Tv Pendidikan Mengapa Tidak Guna Saluran Percuma Rtm


 
TV Pendidikan: Mengapa tidak guna saluran percuma RTM?Oleh: Redzuan RF8 MediaMay 24, 2021ShareJawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti pembangkang mahukan jawapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengapakah siaran TV Pendidikan disiarkan melalui syarikat swasta Media Prima dan bukannya melalui RTM milik kerajaan.
Menurut satu kenyataan jawatankuasa tersebut, sehingga kini tiada penjelasan munasabah yang diberikan pihak KPM mengenai persoalan kontrak penyiaran bahan pendidikan oleh DidikTV yang dikendalikan oleh Media Prima.
“Umum tahu siaran DidikTV bermula di NTV7 pada 16 Februari lalu, dua hari sebelum sesi persekolahan bersemuka dimulakan. Mulai 1 Mei pula pemegang taruh BSTP KPM tidak lagi melaksanakan sebarang rakaman dan Penerbitan Rancangan TV Pendidikan.
“Semua telah diserah kepada DidikTV secara rundingan terus di dalam darurat oleh KPM pada kadar yang tidak dinyatakan. Umum ingin mengetahui, berapakah nilai bayaran airtime 17 jam sehari selama sebulan sehingga 3 tahun kepada DidikTV oleh KPM?
“Sedangkan umum mengetahui, pihak Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) melalui RTM pernah memberi laluan siaran TV Pendidikan slot airtime secara percuma, bahkan KKMM pada asalnya mewujudkan saluran baharu TV6 sebagai TV Pendidikan tetapi saluran ini telah ditolak oleh YB Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
“Kami minta KPM memberi penjelasan munasabah dalam hal ini,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa Pendidikan PH juga mempersoalkan apakah keuntungan bagi rakyat dan KPM untuk membuat bayaran siaran kepada DidikTV pada saat kerajaan boleh menggunakan fasiliti siaran TV Kerajaan pada waktu darurat.
Mereka juga ingin tahu berapa juta ringgitkah nilai kontrak rundingan terus yang telah diberikan kepada Media Prima?
Selain itu, jawatankuasa turut mahu penjelasan mengenai hak cipta isi kandungan Didik TV sama ada dimiliki oleh Media Prima atau pun KPM kerana mereka mendakwa isi kandungan tersebut menampilkan guru-guru dan silibus KPM.
“Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) program video siaran yang dihasilkan oleh DidikTV secara siaran langsung bersama guru-guru KPM ini diletakkan di platform digital Tonton milik Media Prima. Persoalannya siapakah yang memiliki hakcipta program-program tersebut? KPM atau Media Prima?
“Bukankah KPM mempunyai pelantar pembelajaran Delima dan EduwebTV, malangnya sehingga kini bahan-bahan tersebut tidak kelihatan di Delima dan EduwebTV?
“Berapakah bilangan penonton DidikTV sehingga kini? Apakah berbaloi puluhan juta ringgit duit rakyat dilaburkan berbanding bilangan penggunanya?
“Apa yang pasti semuanya kabur dan masih tidak jelas. Kami juga ingin bertanya ke manakah hala tuju TV Pendidikan di bawah Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin?” soal mereka.
Selain itu, turut dibangkitkan, isu Kontrak Perbekalan kandungan TV Pendidikan oleh Syarikat Swasta Sewaktu perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat tahun lalu.
Jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang bertanya mengenai kontrak bernilai RM1.9 juta diberikan kepada sebuah syarikat tetapi tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dijawab dengan mengemukakan tarikh baharu, dilanjutkan dari 30 November 2020 kepada 31 Mac 2021
“Persoalannya, apakah status pembuatan kandungan tersebut pada waktu ini? Apakah kesemua 800 kandungan tersebut telah selesai? Ataupun terpaksa ditangguhkan lagi? Jika benar, berapa lama kerajaan membenarkan penangguhan tersebut?
“Berapakah pula bayaran yang telah dibuat pada syarikat penyedia kandungan setakat ini? Apakah masih tetap dengan nilai RM 1.9 juta juga?” tanya mereka.
Oleh itu, jawatankuasa berkenaan mengharapkan pihak Menteri dan Timbalan-timbalannya tidak memperjudikan pendidikan negara dan masa depan anak-anak bangsa dalam permainan politik mereka.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH, Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah), Wilfred Madius Tangau (UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/tv-pendidikan-mengapa-tidak-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaji Semula Laptop Percuma Saluran Tv Pendidikan

Kaji Semula Laptop Percuma Saluran Tv Pendidikan

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 326 hits
SUARA MERDEKA KERAJAAN perlu meneliti semula kaedah pemberian 150 000 laptop percuma bagi tujuan pendidikan sekolah yang kini sekali lagi perlu menjalani pembelajaran dalam talian Laptop yang sepatutnya mula diedarkan pada bulan Februari it...
Selepas Rtm The Star Pula Guna Istilah Militan Pada Hamas

Selepas Rtm The Star Pula Guna Istilah Militan Pada Hamas

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 290 hits
Adakah sengaja butakan diri dari ambil tahu sejarah penjajahan oleh Zionis BANGI Selepas Berita Mandarin TV2 Jabatan Penyiaran Malaysia akhbar berbahasa Inggeris The Star pula menyiarkan laporan berita yang menggelar Pergerakan Perjuangan I...
Hiburan Nak Tahu Rahsia Untuk Camera Ready Raya Ini Guna Nivea Caring Lip Balm Agar Kelihatan Sihat Berseri

Hiburan Nak Tahu Rahsia Untuk Camera Ready Raya Ini Guna Nivea Caring Lip Balm Agar Kelihatan Sihat Berseri

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 336 hits
Norma baharu itulah realiti yang sedang kita lalui hingga ke hari ini sejak bermulanya pandemik Covid 19 di seluruh dunia Sejak itu juga kita sudah mula dibiasakan dengan teknologi kerana banyak perkara perlu dilakukan hanya dari rumah work...
Netizen Gigih Sambung Lirik Lagu Duhai Bonda Duhai Ayahanda Guna Profil Facebook

Netizen Gigih Sambung Lirik Lagu Duhai Bonda Duhai Ayahanda Guna Profil Facebook

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 470 hits
Baca boleh nyanyi jangan Gigih hang cari profile fb org naa min yg pelik aku pun dok terikut nyanyi hampeh tol Dah scroll sekeping terus sampai ke sudah duk layan mengambil mood raya lagu Duhai Bonda Duhai Ayahanda jadi dendangan dan siulan
Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan 9 Hari Bina Rumah Bagi Warga Emas

Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan 9 Hari Bina Rumah Bagi Warga Emas

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 345 hits
Steven Sim bergambar dengan Uncle Ah Hock di luar rumah baharunya GEORGE TOWN Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menggunakan wang sendiri untuk membina rumah baharu dalam sembilan hari bagi seorang warga emas yang tinggal di rumah usan...
Penduduk Palestin Mati Akibat Sesak Nafas Israel Didakwa Guna Bom Beracun

Penduduk Palestin Mati Akibat Sesak Nafas Israel Didakwa Guna Bom Beracun

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 675 hits
Oleh Kepulan asap dari sebuah menara menjulang ke udara selepas dibedil tentera rejim Zionis di Gaza baru baru ini Foto MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN Kesihatan di Gaza semalam mengesahkan bahawa sejumlah penduduk Palestin mati sesak nafas akibat...
Pdrm Guna Dron Pantau Pematuhan Sop Di Kawasan Perumahan

Pdrm Guna Dron Pantau Pematuhan Sop Di Kawasan Perumahan

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 190 hits
Polis Diraja Malaysia akan menggunakan dron bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard di kawasan kawasan perumahan sempena Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri da...
Resipi Nasi Impit Masak Guna Pressure Cooker

Resipi Nasi Impit Masak Guna Pressure Cooker

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 565 hits
Semalam juliamasak kari kambing original guna teknik separa pressure cooker dah baca Kalau belum sila klik Hari ini juju nak kongsikan cara memasak nasi impit menggunakan pressure cooker Teringat tahun tahun sudah atas dapur berkecah berebu...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Loko Pemuda Chord

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Bull Ring A Taurine Triumph Bonneville Scrambler From Spain

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Syawal Ke 4 Adik Beradik Dan Keluarga Sa

Mmasa Jadi Kerajaan 33 Bulan Tak Mampu Pikir Pun Sibuk Bab Lain