut cara yang diinginkan sebaliknya mahu mengambil tindakan bersenjata.

“PKM ketika itu mahu menjadikan Malaya sebagai sebuah republik dan perkara itu ditentang Parti Perikatan. Ini fakta yang sebenar, jangan hendak mengubah sejarah… apa tujuan pun saya tidak tahu,” katanya.

“Saya berani untuk berbahas fakta sejarah ini, jangan cuba hendak mengubah fakta dan cubaan ‘testing the water’. Ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/ubah-buku-teks-sejarah-aktivis-ph-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 900 Kes Positif Covid 19 Ada Sejarah Rentas Negeri

Lebih 900 Kes Positif Covid 19 Ada Sejarah Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 352 hits
Kementerian Kesihatan berterus terang khuatir melihat peningkatan pergerakan merentas negeri menjelang Aidilfitri kerana sehingga hari ini sebanyak 971 kes positif Covid 19 mempunyai sejarah merentas negeri Tambahan pula sebanyak 18 kluster...
Sejarah Getir Muslimah Indonesia Perjuang Hak Memakai Tudung

Sejarah Getir Muslimah Indonesia Perjuang Hak Memakai Tudung

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 297 hits
Jika di masa orde baru pemakaian tudung sempat dilarang dan saat itu sangat jarang ditemukan wanita bertudung di Indonesia namun pada saat ini pemakaian tudung di Indonesia sudah meningkat kesedarannya baik di bandar mahupun di desa Peningk...
Memahat Sejarah Hari Yang Mendung Buat Demokrasi Malaysia

Memahat Sejarah Hari Yang Mendung Buat Demokrasi Malaysia

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 272 hits
Hari ini 18 Mei 2020 telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 selama satu hari Di hari yang penting ini saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak ...
Sejarah Gambar Pendatang China Di Kuaratin British Di Malaya

Sejarah Gambar Pendatang China Di Kuaratin British Di Malaya

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 823 hits
SEJARAH Gambar pendatang dari china yang di kuaratin terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke Tanah Melayu oleh pihak British Tak ubah seperti pendatang asing lainya namun ada segelintirnya cuba berlagak seperti tuan dihari ini Sumber Go...
22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 328 hits
May 16 2020KUALA LUMPUR Parti Islam Se Malaysia bertekad memperkukuhkan resolusi Piagam Muafakat Nasional bersama sama rakan kerjasama UMNO dalam mesyuarat khas Muafakat Nasional semalam kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad PAS meny...
Perjuangan Ke Arah Kubur Uncle Kentang Amp Ustaz Ebit Lew Jalin Kerjasama

Perjuangan Ke Arah Kubur Uncle Kentang Amp Ustaz Ebit Lew Jalin Kerjasama

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 345 hits
Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang antara insan insan yang dikenali kerana aktif menjalankan kerja kerja kemanusian di seluruh Malaysia Lebih mengagumkan lagi pelbagai jenis perkhidmatan percuma sepe...
5983 Aktiviti Sesi Bual Biz Malaysia Ketua Aktivis Ppim Bersama Rtm Tv1 Ppim 23 05 2020

5983 Aktiviti Sesi Bual Biz Malaysia Ketua Aktivis Ppim Bersama Rtm Tv1 Ppim 23 05 2020

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 577 hits
22 Mei 2020 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersiaran dalam rancangan Bual Biz Malaysia yang bertajuk Beraya Dalam PKPB di saluran RTM TV1
Kini Pencapaian Paling Tinggi Pas Dalam Sejarah Zin Mahmud

Kini Pencapaian Paling Tinggi Pas Dalam Sejarah Zin Mahmud

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 328 hits
Pencapaian paling tinggi PAS dalam sejarahPenubuhan kerajaan Perikatan Nasional dengan PAS merupakan salah satu daripada parti di dalamnya adalah pencapaian tertinggi parti gerakan Islam itu Bukanlah PAS tidak pernah menjadi sebahagian dari...
Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 254 hits
MENYAMBUT hari lebaran bukanlah sekadar pesta pora riuh geger menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan Laungan takbir hari lebaran sebenarnya mengingatkan kita akan tugasan memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini Perlawanan antara i...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint