Memahat Sejarah Hari Yang Mendung Buat Demokrasi Malaysia




Hari ini, 18 Mei 2020, telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 selama satu hari.
Di hari yang penting ini, saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak semula sejarah kesuaman demokrasi negara kita.
Jumaat lalu, setelah Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 13 Mei 2020 yang mengumumkan PINDAAN Urusan Majlis Mesyuarat, saya telah menghantar sepucuk surat rayuan agar Usul daripada YB Langkawi yang diterima sebelum ini kekal diterima untuk dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat pada hari ini.
Di dalam surat itu juga saya menyatakan pandangan bahawa terdapat kekhilafan yang jelas dan nyata apabila Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat merujuk kepada Peraturan-peratuan Mesyuarat yang langsung tidak berkaitan dalam Kenyataan Media beliau pada 13 Mei 2020.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa pindaan Urusan Majlis Mesyuarat dibuat kerana menuruti makluman Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis berdasarkan Peraturan 11(2) dan Peraturan 15(2).
Saya merujuk kepada Peraturan-peraturan ini dan saya dapati, ianya tidak menyebut tentang hak meminda atau menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat oleh Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri.
Peraturan 11(2) menyebutkan begini:
“(2) Dengan tertakluk kepada syarat-syarat perenggan (1), Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan, sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap Penggal, tarikh-tarikh Majlis akan bermesyuarat dalam Penggal itu:
Tetapi disyaratkan iaitu Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.”
Tidak disebutkan langsung perihal mengubah Aturan Urusan Mesyuarat, yang disebutkan hanyalah “boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan dari semasa ke semasa.”
Peraturan 15(2) pula menyebutkan:
“(2) Urusan Kerajaan hendaklah diaturkan mengikut sebagaimana yang baik pada timbangan Kerajaan dan diberitahu kepada Setiausaha.”
Jelas dituliskan yang boleh diatur mengikut timbangan Kerajaan hanyalah “Urusan Kerajaan”.
Usul yang dibawa oleh YB Ahli Parlimen Langkawi tidak termasuk di dalam “Urusan Kerajaan”. Ianya adalah usul persendirian.
Peraturan 14. (1) jelas menetapkan bahawa “urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain…”
Ini bermakna hanya Majlis Mesyuarat sahaja yang berkuasa untuk menetapkan aturan selain daripada apa yang jelas termaktub dalam Peraturan 14 (1).
Andainya, pihak Kerajaan sangat-sangat ingin Aturan Urusan Mesyuarat dipinda kedudukannya, Peraturan 14 (2) yang membenarkan satu usul daripada Menteri untuk berbuat demikian.
Namun, usul ini pun tidaklah sampai boleh menafikan agenda-agenda lain dilangsungkan selama mana waktu mesyuarat mengizinkan.
Saya juga menyatakan, sekiranya YDP menarik semula tindakan menghadkan Urusan Mesyuarat, ia akan dikenang dalam sejarah demokrasi negara sebagai tindakan yang telus dan menjunjung demokrasi berparlimen kita.
Sabtu lalu, saya telah menerima sepucuk surat balas daripada YDP Dewan Rakyat. Permohonan rayuan saya ditolak namun surat ini tidak menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan tentang Peraturan-peraturan Mesyuarat.
Saya sedar, ini hanyalah usaha kecil saya sebagai Ahli Dewan Rakyat, namun saya puas kerana sekurang-kurangnya, saya telah melakukan sesuatu yang termampu, mengikut lunas undang-undang sedia ada.
Hari ini, persidangan telah pun berlangsung seperti yang telah ditetapkan. Namun, sejarah akan memahatkan 18 Mei sebagai tarikh mendung demokrasi negara kita.
Kepada mereka yang ingin merujuk Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, boleh klik di sini:
https://www.parlimen.gov.my/…/peraturan_mesyuar…/PMDR-bm.pdf
Saya kepilkan di sini salinan surat saya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk manfaat semua.
YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

MR :  Suara Maszlee atau suara IKRAM?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/memahat-sejarah-hari-yang-mendung-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telekom Malaysia Kini Membolehkan Anda Menguji Pelan Unifi Home Percuma Selama 30 Hari

Telekom Malaysia Kini Membolehkan Anda Menguji Pelan Unifi Home Percuma Selama 30 Hari

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 475 hits
Dalam usaha menarik lebih ramai pengguna menggunakan Unifi kini Telekom Malaysia hadir dengan sebuah promosi untuk pengguna menguji dan mencuba penawaran rangkaian mereka terlebih dahulu sebelum memilih untuk menggunakannya sepenuhnya Penaw...
Rakyat Malaysia Banjiri Ucapan Hari Jadi Perdana Menteri Yang Ke 73 Tahun

Rakyat Malaysia Banjiri Ucapan Hari Jadi Perdana Menteri Yang Ke 73 Tahun

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 393 hits
Selamat hari jadi kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke 73 tahun Alhamdulillah terima kasih atas pengorbanan Tan Sri yang dibuat untuk rakyat Malaysia semasa pandemik ini Menurut tinjauan Ohmedia di Facebook rakya...
Sejarah Sambutan Hari Ibu Berbeza Beza Di Seluruh Dunia

Sejarah Sambutan Hari Ibu Berbeza Beza Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 457 hits
Hari ibu 2020 tahun ini disambut dengan keadaan yang sangat berbeda dengan tahun tahun sebelum ini Saban tahun Hari Ibu 2020 akan disambut pada tanggal 10 Mei Hari ibu mula diraikan sejak beribu tahun dahulu ketika masyarakat Greek Kuno unt...
Tema Hari Guru Dan Lirik Lagu Kami Guru Malaysia 2020

Tema Hari Guru Dan Lirik Lagu Kami Guru Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 5595 hits
Hari Guru akan disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan jasa warga pendidik seperti Guru Pensyarah Ustaz dan lain lain yang telah mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa untuk dijadikan pandua...
12 Gambar Artis Malaysia Sempena Hari Raya 2020

12 Gambar Artis Malaysia Sempena Hari Raya 2020

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 1397 hits
Walaupun negara kita sedang nbsp menangani wabak Covid 19 namun ia tidak menghalang para artis Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2020 dengan cara yang bersederahana nbsp Instagram ctdk nbsp Dato Sri Siti Nurhaliza binti Tar...
Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Malaysia

Lagu Hari Raya Irama Hindi Sangat Unik Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 747 hits
Video lagu Hari Raya yang dipersembahkan oleh Unique Arts Culture Heritage Malaysia yang dianggotai kaum Sikh begitu indah dan amat mempesona Video yang dipos dari FB Mr Jega Murugan Muthu menyanyikan lagu Selamat Hari Raya begitu menarik s...
Raihan Kumpulan Artis Living Legend Paling Power Dalam Sejarah Muzik Malaysia

Raihan Kumpulan Artis Living Legend Paling Power Dalam Sejarah Muzik Malaysia

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 416 hits
Ramai orang kata artis kita kena ikut artis Korea untuk diterima seluruh dunia Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya Tapi agaknya ramai lupa atau buat buat lupa Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling po...
Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 267 hits
MENYAMBUT hari lebaran bukanlah sekadar pesta pora riuh geger menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan Laungan takbir hari lebaran sebenarnya mengingatkan kita akan tugasan memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini Perlawanan antara i...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi