Kini Pencapaian Paling Tinggi Pas Dalam Sejarah Zin Mahmud



Pencapaian paling tinggi PAS dalam sejarahPenubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan PAS merupakan salah satu daripada parti di dalamnya, adalah pencapaian tertinggi parti gerakan Islam itu.Bukanlah PAS tidak pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, parti itu pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974.Tetapi kali ini, parti itu mempunyai anggota Kabinet yang lebih banyak daripada semasa BN dahulu. Bukan itu saja, kalau pada tahun 1974, mereka hanya mempunyai kerajaan negeri Kelantan, kali ini mereka juga memimpin Terengganu dan Kedah.Itu belum dikira jawatan lain berbanding tahun 1974, walaupun perlu dikira bahawa terdapat jauh lebih banyak jawatan untuk dinikmati oleh ahli politik sekarang berbanding 50 tahun dahulu.Juga apabila dikirakan bahawa PAS dapat menyertai kerajaan PN di atas kekuatannya dalam pilihan raya umum ke-14 yang ditandingi secara bersendirian, iaitu berbanding tahun 1974 apabila ia meletak calon bagi mewakili BN.Pihak yang juga merupakan sebahagian daripada gerakan Islam, bertanding melalui Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menjadi sebahagian kerajaan sebelum ini adalah Parti Amanah Negara (AMANAH).Walaupun hanya dapat bertahan 22 bulan tetapi kejayaan Amanah adalah juga merupakan suatu pencapaian tinggi gerakan Islam,Pencapaian yang tidak dapat diperoleh PAS dalam semua pilihan raya selepas tahun 1974.Jika pencapaian PRU ke-14 yang diperoleh PAS dan Amanah digabungkan, maka ia merupakan satu kejayaan besar walaupun kedua-dua parti itu menjadi lemah kerana perpecahan.Tetapi kebanyakan ahli Amanah adalah bekas anggota PAS. Dari segi aspirasi sebagai gerakan Islam, mereka adalah sama. Tetapi apabila berpecah, dapat dilihat perbezaan sudut pemikiran dan pandangan serta strategi parti-parti itu.PAS bersedia bekerjasama dengan Umno, tetapi menolak DAP. Sementara Amanah tiada masalah bekerjasama dengan DAP, tetapi menolak Umno.Hakikatnya, penggal PRU-14 ini menyaksikan kedua-dua parti itu mengecapi kuasa walapun hanya pada waktu pendek. Amanah dapat merasainya melalui PH. Kini giliran PAS pula melalui PN.PAS, Amanah dan gerakan IslamIstilah “gerakan Islam” boleh merujuk pada semua pertubuhan yang berjuang untuk melaksanakan Islam, sama ada berbentuk parti politik atau dakwah.Dalam takrifan ini, tentulah ia merangkumi PAS dan Amanah, walaupun tafsiran terhadap politik Islam adalah berbeza antara mereka.Badan dakwah seperti ABIM, Tabligh, Ikram, ISMA dan IRF juga dikira sebahagian daripada gerakan Islam.Konsep “gerakan Islam” mula terbentuk pada lewat 1970-an dan awal 1980-an ketika apa yang disebut sebagai “Era Kebangkitan Islam”. Peristiwa besar yang berlaku pada tahun-tahun itu ialah tentunya Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Khomeini. Itulah tahun beliau mengisytiharkan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadah sebagai Hari Al-Quds.Di Malaysia, pada tahun 1979, tokoh utama gerakan Islam tentulah Presiden ABIM, Anwar Ibrahim. Pada sekitar tahun awal 1980-an, apabila disebut gerakan Islam, ia merujuk pada ABIM, PAS, Tabligh dan Arqam.Selain itu terdapat kumpulan kecil lain seperti IRC (Islamic Represetative Council) yang disertai bekas pelajar Malaysia di United Kingdom. Ciri penting gerakan Islam adalah pesertanya terdiri daripada anak-anak muda yang penuh dengan idealisme.Tetapi pada tahun 1979, PAS masih merupakan “parti orang tua” diketuai oleh Asri Muda, sementara anak muda lebih cenderung untuk menyertai gerakan Islam bukan politik seperti ABIM, Tabligh dan Arqam.PAS merupakan parti bersejarah yang ditubuhkan ketika negara belum Merdeka lagi. Pastinya konsep “gerakan islam” ketika itu belum wujud.Namun apabila konsep itu timbul pada tahun 1980, ia dihujahkan sebagai meliputi pertubuhan Islam selepas penghapusan Kekhalifahan Uthmaniah.Maka gerakan Islam ini dilihat dipelopori oleh pertubuhan seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaati Islam di Pakistan, Masyumi di Indonesia dan PAS.Tetapi pada tahun 1980-an, pertubuhan Islam perlu diperbaharui oleh anak-anak muda dengan semangat dan pemikiran baru. Maka perkara itulah yang berlaku pada PAS pada tahun 1982 dengan ia melalui perubahan yang dikenali sebagai gagasan “Kepimpinan Ulama”.Ekoran itu, PAS telah menarik minat anak-anak muda yang bukan berlatar belakang pendidikan agama.Kini keadaan sudah berubah. Mereka yang dahulunya merupakan anak muda sudah menjadi tua, matang dengan pemikiran politik mereka juga berubah. Suasana masyarakat juga sudah berubah.Islamisasi masyarakat tidak menjadi progresif seperti yang diharapkan sebahagian aktivis tahun 1980-an. Malah ia menjadi konservatif, dan apa yang dimaksud dengan radikal pula kini adalah fanatisme dan ekstremisme. Sedangkan dahulu, radikalisme bermaksud progresif.Anak-anak muda dengan latar belakang agama pula sudah banyak dan mereka pula menjadi lebih konservatif dan populis.Perpecahan PAS-Amanah tidak dapat dielakPerpecahan dalam PAS yang menghasilkan Amanah kelihatan sebagai sesuatu yang pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan.Kini banyak orang tidak lagi menyebut atau teruja dengan gerakan Islam walaupun pendukungnya meningkat hingga dapat meraih banyak kerusi dalam pilihan raya. Tetapi sebenarnya sebahagian besar daripada mereka menjadi lebih konservatif, populis, nasionalis malah rasis.Sebab itu, walaupun PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan, mereka yang pernah mendukung gerakan Islam pada tahun 1980-an tidak teruja dengan pencapaian besar itu.Adalah dirasakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan keadaan Islam di negara ini, serta kedudukan gerakan Islam itu juga, kerana ia tidak mencerminkan perjuangan Islam yang mereka dukung pada tahun 1980-an.Anwar yang memimpin PKR kini tidak lagi dilihat sebagai tokoh gerakan Islam. Sebaliknya beliau hanya dilihat sebagai “Muslim Democrat”. Tidak ada siapa yang melihat PKR sebagai sebahagian daripada gerakan Islam.Dari sudut lain, konsep gerakan Islam itu sendiri mungkin sudah tidak relevan. Walaupun mempunyai sejarah dan tradisi Islami, tetapi PAS dan Amanah lebih mudah dilihat hanya sebagai parti politik yang berusaha untuk mendapatkan kuasa.Ketika mana pendokong PAS dan Amanah terus bertelagah, namun kedua-duanya tidak boleh berdiri sendiri. Mereka perlu berpakat dengan parti lain yang lebih besar. PAS dengan Umno dalam PN dan Amanah dengan PKR dalam PH.Kedudukan mereka dalam politik negara juga tidak akan menjadi dominan dalam pakatan masing-masing. Parti yang boleh menjadi ketua adalah sentiasa Umno atau bekas Umno, iaitu PPBM. Paling kuat pun PAS dan Amanah hanya mampu menjadi “king maker”.Zaman aktivis veteran tahun 1980-an sedang berlalu. Generasi baru sedang mengambil alih. Mereka pasti berlainan daripada apa yang terdahulu. Bagi mereka hujah lama itu sudah tidak relevan.Sebab itu apabila ada aktivis Amanah memetik ucapan lama pemimpin PAS sebagai hujah untuk mengkritik pendirian parti itu, maka sememangnya wajar untuk dijawab bahawa orang sekarang tidak bertanggungjawab pada polisi atau pemikiran orang dahulu walaupun daripada parti sama.Konsep gerakan Islam, Kepimpinan Ulama dan Era Kebangkitan Islam akan akhirnya hanya tinggal kenangan untuk dijadikan catatan dalam sejarah.Mungkin ada aktivis gerakan Islam tahun 1980-an yang melihat masa lalu sebagai nostalgia. Tetapi mungkin ada juga yang merasakan bahawa perjuangan mereka dahulu adalah sia-sia kerana dasar parti sekarang telah berubah hingga bercanggah dengan pegangan mereka. (FMT: Zin Mahmud -May 19, 2020 9:00 AM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/kini-pencapaian-paling-tinggi-pas-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Pas Anggap Nik Aziz Fadzil Noor Bacul Sebab Bersama Dap

Kini Pas Anggap Nik Aziz Fadzil Noor Bacul Sebab Bersama Dap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 332 hits
Kini PAS anggap Nik Aziz Fadzil Noor bacul sebab bersama DAP Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP sebagai bacul Menurut bekas menteri Wilayah ...
Malaysia Kini Dalam Sejarah Pm Ketuai Takbir Aidilfitri 2020

Malaysia Kini Dalam Sejarah Pm Ketuai Takbir Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 400 hits
Sumber SYAWAL kali ini yang disambut dalam suasana berbeza ekoran penularan wabak Covid 19 mencatatkan sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir hari raya Aidilfitri Tan Sri Muhyiddin mengetuai takbir hari ...
Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

Selangor Negeri Sembilan Paling Tinggi Cuba Rentas Negeri Ketika Hari Raya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 529 hits
Putrajaya 25 Mei Selangor merupakan negeri tertinggi cubaan merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika hari raya semalam Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Selangor Negeri Sembilan dan Pahang merup...
Raihan Kumpulan Artis Living Legend Paling Power Dalam Sejarah Muzik Malaysia

Raihan Kumpulan Artis Living Legend Paling Power Dalam Sejarah Muzik Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 357 hits
Ramai orang kata artis kita kena ikut artis Korea untuk diterima seluruh dunia Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya Tapi agaknya ramai lupa atau buat buat lupa Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling po...
Pembangkang Kesal Sidang Palimen Paling Singkat Dalam Sejarah

Pembangkang Kesal Sidang Palimen Paling Singkat Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 272 hits
Gabungan Pembangkang Pakatan Harapan Warisan dan Tun Mahathir kesal dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional memendekkan sidang Parlimen kepada hanya beberapa jam Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan mereka mempersoalkan arahan Perda...
Jenis Keju Yang Paling Cocok Buat Kamu Berdasarkan Zodiak Pas Banget Sama Kepribadianmu

Jenis Keju Yang Paling Cocok Buat Kamu Berdasarkan Zodiak Pas Banget Sama Kepribadianmu

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 204 hits
Kalau kamu pencinta keju harus tahu nih jenis keju yang paling cocok buatmu berdasarkan zodiak
Perak Rekod 1 351 Kes Denggi Daerah Kinta Paling Tinggi

Perak Rekod 1 351 Kes Denggi Daerah Kinta Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 350 hits
IPOH 7 Mei Sebanyak 1 351 kes demam denggi direkodkan di Perak sejak Januari tahun ini hingga Sabtu lepas iaitu peningkatan 11 3 peratus berbanding 1 214 kes bagi tempoh sama tahun lepas Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berk...
Dulu Engkau Khianat Pas Engkau Sokong Pasma Sehingga Goncang Pas Kini Engkau Rasa Pula

Dulu Engkau Khianat Pas Engkau Sokong Pasma Sehingga Goncang Pas Kini Engkau Rasa Pula

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 345 hits
Anwar Ibrahim kini bercakap soal kesetiaan parti dan pengukuhan PH Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau kini ialah pengerusi Pakatan Harapan jawatan yang dipegang Dr Mahathir Mohamad sebelum PPBM meninggalkan gabungan itu Saya nak beri...
22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

22 Bulan Ph Memerintah Sejarah Hitam Politik Negara Kata Pas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 299 hits
May 16 2020KUALA LUMPUR Parti Islam Se Malaysia bertekad memperkukuhkan resolusi Piagam Muafakat Nasional bersama sama rakan kerjasama UMNO dalam mesyuarat khas Muafakat Nasional semalam kata Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad PAS meny...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte