Penduduk Palestin Mati Akibat Sesak Nafas Israel Didakwa Guna Bom Beracun


Oleh Wartawan UtusanTV Kepulan asap dari sebuah menara menjulang ke udara selepas dibedil tentera rejim Zionis di Gaza, baru-baru ini. Foto MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN Kesihatan di Gaza semalam mengesahkan bahawa sejumlah penduduk Palestin mati sesak nafas akibat gas beracun yang berasal dari peluru berpandu Israel yang meledak semasa serangan udara tentera rejim di Genting Gaza yang terkepung, minggu ini.
Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, Kementerian Kesihatan berkata, sejumlah mangsa serangan udara tentera rejim di Gaza dibawa ke Pusat Perubatan al-Shifa di mana mereka menjalankan penilaian forensik yang menentukan sesak nafas sebagai penyebab utama kematian mereka.
Pakar forensik mendedahkan,  mangsa menunjukkan gejala luar yang menunjukkan bahawa kemungkinan mereka menyedut gas beracun sementara mereka mengambil sampel untuk ujian lebih lanjut.
Dalam perkembangan berkaitan, koresponden WAFA melaporkan, dua penduduk Palestin dan lapan orang lagi cedera dalam serangan udara rejim Zionis di Genting Gaza.
Seorang penduduk Palestin berjalan kaki melintasi sebuah pangsapuri yang ranap dibedil tentera rejim Zionis di Gaza baru-baru ini. Foto MEDIA SOSIAL Menurutnya, jet pejuang Israel menyasarkan sekumpulan penduduk di kawasan Abraj al-Nada di utara pekan Beit Lahia membunuh seorang penduduk dan mencederakan lapan yang lain 
Mangsa dikejarkan ke Hospital Indonesia untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Jet pejuang rejim turut membedil sekumpulan penduduk Palestin di kawasan al-Turkman di kawasan perumahan al-Shajaiya, timur bandar Gaza membunuh seorang penduduk.
Mangsa dibawa ke Kompleks Perubatan al-Shifa untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mayat sepasang suami isteri daripada runtuhan sebuah rumah yang dibedil tentera rejim di kawasan Sheikh Zayed di pekan Beit Lahia, semalam.
Angka kematian di Gaza terus meningkat masuk hari keempat serangan darat dan udara tanpa henti di Gaza yang menyaksikan serangan terbesar sejak perang 2014.
Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, 83 orang penduduk Palestin terbunuh termasuk 17 kanak-kanak, tujuh wanita dan seorang warga emas ketika 487 yang lain cedera akibat serangan Israel yang berterusan di Genting Gaza.
Tentera rejim melakukan ratusan serangan udara dengan mendakwa sasaran yang dibedil adalah lokasi tentera.
Bagaimanapun pengeboman itu menyasarkan dan meranapkan pangsapuri, menara, kediaman, pejabat kerajaan, pejabat media, bank dan jalan raya serta beberapa kemudahan awam di Genting Gaza.
Sebanyak dua juta penduduk Palestin tinggal di Genting Gaza yang berdepan sekatan Israel sejak 12 tahun lalu dan serangan udara berterusan membawa kerosakan besar kepada infrastruktur semenanjung berkenaan.
Keganasan polis Israel terhadap umat Islam Palestin di Baitulmuqaddis hingga mengakibatkan ratusan penduduk cedera minggu lalu mendorong Hamas yang menguasai Gaza melancarkan serangan roket ke atas Israel sebagai tindak balas terhadap kekejaman Israel.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/penduduk-palestin-mati-akibat-sesak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Lancarkan Roket Bunuh 33 Penduduk Palestin Termasuk 13 Kanak Kanak

Israel Lancarkan Roket Bunuh 33 Penduduk Palestin Termasuk 13 Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 262 hits
1 642 total views 1 642 views today Serangan udara pihak Israel membunuh 33 penduduk Palestin termasuk 13 kanak kanak di Gaza pada awal pagi Ahad menurut pegawai kesihatan Gaza Pada masa sama roket terus dilancarkan ke Israel dengan pertemb...
Nurul Izzah Seru Umat Islam Berdoa Untuk Palestin Akhiri Kezaliman Israel

