Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini



MENYAMBUT hari lebaran bukanlah sekadar pesta pora, riuh geger menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan. Laungan takbir hari lebaran sebenarnya mengingatkan kita akan tugasan memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini. Perlawanan antara iman dan kufur, hak dan batil yang akan berterusan sehingga hari kiamat, terus bergulir masa yang menjadi saksi akan deenullah ini mempunyai pembela dan penyokongnya.Kita memperingati perang Ahzab yang monumental di zaman ar-Rasul yang mulia. Cerminan ibrah peristiwa ini berlaku di sepanjang zaman, pemuafakatan musuh mengepung orang yang beriman. Di zaman ini kelompok Islam dikepung oleh pakatan ahzab moden seperti kelompok pragmatis sekular, evangelist kristian, munafik yang bertopeng jemaah Islam, kelopok Islam inklusif, neo muktazilah dan seluruh pemuafakatan Ahzab moden.Peristiwa perang Ahzab ini berlaku kerana kebenciaan dan permusuhan golongan yahudi yg tidak senang dengan kebangkitan pengaruh dakwah Islam yg berpangkalan di Madinah. Golongan Yahudi ini daripada kelompok Bani Nadhir yang tinggal di Khaibar telah menghasut kafir Mekah yang dipimpin oleh Abu Suffian supaya mengadakan usaha yang terancang dan berpakat dengan khalayak Kafir yang lain untuk menyerang orang Islam di Madinah.Kempen jahat mereka ini telah didedahkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah An-Nisa’, ayat 51 hingga 55 yg bermaksud: “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya kepada Jibt dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman.” (An-Nisa’:51)Tentera musyrikin begitu berang apabila mereka terhalang oleh parit dan kubu kerana taktik ini tidak pernah digunakan di Semenanjung Arab. Mereka telah melancarkan serangan anak panah bertubi-tubi daripada luar kota Madinah manakala beberapa panglima mereka telah berjaya menyusup masuk di sebelah parit, iaitu Ikrimah bin Abu Jahal dan Amru bin Abdul Wud.Peristiwa selanjutnya ialah berlaku cabar-mencabar di antara pahlawan musyrikin tersebut dan para sahabat. Saidina Ali KWJ telah bertarung (Al-Mubarazah) dengan Amru bin Abdul Wud yang disaksikan oleh sahabat-sahabat yg lain. Saidina Ali memang terkenal dengan seorang anak muda pemberani yang sangat dikasihi oleh Nabi SAW, apatah lagi beliau mendapat tarbiyah secara langsung daripada Baginda Nabi SAW.Saidina Ali telah berjaya membunuh Amru, menyebabkan Ikrimah bin Abu Jahal melarikan diri dan kegembiraan sahabat-sahabat dimanifestasikan melaui laungan takbir mereka. Dalam peristiwa perang Ahzab yang berlaku di musim sejuk ini dan kekurangan makanan, orang-orang Yahudi Bani Quraizah telah melakukan pengkhianatan yg mana mereka sepatutnya sama-sama mempunyai tanggungjawab kolektif mempertahankan bumi Madinah daripada serangan luar sepertimana yang disepakati bersama dalam Sahifah Madinah.Kelompok Yahudi ini melakukan pengkhianatan kerana dihasut oleh Huyai bin Aktab iaitu pemimpin Yahudi Bani an-Nadhir.Pertembungan semakin sengit yang menyaksikan 6 orang sahabat telah gugur sebagai syuhada’, manakala musyrikin kehilangan 10 orang tentera mereka. Dalam pertempuran ini, sahabat kanan yang sangat Nabi SAW kasihi juga merupakan pemimpin kaum Ansar, iaitu Sa’ad bin Mua’dz telah cedera parah terkena panah pihak musuh.Allah SWT Yang Maha Perkasa lagi Maha Pembalas dendam telah membantu para pejuangnya yang ikhlas dalam peristiwa perang Ahzab iaitu dengan memberikan beberapa bentuk pertolongan, antaranya sebagaimana yg disebut dalam Al-Quran, surah al-Ahzab ayat 9 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah yg dikurniakan kepada kamu ketika kamu diserang oleh tentera-tentera Ahzab, lalu Kami hantarkan kepada mereka ribut yg kencang dan tentera-tentera (malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu lakukan.”Orang Yahudi yang dipimpin oleh Salam bin Abi Al-Haqiq ini telah berjaya menyakinkan Abu Suffian tentang buah kemenangan yg akan mereka kecapi jika permuafakatan kuffar ini berjaya dilaksanakan. Beberapa kabilah Arab yang masih kufur telah berjaya disatukan dalam satu barisan, seperti kabilah Bani Ghatfan, kabilah Bani Murrah dan lain-lain lagi. Jumlah kekuatan mereka ialah seramai 10,000 orang dan mereka dipimpin oleh Abu Suffian yg sebelum ini telah berjaya mengalahkan tentera Islam dalam peristiwa peperangan Uhud yang berlaku pada tahun 3 Hijrah.Nabi SAW telah mendapat maklumat tentang permuafakatan golongan kuffar ini lantas telah mengadakan mesyuarat di Madinah dengan sahabat-sahabat yang lain bagi menghadapi peristiwa perang besar ini. Dalam mesyuarat itu, Nabi SAW tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh seorang sahabat yang berbangsa Parsi, iaitu Salman yang mencadangkan supaya parit digali di keliling kota Madinah. Ini bagi menghalang serangan tentera berkuda yang ramai di pihak musuh.Rasulullah SAW telah mengatur persiapan dan pertahanan tentera Islam dengan membahagikan sahabat-sahabat kepada beberapa kumpulan iaitu setiap sepuluh orang menggali 40 hasta. Dalam operasi ini, Nabi SAW bertungkus-lumus dengan sahabat-sahabat lain menggali parit dan merangsang semangat sahabat-sahabat yang lain dengan ganjaran pahala jihad.Dalam operasi ini juga, Allah SWT memperlihatkan beberapa mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi SAW, seperti mampu memecahkan batu yang sangat pejal yang tidak mampu dipecahkan sahabat-sahabat yang lain. Usaha membina parit ini diteruskan dengan bersungguh-sungguh kerana mengejar masa, bimbang takut musuh tiba sebelum parit disiapkan tetapi dengan keikhlasan dan kesungguhan para Mujahidin, maka parit tersebut berjaya disiapkan sebelum kedatangan 10,000 bala tentera musuh.Dalam pertembungan yg bersejarah ini, dirakamkan bahawa tentera Islam hanyalah sekitar 3,000 orang sahaja dan mereka tidak mendapat kerjasama daripada orang-orang munafik dipimpin oleh Abdullah bin Ubai serta berlaku pengkhianatan daripada orang Yahudi Bani Quraizah.Dalam menghadapi kedatangan jumlah musuh ramai ini, para sahabat memperlihatkan tahap moral dan keimanan begitu tinggi, sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 22, bermaksud: “Apabila orang-orang yang beriman itu melihat tentera Ahzab, maka berkatalah mereka, inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya kepada kita dan benarlah Allah dan RasulNya dan demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan kesejahteraan.”Peristiwa perang Ahzab diingati oleh ummat Islam di sepanjang zaman , bukan hanya menjadi dendangan pagi Syawal,namun jauh daripada itu,kisah ini adalah pengajaran kepada kita semua. Bangkit berjuang membela Islam daripada kepungan pakatan Ahzab moden, ulangan peristiwa yang turut berlaku di akhir zaman. Di Malaysia, butakah mata kita semua melihat betapa gencarnya mereka berusaha merobek Islam dan syariatnya. Pemuafakatan yang didukung oleh kuffar dan kelompok munafik yang sebangsa dengan kita. Kerana secebis kuasa mereka menutup mata akan kebenaran. Ayuh ummat, jangan lena disaat agamamu dirobek musuh-musuh agama. – HARAKAHDAILY 5/6/2019Penulis adalah AJK Pas Pusat, Pengerusi LESTARI.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/perang-ahzab-melakar-sejarah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Sambutan Hari Ibu Berbeza Beza Di Seluruh Dunia

Sejarah Sambutan Hari Ibu Berbeza Beza Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 443 hits
Hari ibu 2020 tahun ini disambut dengan keadaan yang sangat berbeda dengan tahun tahun sebelum ini Saban tahun Hari Ibu 2020 akan disambut pada tanggal 10 Mei Hari ibu mula diraikan sejak beribu tahun dahulu ketika masyarakat Greek Kuno unt...
Memahat Sejarah Hari Yang Mendung Buat Demokrasi Malaysia

Memahat Sejarah Hari Yang Mendung Buat Demokrasi Malaysia

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 276 hits
Hari ini 18 Mei 2020 telah berlangsungnya Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 selama satu hari Di hari yang penting ini saya ingin memahat satu lagi babak sejarah agar tak lupa oleh anak cucu kita tatkala mereka menyelak ...
Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab

Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 512 hits
1 Sedar atau tidak dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz Allah telah membenarkan janjinya membantu hambanya dan mengalahkan pakatan al Ahzab dengan sendirinya 2 ...
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Penjawat Awam

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 493 hits
The post appeared first on Tarikh Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Penjawat Awam Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Aidilfitri Tahun 2020 kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan pesara kerajaan berpencen Lebih Info akan kongsikan maklu...
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 1069 hits
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker Assalamuaikum dan Selamat Pagi Hari ni kita telah berpuasa selama 24 hari di bulan Ramadhan tinggal 6 This is a content summary only Visit my website f...
2 Kluster Hadir Perhimpunan Tabligh Makassar Tamat Pemantauan Hari Ini

2 Kluster Hadir Perhimpunan Tabligh Makassar Tamat Pemantauan Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 407 hits
PUTRAJAYA Dua kluster Covid 19 yang menghadiri perhimpunan tabligh di Makassar tamat pemantauan dan rawatan hari ini Kluster tersebut adalah kluster Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid Simpang Renggam Johor dan kluster di Sabah kata Ketua Pen...
Lirik Seloka Hari Raya Fattah Amin Fazura

Lirik Seloka Hari Raya Fattah Amin Fazura

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 518 hits
Indahnya sungguh di hari raya Ramainya orang bersuka ria Indahnya sungguh di hari raya Ramainya orang bersuka ria Adikku manis cantik bergaya Bolehkah abang ikut bersama Adikku manis cantik
Hiburan Elly Mazlein Ucap Selamat Hari Guru Pada Suami

Hiburan Elly Mazlein Ucap Selamat Hari Guru Pada Suami

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 444 hits
Sempena sambutan Hari Guru yang diraikan pada setiap 16 Mei setiap tahun penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sempat menitip ucapan buat suaminya Mohammad Azlan Che Noh yang juga merupakan seorang pendidik Elly berkongsi berita berkenaan bersa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa