Hiburan Nak Tahu Rahsia Untuk Camera Ready Raya Ini Guna Nivea Caring Lip Balm Agar Kelihatan Sihat Berseri
‘Norma baharu’, itulah realiti yang sedang kita lalui hingga ke hari ini sejak bermulanya pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Sejak itu juga kita sudah mula dibiasakan dengan teknologi kerana banyak perkara perlu dilakukan hanya dari rumah #workfromhome. Tipulah kalau korang tak pernah buat video call, betul tak?
Macam Hari Raya Aidilfitri tahun ni pun kita terpaksa sambut secara online dengan video call bersama keluarga dan rakan dari jauh sebab tak dapat rentas daerah apatah lagi rentas negeri. Jadi kita kena pastikan penampilan diri dalam keadaan paling terbaik dan boleh guna 2 produk ni untuk nampak lebih ceria. Barulah mood hari raya yang hilang tu ada.
AdvertisementBangun awal di pagi Hari Raya & siap sedia jumpa keluarga depan kamera guna NIVEA Soft Rose Caring Lip Balm.
Kalau bangun pun tengah hari, memang tak merasalah suasana pagi raya tu. Pastikan bangun dan mandi awal pagi. Jangan tunjuk muka kita lesu dan tak bermaya! Pastikan mata tak sembab dan bibir pula tak kering. Sebab itulah kena siap-siap pakai NIVEA Soft Rose Caring Lip Balm yang dapat melembapkan bibir dan meningkatkan keserian bibir kita secara semula jadi dengan formula ekstrak mawar.
Untuk yang ada masalah bibir kusam memang bagus guna NIVEA Soft Rose yang mampu mencerahkan bibir kita. Keluarga mesti terpukau tengok wajah kita sihat dan berseri jer dalam video call. Lega sikit hati ibu dan ayah dekat kampung bila tengok kita.
Advertisement
Habis sembang dan masing-masing pun dah tunjuk baju raya baru depan kamera, boleh la mula perkara wajib pagi raya ni. Walaupun tak dapat nak bersalaman, cium dan peluk keluarga, gunalah masa yang ada ini untuk memohon kemaafan.
Masa inilah kita dapat nangis puas-puas dan luahkan apa terbuku dalam hati dekat ibu dan ayah depan kamera tu. Keluarga juga tentu faham mengapa kita masih tak dapat pulang ke kampung dan ini semua demi kebaikan bersama.
Misi hari raya online selesai! Bila duduk ataupun kerja di rumah, jangan lupa pelindung UV untuk bibir penting juga. Gunakan NIVEA Ultra Care & Protect Caring Lip Balm.
Walaupun sentiasa duduk atau kerja di rumah, kita masih terdedah kepada sinaran dari melalui tingkap dan pintu cermin yang dapat merosakkan kulit bibir kita yang nipis. Kalau tidak menjaga bibir dengan product yang dilengkapi dengan SPF tinggi, lama-kelamaan ia menjadi kusam dan kering.
NIVEA Lip Ultra Care & Protect Caring Lip Balm melindungi bibir kita dari sinaran UV dan sinaran matahari dengan formula SPF 30. Ia juga menggunakan bahan semula jadi iaitu 100% minyak jojoba dan Shea Butter. Sebab itulah ia mampu memberikan tekstur yang lembut dan rasa mencair jer bila lalu dekat bibir bagi memastikan bibir kekal lembap sepanjang hari.
Penggunaan lip balm ni bukan untuk bila ada dekat luar sahaja tetapi sangat sesuai untuk dipakai di rumah atau tempat kerja.
Bila dah ada 2 produk NIVEA Lip ni, korang tak perlu risau lagi la nak berhadapan depan kamera. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA yang ohsem ni boleh terus ke:
NIVEA Soft Rose Caring Lip Balm dan NIVEA Ultra Care & Protect Caring Lip Balm.
AdvertisementThe post Nak Tahu Rahsia Untuk Camera Ready Raya Ini? Guna NIVEA Caring Lip Balm Agar Kelihatan Sihat Berseri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/05/hiburan-nak-tahu-rahsia-untuk-camera.html