Nurul Izzah Seru Umat Islam Berdoa Untuk Palestin Akhiri Kezaliman Israel

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 305 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menyeru umat Islam supaya bangkit memperjuangkan rakyat Palestin yang diserang oleh tentera Israel ketika ini Beliau berkata umat Islam wajar berdoa agar warga Palestin selamat daripada kezalim...
Israel Dakwa Bunuh 15 Anggota Penjuang Palestin

Israel Dakwa Bunuh 15 Anggota Penjuang Palestin

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 282 hits
Menurut Sinar Harian pada Selasa lepas tentera Israel telah menyerang 130 sasaran ketenteraan di Gaza Tentera Israel juga mendakwa yang mereka telah membunuh 15 anggota Hamas dan Jihad Islam Jurucakap tentera rejim Zionis Jonathan Conricus ...
Hari Kedua Pertembungan Antara Rakyat Palestin Dan Polis Israel Sekurang Kurangnya 90 Dilapor Cedera

Hari Kedua Pertembungan Antara Rakyat Palestin Dan Polis Israel Sekurang Kurangnya 90 Dilapor Cedera

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 372 hits
2 480 total views 2 480 views today Sekurang kurangnya 90 individu dilaporkan cedera semasa pertembungan antara rakyat Palestin dengan polis Israel di Baitul Maqdis malam tadi lapor CNN Memetik kenyataan persatuan Bulan Sabit Merah Palestin...
5653 Krisis Palestin Israel Pbb Perlu Hantar Pasukan Penjaga Ambil Alih Wilayah Getaran 11 05 2021

5653 Krisis Palestin Israel Pbb Perlu Hantar Pasukan Penjaga Ambil Alih Wilayah Getaran 11 05 2021

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu didesak menghantar Pasukan Penjaga Pendamai dari negara berkecuali untuk mengambil alih semua wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh Israel Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata PB...
Buasir Otak Tv Punca Konflik Palestin Dan Israel

Buasir Otak Tv Punca Konflik Palestin Dan Israel

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 421 hits
Punca konflik Palestin dan Israel dipaparkan secara ringkas dalam bentuk animasi untuk memudahkan masyarakat terutama budak budak memahami kenapa Israel menyerang Palestin Ia semua disebabkan orang Israel mahu merampas rumah dan tanah orang...
Israel Angkuh Tolak Gencatan Senjata Dengan Palestin

Israel Angkuh Tolak Gencatan Senjata Dengan Palestin

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 358 hits
Semalam genap hari kelapan rejim Zionis menceroboh dan menyerang bumi Palestin ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut kemeriahan Aidilfitri Bagaimanapun Israel tetap angkuh dan menolak gencatan senjata dengan Palestin Kenyataan...
Gara Gara Sertai Demonstrasi Sokong Palestin Bella Hadid Dikecam Israel

Gara Gara Sertai Demonstrasi Sokong Palestin Bella Hadid Dikecam Israel

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 280 hits
Isabella Khair Hadid atau lebih dikenali sebagai Bella Hadid menerima kecaman hebat daripada kerajaan Israel selepas supermodel terkenal itu turut serta dalam demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis terhadap Palestin yang diadakan di Brooklyn...
Palestin Israel Saling Rayu Sokongan Di Pbb

Palestin Israel Saling Rayu Sokongan Di Pbb

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 266 hits
BH ONLINE Penduduk Palestin melihat runtuhan bangunan dalam serangan roket oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza Foto AFP NEW YORK Pemimpin Palestin dan Israel saling merayu untuk mendapatkan sokongan pada sesi Majlis Keselamatan Pertubuh...
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Anaheim Car Owners Are Turning To This Hassle Free Option

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semuanya Dibalas Sempurna

10 Bukti Sains Dalam Al Quran Tentang Alam Semesta

Now Pkr Youth Chief Backs Nurul Izzah As Deputy President

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Why Is Dragon Fruit So Famous

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor